Monday, November 28, 2011

~ Awak~ Finale


Awak…semalaman diri ini tiada ketenangan…
Saya tak bisa…melelapkan mata…
Saya asyik terkenangkan awak…awak yang telah pergi…
Tinggalkan diri ini…

Awak…linangan air mata ini…
Terus menitis…dan air mata ini menjadi saksi…
Cinta saya…buat diri awak…

Awak…puas saya berfikir…
Kenapa awak akhirnya…mahu tinggalkan saya…
Namun…persoalan itu…
Masih tidak terjawab…pada diri ini…


Awak…apakah sebenarnya…
Yang bermain…di fikiran awak…
Apakah sebenarnya…yang mengganggu jiwa awak…
Hinggakan awak sanggup…
Melakukan semua ini…

Awak…berlalu sudah malam itu…
Malam yang penuh kesengsaraan…buat diri ini…
Namun diri ini masih gagal…
Untuk mendapatkan ketenangan…
Biarpun hari baru…silih berganti…

Awak…saya masih ingat…
Bagaimana siksanya jiwa ini…
Setelah cinta ini dikhianati…
Setelah hati ini dihancurkan…
Setelah diri ini diperbodohkan…
Setelah perasaan ini dipermainkan…
Saya rasakan…tak sanggup lagi…
Untuk meneruskan hidup ini…
Hinggakan saya memohon pada Ilahi…
Agar segeralah…tercabutnya nyawa ini…
Kerana saya…tak tahan lagi…
Menanggung derita…dan kesedihan ini…

Awak…terasa sunyi diri ini…
Bila awak tiada di sisi…
Saya masih ingat…macam mana pilunya hati ini…
Pabila bersendirian…di kampus ini…

Awak…awak telah pulang tinggalkan saya…
Tapi saya belum pulang lagi…
Pasal saya…kena stay kat sini…
Untuk tempoh 3 minggu lagi…
Kerana perlu turut serta…dalam foundation English…
Yang diutarakan…oleh universiti…
Dan awak pulang…tanpa ucapan selamat tinggal…
Walaupun secuma…ungkapan Bye! Bye!...

Awak…ramai kawan-kawan telah pulang…
Hanya tinggal segelintir saja…
Yang masih bersama…diri ini…
Awak…kesepian ini begitu ketara…
Hinggakan pada satu tahap…saya rasakan seolah-olah…
Bagaikan hidup di dunia yang lain…
Yang tidak berpenghuni…hanyalah saya seorang saja…
Yang tinggal kat sini…
Bila nak makan…bila nak ke class…
Jalan sorang-sorang…jarang sangat ditemani kawan-kawan…
Kerana masing-masing…berlainan kumpulan…
Bila malam…suasana sunyi makin menyelubungi…
Apetah lagi kampus ini…berada di tengah-tengah hutan…
Dan berjauhan dari bandar…
Ape yang mampu saya lakukan…
Hanyalah bersendirian…
Menghabiskan masa…melayani perasaan…
Dan mengenangkan kedukaan…
Yang telah menimpa…diri ini…

Awak…bila saya cuba lelapkan mata…
Perasaan rindu ini…kian menebal…
Sebak di dada makin terasa…
Hinggakan bila terlena…sering kali saya meracau…
Sampai menitis air mata…
Kerana saya…selalu dibayangi diri awak…
Awak sentiasa menganggu tidur saya…
Dan awak sentiasa menganggu fikiran ini…
Bila saya tersedar…
Saya dapati diri ini sedang menangis…

Awak…hinggakan satu ketika…
Saya fobia nak lelapkan mata…
Pasal kesedihan dalam tidur itu…lagi dahsyat…
Dari kesedihan…di alam nyata…
Kerana ianya cukup memeritkan…
Dan ianya…amat menyedihkan…
Walaupun terasa mengantuk…namun diri ini…
Tak bisa lelapkan mata…kerana khuatir…
Akan meracau lagi…
Lalu saya duduk di kerusi study…
Termenung panjang…tak tahu nak buat ape…
Nak tengok tv…tv memang takde…
Nak on pc…pc pun takde…
Pasal dah pos…balik ke kampong…
Tapi kalau benda tu semua ade…
Takde maknanya jugak…
Pasal saya dah takde mood…
Untuk semua itu…

Awak…seketika terlintas difikiran…
Untuk saya…buat satu perkara…
Manalah tahu…kalau ianya mampu…
Menenangkan fikiran ini…
Lantas saya ambik sehelai kertas lukisan…
Dan sebatang pensel berserta pemadam…
Saya lukiskan sebuah potret…seorang perempuan…
Ianya adelah potret wajah…Siti Nurhaliza…
Dan bukannya potret wajah…diri awak…
Tapi awak pun Siti jugak…
Siti ‘Raflesia’…
Yang telah meracun…diri ini…

Awak…masa melukis…
Terlintas difikiran…wanita itu adelah racun…
Namun ia juga bisa jadi penawarnya…
Pelikkan…macam mana saya boleh siapkan…
Potret itu dalam masa kurang 3 jam saja…
Sedangkan ketika itu…jiwa ini masih kusut…
Saya pun tak tahu…macam mana saya boleh lakukannya…
Mungkin kerana perasaan cinta saya sungguh mendalam…
Dan keazaman saya untuk setia selamanya…pada awak…
Hingga ke hari ini…saya masih simpan lukisan itu…
Saya tampalkan pada dinding…bilik saya…
Saya sangat sayangkan lukisan itu…
Hinggakan kawan saya nak beli pun…
Saya tak jualkan…

Awak…diri ini kebinggungan…
Sukar sungguh nak dapatkan…ketenangan jiwa yang dicari…
Pernah suatu malam…saya tak tahu nak buat ape…
Lantas saya kuar…dari bilik…
Saya duduk atas kerusi batu…
Dan saya mendongak ke atas…
Saya nampak langit…nan terbentang luas…
Yang dipenuhi bintang-bintang…yang berkerdipan…
Dan dari situ…saya perolehi sesuatu…
Yang mampu meredakan sedikit…
Kesedihan yang melanda hati ini…
Namun ianya hanyalah untuk seketika saja…

Awak…alangkah sedihnya hati ini…
Pabila terkenangkan…ape yang telah terjadi…
Bila saya sudah merelakan hati ini…
Menerima awak dengan setulus ikhlas…
Dan berjanji pada diri ini…
Akan setia pada awak…buat selamanya…
Namun…awak pula yang tinggalkan saya…
Tanpa memikirkan perasaan saya ini…

Awak…puas saya merayu pada awak…
Namun awak tetap dengan pendirian awak…
Awak kata…awak takder niat nak buat itu semua…
Awak juga kata…pada mulanya…
Awak dah berjaya cintakan saya…
Tapi bila terkenangkan kenangan yang lama…
Cinta awak pada saya dah mula pudar…

Awak…puas saya pujuk awak…
Saya kata…saya sedia jadi pengganti dia…
Saya akan cuba sedaya upaya…
Nak bahagiakan awak…
Namun awak tetap juga dengan keputusan itu…

Awak…masa cuti 3 bulan…
Saya asyik terkenangkan awak…
Dan perasaan rindu ini begitu menebal…
Hinggakan sampai demam diri ini dibuatnya…makan pun tak lalu…
Sepanjang cuti…saya cukup menderita…
Pernah masa saya tengah drive…
Saya tak perasan lampu merah…
Saya jalan terus…nak buat macam mana…
Saya asyik terkenangkan awak…setiap detik…setiap waktu…
Nasib baik takder kenderaan…
Yang melintas masa itu…
Kalau tak…sudah tentu saya dah ke sana…
Tak pun bermalam di hospital…

Awak…sungguh lemah diri ini…
Tak berdaya melawan takdir…
Tapi saya nak buat macam mana lagi…
Kalau orang dah memang tak sudi…

Awak…pengalaman ini…
Cukup memberi pengajaran pada saya…
Kalau nak buat baik pada orang…biarlah berpada-pada…
Jangan sampai diri sendiri merana…
Tapi itulah…saya buat nii semua…pasal saya kasihankan awak…
Bagi saya…ape salahnya saya cuba membahagia seorang perempuan…
Yang hatinya sedang berduka…
Saya cuba mencintai awak…hingga saya benar-benar berjaya mencintai awak…
Dengan sepenuh hati…tapi tak sangka pulak…
Awak hanya menyapa hati ini…
Hanyalah untuk seketika saja…
Tatkala diri awak dibelenggu rasa marah…rasa benci…rasa dendam…
Dan jiwa awak telah dikuasai…oleh perasaan ego yang menebal…
Sebab itu awak memilih…untuk mengubah arah…
Cinta awak pada saya…
Tanpa berfikir panjang…yang awak benar-benar pasti…
Boleh menerima diri ini…sebagai pengganti baru untuk awak…buat selamanya…

Awak…kini saya dah berhenti berharap…
Ape-ape lagi daripada awak…
Bagi saya…ape gunanya pengorbanan saya selama ini…
Sedangkan awak sikit pun tak hargainya…
Awak taknak bagi peluang pada saya…
Awak jugak taknak bagi peluang pada diri sendiri…
Sememangnya saya tahu cinta tak boleh dipaksa…
Tapi awak pernah mengaku yang awak paksa diri…
Untuk mencintai saya…dan akhirnya awak berjaya…
Walaupun ianya hanyalah untuk seketika sahaja…
Tapi awak tak tahu keazaman saya dalam bercinta…
Dan keazaman yang paling bermakna…buat seorang perempuan…
Hanya akan diketahuinya…setelah ianya menjadi…isteri saya yang sah…
Saya percaya dan saya yakin…kalau awak tahu…mesti awak akan berfikir 14 kali…
Sebelum awak tinggalkan saya…
Dan awak belum kenal dengan saya sepenuhnya…
Pasal awak cepat-cepat tarik diri…
Kalau awak sudi terus bersama-sama…
Melayari bahtera cinta ini…
Saya percaya…saya mampu buktikan yang saya ini…
Benar-benar ingin membahagiakan awak…
Buat selamanya…

Awak…walaupun begitu…
Saya tak menyimpan perasaan dendam pada awak…
Cuma saya kesal dengan awak…
Dan saya tak faham dengan awak…
Awak tinggalkan saya…kerana tak boleh lupakan dia…
Sedangkan sampai sekarang…awak masih tak terima dia…
Walaupun dia merayu-rayu pada awak…
Hingga ke hari ini…

Awak…puas saya mencari jawapannya…
Tapi yang nyata…saya tak mampu fahami awak…
Dan bila awak dah buat begitu…
Saya dapat rasakan yang kita…bukanlah pasangan yang serasi…
Lantas ape yang boleh saya lakukan…
Adalah belajar untuk lupakan awak…
Jadi…untuk kebaikan bersama…
Tak mengapalah saya korbankan cinta ini…
Walaupun cinta ini cinta sejati…
Tapi ianya lahir dari rasa belas kasihan saya…terhadap awak…
Dan bukannya kerana saya meminati awak…
Walaupun awak punyai tarikan tersendiri…
Yang sedikit menepati …kriteria gadis idaman saya…
Namun yang pasti…awak bukanlah citarasa saya…

Awak…akhirnya perasaan cinta ini…
Semakin luput…dan akhirnya sudah tidak wujud lagi…
Cinta saya sudah mati…kerana cinta awak pun sudah mati…
Tiada gunanya lagi…saya teruskan keazaman cinta ini…
Walaupun ianya sudah mencapai tahap cinta sejati…
Kerana cinta sejati tak bisa hidup…buat selamanya…
Jika ia hanyalah berada disebelah pihak…
Dan pengunduran diri ini…
Bukanlah kerana saya putus asa…
Tapi kerana saya tak bisa lagi…
Merasai aura cinta seorang perempuan…dari hati awak lagi…
Dan saya sudah…tak yakin dengan awak…
Kerana awak nii…penuh dengan rahsia…
Penuh dengan misteri…

Awak…kini saya dah boleh lupakan awak…
Mungkin berkat daripada…kesabaran saya selama ini…
Dan bila saya terpandang akan bus-stop tempat pertemuan kita buat pertama kalinya…
Saya dah tak sedih lagi…seperti dulu…
Malah saya hanya tersenyum…
Mengenangkan kisah cinta saya…
Dengan seorang perempuan…
Yang pernah duduk sebelah saya…
Dalam bas suatu ketika dahulu…

****************TAMAT*****************

~ Awak ~ Part 9

Awak…hari terakhir peperiksaan…
Habis aje saya…menduduki peperiksaan…
Saya pulang ke kolej...dengan segera…
Dan dihati ini…ade sedikit kegembiraan…
Kerana awak nak jumpe saya…
Biarpun pada masa yang sama…
Hati ini…punyai banyak kegusaran…

Awak…sesampainya saya di kolej…
Belum sempat pun saya salin pakaian…
Awak dah mesej saya…
Awak tanya…free tak…kalau free saya nak jumpe awak…
Saya kata ok…dan awak membalas…
Awak datang ke kolej saya ye nanti…
Pada jam 3 petang nii…

Awak…walaupun saya amat keletihan…
Walaupun saya rasa sangat mengantuk…
Pasal dah 2, 3 hari tak cukup tidur…
Semata-mata nak cover…paper yang paling susah…
Namun…demi awak…
Saya sanggup korbankan masa saya…
Untuk berehat secukupnya…
Setelah penat bertungkus-lumus
Menalaah nota dan buku…

Awak…tanpa buang masa…
Saya terus bersiap…untuk berjumpe…
Buah hati saya nii…
Walaupun hati ini tak tenang…
Namun…saya tetap gembira…
Pasal dapat juga saya…jumpe awak nanti…

Awak…setelah bersiap…
Saya terus ke kolej awak…
Sebaik je sampai…saya call awak…
Saya kata saya dah ade kat bawah nii…
Dan awak membalas…oklah… tunggu kejap yer…

Awak…seketika saja…
Saya nampak kelibat awak…menyusuri keluar…
Dari blok awak…yang tersergam indah…
Nun di atas bukit itu…
Lantas saya tersenyum lebar…
Kerana akhirnya…saya dapat jumpe awak juga…

Awak…awak pakai baju putih
Sama macam saya juga…
Saya kata kat awak…eh!eh! kita pakai baju sama color lah…
Macam dah berpakatlah pulak…
Dan awak hanya tersenyum…

Awak…mungkin baju putih itu…menandakan…
Kejujuran yang ade…dihati kita…
Dalam membuat keputusan…
Hala tuju hubungan kita…

Awak…awak tanya saya…
Nak minum tak…saya kata boleh jugak…
Panas nii…hauslah pulak…
Lantas…kita sama-sama ke café…
Awak…sementara saya ambil minuman…
Awak tunggu saya kat depan café…
Yang sudah sunyi sepi…
Kerana ramai yang dah…pulang ke kampong…
Cuma…hanyalah kita berdua…
Dan beberapa orang pekerja café…
Yang berada di situ…

Awak…selepas itu…
Saya datang pada awak…
Dan bermulalah…madah kata di antara sepasang kekasih…
Yang sudah lama…tidak berjumpe…
Saya rasakan…suasana petang itu sungguh hening…
Tak seperti hari-hari biasa…

Awak…macam-macam yang kita sembangkan…
Namun…saya tak nampak pun…
Ape yang awak kata…ade perkara penting tu…
Cuma hanyalah…perbualan biasa aje…

Awak…mungkin awak tak berani…
Nak mulakannya dulu…
Lantas saya ambil keputusan…
Untuk bertanyakan pada awak…
Apekah perkara penting…yang awak nak perkatakan itu…
Dan percayalah awak…semasa saya nak bertanyakan…
Tentang perkara itu…pada awak…
Saya dah seakan tahu…ape yang bakal awak ucapkan…
Pada saya nanti…sebaik saja…
Saya bertanyakannya… pada awak nanti…

Awak…awak kata…
Perkara nii adelah…mengenai kita…
Mengenai hubungan kita…saya rasa buat masa nii…
Kita kawan ajelah…tak lebih dari itu…
Pasal saya takut…hubungan kita akan menjadi…
Hubungan yang tak berkualiti…lagipun…
Saya baru aje clash…saya bimbang yang hubungan kita…
Akan menjadi…suatu hubungan yang takde kualiti…
Jadi…untuk mengelakkan hubungan yang macam itu…
Saya rasa…better kita kawan je dulu…
Kawan-kawan saya pun…ade nasihatkan saya…

Awak…yang ajaibnya pada masa itu…
Saya seolah-olah tak mendengar ape-ape pun…
Yang telah keluar dari mulut awak…
Yang telah diungkapkan dari lidah awak…
Namun saya amat terkejut…dengan kata putus…
Yang telah awak…ucapkan pada saya…

Awak…saya tak berdaya…
Nak memperbetulkan keadaan…
Pasal mungkin otak saya dah blur…
Setelah berhempas pulas…concentrate pada exam…
Dan otak saya…dah tepu, dah letih…buat masa nii…
Bagaikan sudah tak boleh menerima ape-ape…
Mahupun berfikir…dengan baik…

Awak…mungkin juga…
Kesan radiasinya…kesan bisanya…
Masih belum merebak dan melarat…
Ke seluruh pelusuk…ke setiap genap…
Anggota badan…dan tubuh ini…

Awak…saya juga tak mampu…
Menunjukkan kesedihan saya ini…
Di depan diri awak…wahai gadisku…
Walaupun saya…dah mula rasa sedih…
Tapi ianya sikit pun tak berdaya…
Menitiskan air mata ini…

Awak…dalam pada itu…
Saya masih mampu lagi…
Tersenyum…pada diri awak…
Tapi saya dapat rasakan…yang diri ini…
Sudah mula rasa…serba tak kena…
Lantas…secara spontan…saya kata pada awak…
Oklah…kita kawan dulu…
Sebenarnya saya sendiri pun tak pasti…
Apekah perasaan saya yang sebenar…
Pada diri awak…entahlah… mungkin ianya terjadi…terlalu pantas…
Mungkin ianya di luar kawalan kita…
Mungkin kita terlalu taksub…
Tapi bila tak jumpe awak…saya pasti rindukan awak…

Awak…diri ini semakin lemah…
Semangat ini pun…semakin berkurangan…
Namun saya wat biasa aje…
Mungkin saya…seorang lelaki…
Dan bukannya seorang perempuan…
Sebab itulah saya tak boleh menangis…
Tak seperti perempuan…
Yang pasti akan menangis…
Kalau kata putus ini…diucapkan padanya…
Oleh seorang lelaki…yang sudah tidak…
Mencintainya lagi…

Awak…2 jam telah kita bersama…
Saya nampak…awak asyik tengok jam aje…
Dan asyik membaca sms je
Macam ade ape-ape je…
Saya tanya awak…kenapa…sapa tu…
Awak kata…ooo…kawan…
Actually petang nii…diorang planning nak kuar jalan-jalan…
Diorang ajak saya sekali…nii diorang tengah tunggu saya kat atas nii…
Tapi saya dah bagitau diorang dah…
Yang saya nak jumpe awak kejap…

Awak…memandangkan awak pun ade hal…
Saya pun kata kat awak…takpelah macamtu…
Kalau gitu…saya balik dululah…nanti diorang tertunggu-tunggu awak lak…
Awak…awak kata ok…
Dan saya kata…nanti semester depan…
Kita jumpe lagi yer…awak pula mengiakannya…
Lantas kita sama-sama…beredar dari situ…

Awak…waktu berjalan pulang ke kolej…
Saya sempat menoleh pada awak…
Dan pandangan itu…adalah pandangan terakhir…
Untuk semester itu…dan dari pandangan itu…
Saya dapat rasakan…bahawa ianya mungkin pandangan terakhir saya…
Buat selamanya…kerana selepas ini…
Saya mungkin takkan berpeluang…bersama awak lagi…
Dan hati ini berkata…yang awak dah tak memerlukan saya lagi…
Kerana awak kelihatan sudah tidak…mempedulikan saya lagi…
Apa lagi perasaan dan hati saya…
Dan dari apa yang saya dapat rasakan…
Saya telah menjadi mangsa…
Permainan cinta…dari seorang perempuan…
Yang sudah mula saya sayang…pada dirinya…

Awak…saya tak tahulah…
Apelah dosa yang telah saya lakukan…
Hinggakan saya terpaksa melalui…
Semua ini…

Awak…saya memang mencintai diri awak…
Adekah awak juga turut merasakan…ape yang saya rasa…
Itulah satu-satunya soalan…yang bermain difikiran ini…
Dalam hati…saya meraung…
Kenapa! Kenapa!...Kenapa awak mesti buat semua ni…
Kenapa awak pilih jalan mudah…
Kenapa awak sikit pun tak menghiraukan…
Perasaan hati ini…di manakah hilangnya pertimbangan awak…
Di manakah hilangnya…kata cinta awak pada diri ini…
Ke mana menghilangnya… kata rindu awak…
Bila mana kita…tidak bersua…

Awak…masa berjalan…
Mata saya dah mula berair…
Saya tak dapat kawal…sebak yang melanda hati ini…
Saya dah mula rasa kesannya…
Saya dah mula rasa…kehilangan sesuatu yang paling bermakna…
Pada diri ini…siapa lagi kalau bukan diri awak…
Satu-satunya perempuan…yang telah berjaya…
Menawan hati saya ini…

Awak…sampai dibilik…
Saya termenung panjang…memikirkan ape yang telah terjadi…
Pada hubungan kita…ketahuilah awak…saya tak dapat terima…
Sejarah hitam…yang melanda pada diri ini…
Sukar untuk memahami…mengapa awak mengambil pendirian…
Untuk memutuskan…satu ikatan cinta…
Yang susah payah…kita bina bersama…

Awak…tanpa saya sedari…
Air mata ini…mula bercucuran keluar…
Mencurah-curah… seakan tiada penghujungnya…
Awak…saya menangis…
Saya sedar…seorang lelaki telah menangis…
Mengenangkan segala kedukaan dan kelukaan…
Yang telah menusuk dan merobek-robekkan…
Hati ini…

Awak…hati ini telah hancur…
Semangat ini sudah luntur…
Saya dah seakan tak mampu…
Meneruskan hidup ini…tanpa awak di sisi…
Awak…saya tak tahu…
Ape yang harus saya lakukan…
Saya buntu…saya tak mampu berfikir…
Saya tak mampu kawal diri…
Cumalah hanya mampu…
Menangis dan terus menangis…

Awak…kenapa harus saya tanggung semua ini…
Kenapa harus saya bercinta…dengan diri awak…
Kenapa awak mudah saja…melafazkan kata perpisahan…
Setelah awak mudah saja…meluahkan rasa itu…
Selama ini…

Awak…saya merasakan…
Diri ini sudah tidak bermakna…buat diri awak…
Namun masih menjadi pesoalan…
Mengapa awak…bertindak sedemikian…
Awak…janganlah awak benci…
Pada cinta…yang telah awak berikan…
Selama ini…dan janganlah awak merasa jauh…
Pabila awak dekat dengan diri ini…
Berilah peluang pada saya…
Untuk saya membuktikan cinta ini…
Pada awak…

~ AWAK Part 8~

Awak…suatu hari…
Saya rasa nak sangat…berjumpe dengan awak…
Lantas…saya ajak awak keluar…
Bolehlah saya…lepaskan rase rindu ini…
Yang sekian lama membelenggu…jiwa ini…

Awak…awak menolak pelawaan ini…
Saya tanya…kenapa…
Awak tak sudi ke…berjumpe dengan diri ini…
Awak kata…bukan macamtu…saya tak bermaksud begitu…
Cume…saya rase segan nak jumpe awak…n saya lum sedia lagi…
Maybe kita jumpe dihari yang lain…
Bila saya dah sedia nanti…

Awak…saya menurut kemahuan awak…
Mungkin betul…awak masih tak sedia…
Untuk menerima…pelawaan saya tu…
Lagipun…yang sebetulnya…
Saya pun still not ready…
Maklumlah…kita nii baru aje kenal…
Dalam tempoh…yang singkat ini…
Takut pula bila bersemuka nanti…
Masing-masing terkelu lidah…diam seribu bahasa…

Awak…awak selalu kata…
Awak rindu pada saya…rindu sangat-sangat…
Saya pun rindu jugak…pada awak…
Rindu…serindu- rindunya…
Akhirnya…saya ajak awak keluar…
Buat kali kedua…moga awak sudilah kiranya…
Temankan saya…makan malam nanti…
Dan kalau awak nak tahu…saya dah bersedia…
Tuk berhadapan dengan awak…
Wahai sang puteri…

Awak…pada mulanya…awak menolak…
Buat kali keduanya…
Awak kata segan lak…n lum ready lagi…
Saya kata pada awak…kalau tul awak rindukan saya…
Awak mesti nak jumpe saya…
Bila saya ajak awak…
Tapi awak tak…awak taknak jumpe saya…
Bila mana saya memerlukan awak…
Bermakna…awak tak rindukan sayalah…
Mana perginya…kata rindu awak selama ini…
Awak kata…awak rindukan saya…
Tapi bila ajak jumpe…
Awak tak sanggup…hadapi diri ini…
N sampai bila kita nak macamni…
Kita seolah-olah takut…untuk berhadapan dengan cinta…

Awak…akhirnya…
Awak akur…dengan kata-kata ini…
Awak ambil keputusan…yang awak setuju…
Untuk temankan saya…
Masa makan malam nanti…
Awak kata ok…baiklah…
Saya setuju nak jumpe awak…tapi kat mana kita nak jumpe…

Awak…saya rasa sungguh gembira…
Hanya Tuhan yang tahu…betapa hati ini…
Melonjak kegirangan…kerana restu bersamamu… oh cinta…
Awak…saya cakap pada awak…
Terpulanglah pada awak…nak jumpe saya katner nanti…
Saya tak kisah pun…yang penting…
Awak nak jumpe saya…
Dan saya…dapat jumpe awak…

Awak…awak kata…
Oklah, macam nii ajelah…awak aje yang tentukan…
Katner kita nak jumpe nanti…saya ikut aje…

Awak…saya pilih satu tempat…
Yang saya rase sesuai…tuk menjadi destinasi persinggahan…
Sepasang merpati dua sejoli…
Yang sedang dilanda…ombak rindu…

Awak…dari semalam…
Saya menunggu…saat- saat indah…
Yang bakal menjelang tiba…tak dapat saya bayangkan…
Alangkah indahnya…pabila awak berada…
Di sisi ini nanti…

Awak…tiba hari…yang dinanti-nanti…
Seperti dijanjikan…jam 8 malam…
Saya datang jemput awak…
Awak pesan kat saya…dah sampai nanti…
Bagitau saya yer…
Saya bilang…baiklah tuan puteri…

Awak…tepat jam 8 malam…
Saya dah berada…kat depan kolej awak…
Saya call awak…bagitau saya dah sampai…
Awak kata…ok, tunggu kejap yer…nanti saya turun…

Awak…hati ini berdebar-debar…
Inilah kali pertama…saya keluar dating…
Dengan seorang perempuan…
Awak…tak sampai 5 minit…awak muncul…
Awak pakai T-shirt merah berlengan panjang…bertudung putih…
Diperagakan pula…dengan jeans biru…
Walaupun tampak ringkas…tapi percayalah…
Di mata…bahkan hati ini…awaklah yang paling ayu…
Dan awaklah yang paling mengancam…
Pada malam itu…dan awak bagaikan…
Seorang puteri…yang turun dari bulan…pada diri ini…
Dan hingga ke hari ini…
Saya tak lupa…dan mungkin takkan melupakannya…
Sampai bila-bila…
Penampilan pertama awak…
Buat diri ini…

Awak…awak says hi…saya says hi juga…
Awak tanya lama tunggu…saya jawab tak…baru aje sampai…

Awak…lepas tu kita terus berjalan…
Ke destinasi…yang dituju…
Tika berjalan…macam- macam yang kita sembangkan…
Sungguh syahdu…malam itu…
Inilah detik paling romantis…pernah saya alami…sepanjang hidup ini…
Hanya kita berdua…seiring dan sejalan…
Meredah laluan jalan kaki…yang disusuri rimbunan pokok…
Terasa kedinginan tiupan angin malam…yang sungguh menyegarkan…
Dan dihiasi sinaran cahaya neon…yang sungguh mengasyikkan…
Di sebelah kanan kita…kedengaran bunyi…
Deruan air sungai…yang senantiasa mengalir…tak mengira masa…
Kedengaran juga nyanyian…dari cengkerik dan unggas malam…
Semuanya ini…bagaikan memahami dan turut gembira…
Meraikan cinta kita…yang kian bersemi…

Awak…setibanya di tempat yang dituju…
Kita duduk disudut…yang agak berjauhan…
Dengan orang lain…saya masih ingat…
Mata bertentang mata…awak malu-malu…
Saya pun malu-malu gak…
Tapi itulah sebahagian dari…detik-detik romantis…
Yang takkan mungkin…saya lupakan…
Buat selamanya…

Awak…saya tanya awak…awak nak makan aper…
Kat sini ade…macam-macam menu…
Semuanya sedap-sedap belaka…
Awak order aje…saya belanja…

Awak…awak pilih menu…sama ngan saya punya…
Lepas ambik makanan…kita sama-sama…
Duduk di meja tadi…dan lepas tu…
Kita makan sama-sama…

Awak…sambil makan…
Kita bersembang…hinggalah habis makan…
Dan lepas tu kita…sambung sembang lagi…
Tapi saya masih ingat…awak makan tak habis…
Awak kata…saya kenyang…n sebenarnya saya dah makan tadi…

Awak…saya tahu…awak tak makan lagi sebenarnya…
Awak saja cakap macamtu…sebab nak jaga hati saya…
Saya dapat rasakan…yang awak tak suka…makan kat tempat macamtu…
Awak…maafkan saya…kalau saya tersalah pilih tempat…
Tuk kita sama-sama…
Keluar berdating…

Awak…walaupun begitu…
Awak tetap layan saya…macam biasa…
Awak…ucapan terima kasih tak terhingga…
Kerna awak sudi…temankan saya…
Walaupun pada malam itu…awak ade banyak kerja…
Yang perlu dibereskan…awak kata takpe…alang-alang dah janji…
Kita jumpe ajelah…biarpun saya sanggup…
Batalkan dating kita…pada malam itu…

Sungguh syahdu malam itu…
Tak pernah sama sekali…saya rasa begitu indahnya…
Alam percintaan ini…kita berduaan…
Tanpa mempedulikan… ape yang belaku…
Di sekeliling kita…

Awak…sedar tak sedar…
Kita asyik bersembang…
Hingga jam menunjukkan pukul 10…
Restoran pun dah nak tutup…
Saya rasa…sungguh cepat masa berlalu pergi…
Belum puas rasanya dihati ini…
Berdampingan dengan awak…

Awak…saya terpandangkan akan gelas awak…
Yang masih berisi fresh orange…yang awak order tadi…
Masih ade separuh lagi…saya tanya awak…
Awak taknak habiskan ke air nii…
Awak…awak kata taknaklah…manis sangat…
Saya kata pada awak…saya habiskan yer…

Awak…awak anggukkan kepala…tanda setuju…
Lantas saya capai gelas itu…
Terus minum air itu…menggunakan straw awak punya…
Awak…awak hanya memandang…
Gelagat saya…dan saya hanya tersenyum…
Pada awak…

Awak…lepas tu…semua orang bingkas bangun…
Keluar dari restoran…kerana dah sampai masanya…
Restoran dah nak tutup…
Dalam hati saya kata…kenapalah cepat sangat nak tutup nii…
Potong stim betullah…

Awak…lepas tu…kita sama-sama keluar…
Untuk pulang ke kolej…
Dalam perjalanan pulang…kita lalui jalan yang sama…
Sungguh bahagia…hati ini terasa…
Hanya kita berdua…melalui jalan itu…

Awak…awak tanya pada saya…
Awak ader gambar tak…saya cakap pada awak…
Takderlah…gambar digital aderlah…
Tapi bukan gambar saya sorang-sorang…
Gambar saya dengan kawan-kawan…

Awak…saya pula tanya pada awak…
Awak ader gambar tak…
Saya nak gambar awak boleh…
Sebagai kenang-kenangan…
Tatkala ombak rindu…melanda hati ini…
Bila awak berjauhan…dari diri ini…

Awak…awak pun kata…
Saya takder gambar…
Bunyinya macam awak taknak bagi aje…
Awak tak percayakan saya ke…
Awak…kalau awak nak tahu…
Saya tak menipu diri awak…
Memang betul…saya takder gambar…pada masa itu…
Pasal semuanya ader kat umah…
Kalau awak nak…saya boleh bagi…
Seberapa banyak yang awak nak…
Tapi kena tunggulah…saya pulang dahulu…

Awak…perjalanan pulang…
Rasanya sungguh cepat…tup! tup!...
Kita dah sampai kat kolej awak…
Awak…saya ucap terima kasih…
Kerna awak sudi…temankan saya…
Pada malam itu…saya tak mungkin lupekan…
Kenangan itu…dan kenangan itu…
Masih mekar di ingatan ini…
Hinggalah ke hari ini…

Awak…lepas hantar awak…
Saya pulang sorang-sorang ke kolej saya…
Masa perjalanan pulang…hati ini terasakan sesuatu…
Entah mengapa…hati ini berdetak…
Bagaikan terasa…sesuatu yang buruk…
Akan berlaku…dalam tempoh yang terdekat ini…

Awak…walaupun begitu…
Saya tetap happy…pasal dapat jumpe…
Dengan awak…awak yang satu-satunya…
Yang sedang bertakhta…
Di hati ini…

Awak…sesampainya saya di kolej…
Awak sms saya…awak ucap terima kasih…
Pasal sudi belanja awak makan…
Pada malam itu…saya balas sama-sama…
Dan saya kata…is ok…perkara kecik aje…
Bila nanti kita boleh jumpe lagi ya…
Mungkin bila ade kelapangan waktu nanti…
Dan awak mengiakannya…


Thursday, September 8, 2011

Awak - A True Love Story (Part 7)

Awak…awak dan saya ni…nama aje bercinta…
Tapi kita tak pernah…keluar makan bersama…
Mungkin kerana cinta kita…terlalu pantas…
Hingga mendahului…segala- galanya…
Orang lain dating dulu…baru start bercinta…
Tapi kita lak sebaliknya…

Awak…sebenarnya saya pun segan…
Nak ajak awak keluar…temankan saya…
Walaupun pernah saya nyatakan…
Ini bukanlah cinta pertama saya…
Awak…ketahuilah hati ini…
Walaupun saya kata…awak bukanlah…cinta pertama saya…
Tapi tak bermakna…saya ni banyak pengalaman…
Dalam percintaan…

Awak…saya mahu awak tahu…
Selama ini…saya hanya pernah jatuh cinta…dan terus jatuh cinta…
Tapi saya hanya memendam rasa…
Saya tak pernah luahkan…isihati ini…
Kerana saya rasa…itu hanyalah sekadar…
Cinta monyet…yang senantiasa mengganggu…
Minda pelajar…

Awak…masa sekolah rendah dulu…saya pernah sukakan seseorang…
Kalau tak silap saya…masa tu saya darjah 3…
Dia lak satu class ngan saya…tapi saya tak pernah bagitau…
Pada dia…dan sememangnya saya takkan bagitau…
Pasal saya ikut pesan mak dan cikgu…
Jangan main pakwe-makwe…masa sekolah…
Lagi pun masa tu…saya nii masih budak-budak lagi…
Langsung tak tahu…pasal cinta…
Dan saya jugak…malu dengan perempuan…
Tapi saya masih ingat…ade sorang budak perempuan lain…
Dalam class yang sama…dia kata saya nak kat dia…
Pernah satu ketika…dia datang dari belakang…
Tanpa saya sedari…dia cuba peluk saya…
Tapi saya tak merelakan…lantas saya terus tolak dia…
Hahaha…tak sangka gak ade jugak kanak-kanak lain…
Yang punyai perasaan suka…pada seseorang…
Ingatkan saya sorang aje…dan bila saya teringat balik…
Pada masa sekarang…terfikir juga saya…
Rupanya ramai insan-insan kat dunia nii…
Yang pernah jatuh cinta masa zaman kanak-kanak dulu…
Tapi cinta tu sume…tak leh pakai langsung…

Awak…bila saya masuk sekolah menengah…
Saya dah tak berpeluang…jumpe dia lagi…
Saya sekolah kat lain…dia sekolah kat lain…
Saya pun tak tahu…dia sekolah katner…

Awak…masa saya form 3…pernah saya…
Berkenalan…dengan seorang gadis…
Kebetulan dia mempunyai seorang kakak…
Yang juga mengenali…diri saya…
Tapi saya tak sempat luahkan isihati ini…
Kerana dia dah cabut…pergi sekolah lain…
Saya ambil keputusan…hentikan aje…niat saya ini…
Akhirnya saya ketahui juga…ianya cumelah sekadar…
Menjadi pujaan…buat sementara waktu…
Kerana saya pasti…it's still cinta monyet…

Awak…masa saya form 4…
Kenalan saya tu…dah tukar sekolah…
Lama-kelamaan… terus lost contact…
Sekali fikir…nasib baik jugak dia tukar sekolah…
Sekurang-kurangnya… saya tak terjebak…
Ke dalam kancah…percintaan remaja…
Yang hanyalah bersifat sementara…

Awak…bila masuk form 5…sekali lagi saya diduga…
Saya mula tertarik…pada seorang gadis lain…
Gadis tu sangat comel…setiap lelaki yang terpandang wajahnya…
Pasti terpesona…dengan kecantikan yang dimilikinya…
Dan saya nampak si dia ader potensi…
Untuk menjadi kekasih saya…
Pada suatu hari nanti…kerana dia boleh diibaratkan…
Seperti kain putih…yang sedang menanti…
Seorang pelukis…untuk mencorakkannya…
Kerana dia masih muda…baru form 1…
Saya jadikannya…adik angkat saya…
Tapi lastly…lepas tamat sekolah…lama- kelamaan…
Kami lost contact…pasal saya fikir…saya taknak rosakkan mindanya…
Saya taknak emosinya terganggu…
Dan saya taknak pelajarannya terabai…
Lagipun pada masa itu…saya tak suka…untuk terus mencuba…
Bagi sesuatu…yang belum pasti lagi…

Awak…mungkin juga saya masih berpegang…pada kata-kata cikgu…
Awak…cikgu kata…kat sini hanyalah tempat…
Untuk menempa kejayaan…dan menuju cita-cita…
Ke puncak menara gading…dan bukannya tempat…
Untuk bercinta…I luv u…and u luv me…
Kalau awak semua nak bercinta…bercintalah kat universiti nanti…

Awak…masa di universiti…
Satu keajaiban telah berlaku…mungkin juga hanyalah secara kebetulan…
Tapi pada saya…itu semuanya kuasa Tuhan…
Yang menjadikan dunia yang begitu besar ini…
Bagaikan sebuah medan yang kecil…pada kita…

Awak…kalau awak nak tahu…
Sebelum saya dengan awak…saya telah terjumpe…
Dengan kakak pada gadis…yang menjadi kenalan saya…
Masa form 3 dulu…kebetulan dia pun satu kolej dengan saya…
Kami sempat berborak…dan saling bertanya khabar…

Awak…selepas tu…saya terjumpe pulak…
Dengan gadis…yang pernah saya suka…
Masa sekolah darjah 3 dulu…dan yang paling saya terkejut…
Dia pun satu kolej dengan saya…tapi saya tak nak tegur dia…
Saya buat-buat tak kenal dia…

Awak…dalam team silat lak…
Saya terjumpe…ngan sorang gadis…
Wajahnya adelah mirip skit-skit…gadis yang pernah menjadi…
Adik angkat saya…masa form 5 dulu…orang kata aper…
Sama tapi tak serupa…
Tapi apa yang pasti…dia mengingatkan saya…
Pada kisah lama…

Awak…pada mulanya…saya wat biasa aje…
Lepas tu…masuk semester 2…saya mula tertarik padanya…
N saya cakap pada diri sendiri…
Why not kau cuba tackle dia…bukankah skang nii masa yang sesuai…
Lagipun kau belum ader awek lagi…

Awak…nak jadikan cerita…
Pada suatu hari…saya dapat senarai nama…
Orang yang berjawatan…dalam team kami…
Dan dalam senarai tu…ade nama dia…dan phone number sekali…
Saya pun aper lagi…pucuk dicita…ulam mendatanglah…

Awak…tak lama kemudian…
Saya start mengayat dia…n dia bagi respon…
Saya tanya dia…dah ader boyfriend ke lum…
Dia kata takder…dah putus…dia yang lari…
Tinggalkan saya…
Saya tanya aper puncanya…n dia bagitau puncanya…
Katanya…orang dah tak suka saya…n macam-macam alasanlah dia bagi…
Dia kata…saya nii kuat mengamuk…

Awak…takut lak rasa…saya nak ngorat dia…
Manelah tahu…kot-kot betul dia kuat mengamuk…
Kalau ader tak kena sikit…
Mati saya nanti…disilatkannya…

Awak…pernah dia tanya pada saya…
Kenapa awak…nak berkenalan dengan saya…
Saya kata…pasal wajah awak…seiras kekasih saya dulu…
Dan dia kata…alah…takyah nak tipulah…
Ramai dah yang kata macamtu…itu taktik…
Nak ngorat perempuanlah tu…

Awak…saya menafikan…aper yang diperkatakan…
Saya kata betul…kalau awak tak caya…terpulanglah…
Awak…tak lama kemudian…saya ambik keputusan…
Untuk meluahkan isihati ini…saya kata kat dia…
Saya sukakan awak…

Awak…dia kata…jangan berharap sangat…
Dan buat masa sekarang…saya tak boleh terima awak…
Tapi nasib baiklah dia jujur…
Akhirnya dia…berterus- terang pada saya…
Yang dia dah kembali semula…pada boyfriend dia…
Saya pun nak kata aper lagi…terpaksalah berputih mata…

Awak…masuk semester 3…
Saya jumpe awak…AWAK yang sebenar-sebenarnya AWAK…
Tapi cinta saya pada awak nii…
Berlainan daripada cinta-cinta saya sebelum ini…
Kerana ianya hadir tanpa saya sedari…
Dan saya terasa…seolah- olah awak dan saya…
Memang ditakdirkan bersama…dan mungkin juga jodoh saya nanti…

Awak…ketahuilah…
Masa saya mula jatuh cinta pada awak…
Saya rasa…hati ini bagaikan disentap dengan kuatnya…
Tidak seperti sebelum ini…

Awak…saya dapat rasakan aura cinta pada kali ini…
Sangat berlainan…kerana getaran cinta yang dialami…
Sungguh kuat…saya dapat rasakan…
Yang ianya…telah meresap masuk…
Dengan sedalam-dalamnya… di lubuk sanubari ini…
Dan akhirnya saya merelakan…
Hati ini…tuk terima awak seadanya…


Wednesday, August 24, 2011

Mungkin...

 Adakalanya cerita yang dititipkan mungkin ada kaitan dengan kalian..
 Mungkin juga ianya ada kaitan dengan diriku...
 Namun cerita awak yang dititipkan ader kaitan dengan seseorang..
 Ya insan yang dikenali dahulu...

 Benar dia kini telah berbahagia dengan keluarganya...
 Benar juga dia pernah berjaya mencuri hati ku ini..
 Benar.. Kami juga bahagia ketika bersama dahulu...
 Namun...

  Ianya adalah lumrah...
  Lumrah di mana... Itulah hakikat sebenar...
  Yang KEKAL hanya DIA sahaja...
  Tiada yang lain...
  Dunia ini hanya singgah sana...
  Itulah hakikat sebenar...

 

Wednesday, August 17, 2011

Awak - A True Love Story (Part 6)

Awak…dulu pernah saya nyatakan…
Dalam hati ini…ade sedikit kegusaran…
Mungkinkah kegusaran ini…sedikit demi sedikit…
Akan menjelma…dan menjadi realiti hidup…
Dalam jangka masa…yang terdekat ini…

Awak…sejak kebelakangan ini…
Awak jarang sms saya…saya pun tak tahu…apelah sebabnya…
Mengapa awak kini…berlainan tingkah laku…
Tidak seperti hari-hari biasa…



Awak…hati ini terasa sesuatu…
Mungkinkah awak telah berubah hati…
Mungkin juga awak…hanyalah sekadar…
Mempermainkan perasaan saya…selama ini…

Awak…hati ini makin bimbang…
Dengan perubahan…pada diri awak…
Namun…saya wat cam biasa aje…
Dan saya ambil keputusan…tak sms awak lagi…

Awak…suatu hari…
Awak sms saya…sampai dua tiga kali…
Tapi saya tak balas satu pun sms awak tu…
Kononnya nak merajuk…moga awak pujuk saya…

Awak…petang tu awak sms saya lagi…
Awak kata hari ini…awak takut nak sms saya…
Dan awak juga tanya…pada saya…
Awak marahkan saya ke…saya ade buat ape-ape yang awak tak suka ke…
Yang menyebabkan…awak marah pada saya…
Saya mintak maaf…jika saya ade melakukan ape-ape yang awak tidak suka…
Lantas saya membalas…taklah… saya tak marahkan awak…
Takder sebab saya nak marahkan awak…
Cume…entahlah sejak kebelakangan ini…
Hati ini menjadi resah…dan mudah tersentuh…
Mungkin kerana kenangan silam…
Yang masih menghantui diri ini…

Awak…saya taknak kehilangan awak…
Saya taknak sejarah lama berulang kembali…
Kali ini…saya tak sanggup lagi…
Kehilangan cinta…dalam hidup ini…


Awak…awak kata pada saya…
Awak nii sensitif sangatlah…saya takderlah lupekan awak…
Cume kebelakangan nii…saya sibuk sikit…
Banyak kerja…nak kena buat…
Saya mintak maaf…kerana menyebabkan awak susah hati…

Awak…maafkan saya kerana bersikap begitu…
Saya telah buruk sangka…pada awak…
Entahlah…saya pun tak tahu…
Mengapa diri ini…begitu mudah tersinggung…

Awak…sejak dari itu…
Hubungan kita kembali ok…
Saya pun dah cuba kurangkan…sifat sensitif saya ini…
Semoga hubungan kita…terus mekar terjalin…
Bagai air terjun…yang tidak mungkin terhenti…

Awak…suatu malam…awak kata pada saya…
Bosannya malam nii…takder benda nak saya buat…
Saya tengah berdiri...kat koridor kolej nii…
Takder sape-sape kat sini…cume saya sorang-sorang aje…
Sambil ambil angin malam…sambil saya memandang…
Bintang-bintang dilangit…
Awak lak ade katner skang nii…
N tengah watpe tu…

Awak…saya cakap kat awak…
Saya ade kat kolej kawan saya nii…
Tengah wat kerja sikit…n awak kata…
Eeee…awak!! Awak dah dekat dengan saya tu…
Blok saya kat depan nii aje…depan blok kawan awak tu…
Blok yang atas bukit tu...blok sayalah tu...
Takpelah awak teruskan wat kerja ya…
Saya taknak kacau awak…

Awak…saya bilang pada awak…
Is ok…takpe…saya pun tengah relaks nii…
Kawan saya lak yang ganti…wat kerja tu…
Saya tanya awak…tak sejuk ke…
Berdiri sorang-sorang kat luar tu…
Ade banyak bintang ke malam nii…
Ke awak tengah kira bintang tu…

Awak…awak bagitau…
Angin malam tu memang sejuk…saya suka hirup angin malam…
Walaupun sejuk…tapi ianya sungguh menyegarkan…
Malam ni saya nampak…ade banyak jugak bintang di langit…
Maybe saya tengah kira bintang ni kot…ahakks!!
Tapi saya nampak…ade satu bintang tu…
Sedang berkelipan…dan bintang itulah awak…
Awak sentiasa menghiburkan…
Hati saya ini…dan saya sentiasa…
Rindukan awak…

Awak…pada waktu petang kebiasaannya…
Lepas balik dari class…awak mesti sms saya…
Tapi malam lepas mandi…baru saya balas…
Pasal saya…pergi main takraw…
Handphone saya…saya tinggal kat bilik…
Awak...pernah suatu petang…
Awak sms saya…kebetulan saya lum keluar lagi…
Ke gelanggang takraw…
Dan pada masa tu…hari lak nak hujan…
Awak pesan pada saya…janganlah pergi main takraw…
Awak kata bahaya…nanti jadi ape-ape lak kat awak…susah nanti…
Saya kata…jangan bimbang…
Saya akan berhati-hati… masa main nanti…
Kalau hujan turun…saya berhenti main…

Awak…caring nya awak pada saya…
Tak sangka lak saya…ade jugak orang yang ambil berat…
Tentang saya kat sini…dalam hati saya kata…
Sayang jugak ya awak…pada saya…

Awak…awak telah mengajarkan saya…
Akan erti cinta dan hidup ini…dan percayalah awak…
Awaklah inspirasi saya…dalam mengharungi liku-liku…
Hidup ini…

Awak…sebelum ini...saya tak pernah pun…
Merasa bahagia…seperti sekarang ni…
Tidak saya duga…wajah yang selama ini saya pendamkan…
Rupa-rupanya akan menjadi…
Gadis idaman saya…

Awak…kini sudah hampir…semusim berlalu…
Hubungan kita berjalan lancar…tanpa sebarang masalah…
Saya panjatkan kesyukuran…ke hadrat Ilahi…
Moga-moga hubungan kita nii…
Akan terus kekal…dan mekar mengharum
Buat selamanya…


Sunday, August 14, 2011

U know...

 Actually..
 I miss u a lot...
 But I can't told u the truth..
 It's very painful when I need to lie to u.

 Kalau beritahu perkara sebenar..
 Diri ini telah di buang...
 Di saat-saat ini...
 Betapa hati ini merindui akan kenangan lalu..

 Namun.. Ianya tetap kenangan...
 Yang tak bisa luput dari kotak memori ini..
 Mungkin ada baiknya jika..
 Sekadar memendam kerinduan di hati kecil ku..
 Ya.. AKu amat merinduimu...

Wednesday, August 10, 2011

~Awak - A True Love Story (Part 5) ~

Awak…terlalu banyak perkara…
Yang membuatkan saya…terpikat pada awak…
Awak…awak kata…bila kita bersatu nanti…
Dah dapat baby nanti…kita sama-sama jaga…
Kerja rumah…kita sama-sama buat…
Tapi…kalau tengah malam…
Baby menangis…awak kena bagi susu…
Pasal awak…selalu tidur lambat…
Saya cakap…ooo banyak cantik…mana boleh camtu…tak adil…
Kita sama-sama gilir jaga laa…baru adil…
Silap pulak saya cakap macamtu…
Sepatutnya saya kata…saya tak leh bagi susu…
Pasal saya takde susu…hanya awak sorang saja…
Yang ade susu…kan susu ibu baguz untuk baby…
So…leh laa saya tidur nanti…

Awak…awak tanya pada saya…
Ape makanan kegemaran saya…saya bagitau…
Awak kata…awak pandai masak semua tu…
Kerana awak…dah biasa memasak…

Awak…awak juga pernah ceritakan…
Yang awak…selalu tolong mak…buat kerja umah…
Awak jugak…mencerminkan diri awak…
Sebagai seorang yang rajin…awak kata…
Sebagai seorang wanita…awak amat memahami…
Susah payah…dan penat lelah mak awak…
Dalam menguruskan…hal ehwal rumahtangga…
Awak kata…awak kesian tengok mak awak…kerana buat banyak…
Kerja umah…sebab itu awak kena tolong mak awak…
Dan sebab itu…saya suka awak…

Awak…awak juga melambangkan…
Seorang perempuan…yang berpegang pada agama…
Awak bersopan…dan pakai pakaian yang tutup aurat…
Awak jugak…pernah peringatkan saya…
Awak kata…bangun!! ...sembahyang subuh…
Dan sebab tu saya…jatuh hati pada awak…

Awak…bila pagi aje…awak tanya saya…
Dah mandi ke belum…awak cakap…awak dah mandi…
Dah siap cantik-cantik… pakai bedak wangi-wangi…
Lepas nii…nak gi kuliah…
Awak kata pada saya…awak mesti tak mandi lagi nii…
Bau busuk!!…tapi walaupun awak busuk…
Awak tetap dihati saya…
Saya kata…ooo…dah mandi…dah wangi yerr…bolehlah saya peluk awak…
Awak kata…eee…taknaklah! !...
Saya dah mandi nii…dah pakai wangi-wangi nii…
Nanti melekat lak bau busuk awak tu kat saya…

Awak…satu malam…saya sorang-sorang kat bilik…
Kawan-kawan lak…takde sorang pun datang…
Roommate pulak dah balik kampong…
Saya boring…so saya dengar lagu…
Masa dengar lagu…saya teringatkan awak…
Pasal liriknya…sama cam kisah kita…
Awak…tak semena-mena saya hantar voice sms…
Buat awak yang dirindui…
Dalam itu…saya nyanyikan satu keratan lagu…buat awak…
Yang bunyinya cam gini…
Sejak ku lihat dirimu…ku telah tergoda…
Jiwaku mula berubah…dan terus dilemma…
Oleh kerana dirimu yang selalu bermanja…
Membuat hatiku terpikat dengan kesetiaannya…
Oh mengapa diriku selalu merinduimu…
Aku mencintaimu…harap engkau begitu…
Janganlah engkau mengecewakan impianku…
Kerana hatiku…adalah milikmu…

Awak…awak kata sedap saya nyanyi…
Pandai awak nyanyi…dan awak jugak kata…
Terima kasih…pasal sayangkan saya…

Awak…saya tak mungkin dapat lupakan…
Diri awak yang satu…kerana awak telah memberikan…
Banyak kenangan manis…
Sejak pertemuan kita yang pertama…

Awak…saya masih ingat…
Masa saya kena jaga kete…kat galeri kete…
Awak sms saya…tanya saya dah tidur ke belum…
Saya jawab nak tidur dah ni…
Tapi saya tidur dalam kete…
Awak ejek saya…awak kata best ke tidur dalam kete…
Baik saya…dapat tidur atas tilam yang empok…
Sambil memeluk bantal…
Saya kata kat awak…peluklah bantal busuk awak tu…
Mesti banyak peta dunia kat bantal tu kan…n awak menafikan…
Awak…lepastu awak kata…jaga baik-baik kete tu…
Nanti hilang lak…manalah tahu kot-kot saya datang curi satu ke…
Saya bilang kat awak…datanglah kalau berani…
Saya rasa awak nak kuar bilik ke tandas…
Pun awak tak berani…
Awak kata…mana awak tahu nii…
Pasal saya memang macamtu…

Awak…satu malam…
Awak nak ke bilik kawan awak…kerana nak pinjam cd…
Gara-gara nak siapkan projek…biarpun dah dekat kul 3 pagi…
Awak sms saya…awak kata awak takut…pasal bilik dia…
Kat blok yang lain…dahlah tu…jauh jugak kena jalan kaki…
Dan awak terpaksa lalu…ikut jalan yang gelap…
Saya pun usik awak…saya kata…
Masa jalan…awak jangan pandang belakang…
Nanti awak akan menyesal…
Awak tanya kenapa lak…saya jawab…
Nanti datang sorang makcik tua…ikut belakang awak…
Sambil bawak sebiji bakul…dalam bakul ade karipap…
Dia mesti paksa awak tengok karipap dia…lepastu suruh beli…
Sebaik aje awak bukak bakul tu nanti…awak nampak…
Ade satu kepala…yang lehernya putus berlumuran darah…

Awak…lepastu awak kata…
Saya tak percayalah…awak tu sajelah tu…nak takutkan saya…
Saya cakap betul…kalau tak caya…
Cubalah pandang belakang masa jalan nanti…
Dan awak tak tahu ke…yang kolej awak tu memang berhantu…
Sebelum nii dah ramai yang kena tau…

Awak…lepastu awak mula takut…
Awak kata…awak…janganlah macamni…awak janganlah usik saya…
Berlari-lari awak masa nak ke…bilik kawan awak tu…
Saya tergelak mengenangkan gelagat awak…
Tak sangka lak…awek saya nii penakut jugak orangnya…

Awak…awak kata…
Awak kena hantar balik cd tu jap lagi…seram nak turun balik…
Kesian tengok awak…saya kata…takde papelah…saja je usik awak…
Kalau betul pun ade…buat ape nak takut…
Dia pun makhluk ciptaan Tuhan jugak…


Friday, August 5, 2011

Awak - A True Love Story (Part 4)

Awak…telah saya memohon maaf…
Di atas segala…yang terjadi…
Mengetahui hakikat yang sebenarnya…
Awak sudi memaafkan diri ini…

Awak…sungguh kejam rasanya…
Apa yang telah saya lakukan…saya dapat bayangkan…
Betapa tertekannya awak…pada malam itu…
Dahlah 2, 3 hari tak cukup tidur…
Malam tu stay up lagi…semata-mata nak siapkan projek…
Saya pulak mengejutkan awak…dengan gurauan April Fool…
Yang ideanya…sememangnya giler…
Saya rasa sungguh kesal…
Kalaulah saya tahu nak jadi begini…saya takkan buat macamtu…
Kerana saya langsung tak menyangka…
Yang awak sanggup menangis…kerana saya…
Hinggakan mata awak yang besar tu…
Bisa menjadi bengkak…
Dan bertambah besarlah mata awak tu…

Awak…awak kata pada saya…
Tu lah awak…sapa suruh kenakan saya…kan dah jadi macamni…
Masa nak kenakan saya…awak tak fikirpun…
Awak nii teruklah…saya ingatkan betul-betul tadi…
Habis semua…kawan-kawan panik…dan cuba pujuk saya…
Tapi takpelah ade rahmatnya juga…awak kenakan saya…
Kerana sekarang…saya pasti yang saya benar-benar sayang…
Pada awak…kalau tak…masakan saya boleh menangis…

Awak…semalaman… saya tak lena…
Kerana terkenangkan diri awak…saya masih rasa bersalah…
Kerana menyebabkan awak menangis…
Biarpun awak…telah memaafkan saya…
Tapi terasa masih belum memadai…

Awak…pagi keesokan harinya…
Saya beranikan diri…untuk menelefon awak…
Buat pertama kalinya…biarpun diri ini terasa gugup…
Oleh kerana hati…masih tak tenang…
Saya beranikan juga…dail number awak…

Awak…017-5xxxxxx… percubaan pertama…
Just 3 second…terus berdering…
Lama jugak…saya menunggu…
Akhirnya awak…jawab juga…
Awak…kedengaran sayu suara awak…
Tidak seperti…hari- hari biasa…
Macam orang demam…pun ade…
Yang pasti…suara awak…macam budak kecik…
Baru lepas menangis…

Awak…kalau awak nak tahu…
Cute lah…suara awak macam itu…
Dan awak buat hati saya cair…
Secairnya-cairnya… macam susu cair…

Awak...masa tu…saya rasa sungguh tersentuh…
Dan amat mengasihani…diri awak…
Lantas saya terus…lafazkan hajat…
Memohon maaf…sebanyak mungkin…

Awak…awak kata is ok…just small matter…
Ade rahmatnya…awak kenakan saya…
Awak juga kata…sekali fikir…lawak laa pulak…
Dan saya pun tak sedar…macam mana…saya boleh menangis…
Semua kawan-kawan…gelakkan saya…

Awak…saya kata…saya tak terlintas pun…
Nak wat camtu…pada awak…
Ini semua…idea kawan saya…
Tapi sekali fikir…ok gak idea nii…
Boleh jugak saya uji…sejauh mana…
Awak menyayangi…diri ini…

Awak…saya kata pada awak…
Saya pun sayang…pada awak…
Dan selalu…merindui awak…
Kalau awak nak tahu…tangan saya menggeletar…
Masa nak…telefon awak…

Awak…saya masih teringatkan…
Kata-kata awak tempoh hari…
Bahawa hati ini…dah awak rampas…
Bila saya kata…saya rindu awak…saya sayang awak…
Awak kata…padan muka awak…
Sapa suruh awak bagi hati awak…kat saya…
Dan awak jugak kata…saya takkan serahkan balik…
Hati awak ini…kerana bukannya senang nak dapat…uwekkk! !

Awak…awak juga ade kata…
Awak harapkan kita…ade jodoh nanti…
Saya tersentak…lantas tergamam…
Betul ke ape yang awak cakap ini…serius ke awak…
Biar betul…kenapa cinta kita begitu pantas…
Pantas seperti kilat…walhal kita baru aje kenal…
Pada semester ini…

Awak…awak buat kepala saya pening…
Memikirkan kata-kata awak…
Awak…saya rasa cam tak percaya…
Saya kebinggungan… sukar tuk memahami…
Hubungan kita…leh sampai ke tahap ini…
Sungguh mendadak hubungan kita…
Seperti mendadak popularnya Mawi…selepas menang AF3…

Awak…masa awak katakan…
Yang awak…dah mula sayang pada seseorang itu lagi…
Saya dah mula rasa…seram sejuk…
Betul ke…seorang perempuan leh meluahkan…
Perasaan cintanya…pada seorang lelaki…
Dengan begitu mudah…dan begitu pantas…

Awak…saya tak sangka…
Yang awak boleh menaruh…harapan yang tinggi…
Pada hubungan kita…namun walaupun begitu…
Saya rasa…kita dah tak boleh…berpatah balik…
Kerana masing-masing… telah meluahkan…
Apa yang terbuku…dalam hati…
Biarpun masih ade…sedikit kegusaran…dihati saya ini…

Thursday, August 4, 2011

Awak - A True Love Story (Part 3)

Awak…saya masih terkenangkan…
Detik romantis yang telah berlalu…
Habis aje kuliah…awak sms saya…
Semata-mata nak tahu…di manakah saya…

Awak…habis kuliah…
Awak bagitau…yang awak tunggu bas dekat bus stop…
Saya fahami isihati awak...n dapat menjangkakan sesuatu…
Yang sebenarnya…awak nak jumpe saya…
Dapatlah nanti…bersua muka…
Dan pulang ke kolej bersama-sama…


Awak…ucapan terima kasih buat awak…
Kerana sudi tunggu saya…tak sangka lak…
Awak sanggup tunggu saya…biarpun tika kita bersua…
Masih segan…dan malu-malu…
Untuk berbicara…antara kita…

Awak…saya rasa pelik…
Kenapalah…dekat bus stop juga kita mesti bersua muka…
Mungkinkah di sini…bermulanya bibit-bibit cinta…
Di antara dua hati…yang saling sudah terpaut…

Awak…pernah satu petang…
Awak tunggu saya dekat bus stop…
Kebetulan hari nak hujan…so saya suruh awak balik dulu…
Biarpun waktu itu…saya dah pun nak keluar dari kelas…
Saya kata…awak baliklah dulu…
Nanti kena hujan…demam pulak nanti…
Biar saya sorang aje yang kena hujan…
Awak pulak kata…kesian lak pada saya…
Dan awak buat keputusan nak tunggu saya…
Saya berkeras suruh awak balik…
Dengan alasan lambat lagi keluar…
Akhirnya awak akur…

Awak…saya terpaksa bagi alasan…
Yang saya masih dalam kelas…dan lambat lagi kuliah habis…
Semoga awak balik dahulu…biarpun pernah satu ketika…
Saya sedang menuju ke bus stop…

Awak…suatu petang…
Hari yang berikutnya…kuliah saya habis awal…
Kebetulan awak pulak…baru habis presentation…
Awak sms saya lagi…just to tell awak ada dekat bus stop…
Kerana awak tahu…kuliah saya habis awal…
Saya bagi alasan nak jumpe lecturer…
Untuk berbincang pasal projek…
Biarpun saya…sudah hampir dengan awak…
Bas sampai…saya nampak awak naik bas…
Tapi saya tak nak naik…biarpun sempat untuk berbuat demikian…
Lepas awak naik…saya terus sms awak…
Bagitau yang saya ada dekat bus stop…
Cuma awak aje yang tak nampak…
Awak sms saya balik…awak kata kenapa tak tegur saya…
Saya cakap takut…bermulanya adegan…
Kuch Kuch Hota Hai…kat sini nanti…

Awak…maafkan saya…
Kerana berbuat demikian…yang sebetulnya…
Saya pun tak faham…kenapalah saya takut…
Untuk berhadapan dengan cinta…

Awak…untuk mengelakkan awak berkecil hati…
Saya bagi alasan…agar awak banyakkan bersabar…
Kerana masa masih panjang…biarlah ia yang menentukan…
Hala tuju hubungan kita…

Awak…1 April hari April Fool…
Saya masih ingat…macam mana saya kenakan awak…
Malam tu saya sms awak…biarpun ketika itu…
Awak berada di kolej kawan awak…
Kerana sibuk nak siapkan…2 projek yang masih belum siap…
Sedangkan hari presentation… dah dekat…

Awak…saya cakap pada awak…
Nak bagitau satu rahsia…yang telah lama saya pendamkan…
Tapi saya buat seolah-olah berat…untuk memberitahu segalanya…
Awak mendesak…kerana kebimbangan…
Akhirnya saya bagitau juga…
Kononnya saya nii…bukanlah lelaki yang baik…
Kerana telah melakukan kesilapan besar…
Dan mungkin juga telah memainkan perasaan awak…

Awak…saya bagitau pada awak…
Yang sebenarnya…saya dah bertunang…
Dan akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi…
Saya mintak maaf pada awak…
Dan suruh awak lupakan saya…

Awak…selepas itu…
Awak terus telefon roommate…
Kerana ingin mengadu kepadanya…
Sambil bercakap awak menangis…
Hinggalah sampai…kehabisan kredit…
Lepas tu awak…matikan handphone…
Awak menangis sepuas-puas hati…
Sampai bengkak mata awak…
Sungguh tragis malam itu…
Sambil buat kerja depan komputer…
Sambil air mata berlinangan…
Kat pipi awak…yang comel tu…

Awak…kawan-kawan awak…cuba tenangkan awak…
Semuanya marah…pada saya…
Awak…2 jam selepas itu…
Saya sms awak…kerana rasa tak sedap hati…
Dan menyatakan…itu semua cumalah April Fool…
Nasib baik laa…awak on balik handphone awak…
Kalau tak tak tahu laa…ape yang akan terjadi nanti…

Awak…awak tanya pada saya…
Betul ke semua ini…hanyalah sekadar…
Satu gurauan…ataupun ianya benar-benar terjadi…
Saya menegaskan ianya hanyalah satu gurauan…
Buat awak yang amat saya sayangi…

Awak - A True Love Story (Part 2)

Hinggalah pada satu hari...
Awak tanya pada saya…dah ade awek ke belum...
Saya cakap takder…tapi saya pernah jatuh cinta....
Malangnya semuanya tak menjadi…
Lepas tu saya lak tanya awak…
Awak camna…dah ade boyfriend ke…
Awak bagitau dulu ade…tapi sekarang dah putus…
Nampaknya ade can lah saya…
Orang kata perempuan…kalau baru putus…
Senang nak dapat…

Awak…awak kata awak dah mula sayang pada seseorang…
Saya faham maksud awak…
Saya jadi tak keruan…lantas saya beri alasan…
Biasanya perempuan akan pulang…
Ke pangkuan kekasih lama…
Tapi awak bagi alasan…tak nak balik dengan kekasih lama…
Pasal awak dengan dia adalah sebaya…
Dan masing-masing mempunyai pendirian yang berbeza…
Awak jugak dah bersumpah takkan pilih…
Lelaki yang sama umur lagi…

Awak…tanpa saya sedari…
Saya kata saya suka awak…walhal saya sendiri tak pasti…
Apakah perasaan sebenar terhadap awak…
Yang saya tahu awak bukanlah citarasa saya…

Awak…sejak dari itu…
Kita jadi makin rapat…awak telah pun luahkan…
Segala-galanya pada saya…
Yang sememangnya awak amat meyayangi diri ini…
Satu hari awak tak sms saya…leh sasau dibuatnya…

Awak…awak kata awak mula tertarik pada saya…
Semenjak dari semester 1 lagi…selama ini awak hanya…
Perhatikan saya dari jauh…hinggalah sekarang…
Baru awak dapat luahkan pada saya…

Awak…awak juga dah ceritakan satu rahsia…
Yang sememangnya saya tahu…
Tapi saya tak mungkin dapat mengingatinya lagi…
Jika awak tak ceritakannya… pada saya…
Rupanya awaklah yang duduk sebelah saya…
Dalam bas…semasa minggu suiakenal…
Awak juga satu kuliah dengan saya…masa semester 1…
Tapi saya tak perasan pun…
Dan awak juga kata…masa tu…
Saya tak pandang pun awak…

Awak…lepas awak ceritakan semua itu…
Barulah saya dapat mengingatinya…
Itupun sikit-sikit aje…
Pasal saya tak pernah pandang pun pada awak…

Awak…awak buat saya rasa serba-salah…
Pasal saya sendiri pun tak pasti lagi…
Hati ini boleh terima awak…ataupun tidak…
Tapi saya dapat rasakan sesuatu…
Mungkinkah kita telah ditakdirkan bersama…
Mungkin juga awaklah jodoh saya…
Saya pun tak tahu…kenapa saya boleh terfikir…
Sampai ke situ…biarpun perjalanan hidup kita…
Masih jauh…dan kita pun baru aje kenal…
Kita masih lagi belum saling mengenali…
Di antara diri masing-masing…

Awak…awak telah membuat diri saya berubah…
Dari hari ke hari…saya dapat rasakan…
Aura cinta yang keluar…dari dalam diri saya…
Semakin hari…semakin kuat…
Tapi pada masa yang sama…saya masih keliru…
Saya masih pelik…apa dah jadi dengan diri saya…
Betulkah ini aura cinta…yang sebenar-benarnya…
Dari seorang lelaki…yang sedang memburu cintanya…
Bila saya pandang awak…
Saya rasa takde apa-apa yang menarik tentang awak…
Pasal saya pasti…awak bukanlah gadis impian saya…
Tapi bila awak menyepi…walaupun seketika…
Saya rasa…macam tak sempurna hidup ini…
Setiap masa saya terbayang wajah awak…
Sampai terbawa-bawa dalam mimpi…
Inikah yang dikatakan cinta…yang sebenar-benarnya cinta…
Inikah yang dikatakan cinta sejati…
Yang lahir dari hati seorang lelaki…
Yang ingin mencintai…seorang gadis…
Dengan penuh keikhlasan…

Wednesday, August 3, 2011

Awak - A True Love Story (Part 1)


Awak…3 semester lepas…
Kita naik bas sama-sama…Awak duduk sebelah saya
Pakai baju kurung putih bunga-bunga merah…
Awak sapa saya…saya jawab ala kadar aje…
Sebab dalam hati saya tak selesa…kalau boleh awak duduk sorang pun takpe…
Biar saya duduk tempat lain…

Awak…lepas peristiwa tu…
Saya dah tak jumpe awak lagi…
Tapi…tak sangka lak kita satu kuliah…
Awak perasan saya….tapi saya tak perasan awak…
Sampai hujung semester…


Awak…2 semester sudah berlalu…
Kita bawa haluan masing-masing…
Saya pun dah tak ingat awak…
Nama awak pun saya tak tahu…

Awak…semester 3…
Awak sms saya…entah dari mana…
Awak dapat number saya…
Tak sangka lak satu kuliah lagi…
Paling best awak satu group dengan saya…
Tapi saya still tak tahu…
Sapa yang sms saya…

Awak…hari pertama perjumpaan group…
Awak menggelabah cari saya…
Sebab awak tak kenal saya…
Awak cuma tau nama aje…
Itupun rujuk senarai nama dari lecturer…

Awak…masa jumpe…awak cam saya…
Tapi awak buat don't know je…saya lak tak cam awak…
Saya sebut nama awak…
Macam yang awak bagitau dalam sms…
Sorang groupmate sebut nama lain pada awak…
Saya confuse, tapi aargh…lantaklah! !
Tersilap kot…atau saje pakai nama lain…
Walaupun begitu…saya rasa semacam je bila pandang awak…
Lepas hari tu…kadang-kadang, tetiba aje saya terbayang wajah awak…

Awak…hari kedua perjumpaan group…
Awak datang lambat…buat saya ternanti-nanti…
Akhirnya awak datang juga…
Masa discussion…saya jeling-jeling pandang awak…
Tapi saya tak perasan ape-ape tentang awak…
Dalam hati saya kata…kalaulah awak sudi jadi awek saya…
Bahagianya rasa…macam dunia saya yang punya…
Tapi nampak gaya…macam susah je nak tackle…

Awak…seminggu kemudian saya sms awak…
Mintak hasil kerja…awak punya…
Janji jumpe masa kuliah…biarpun kuliah dah cancel…
Awak…berkejar- kejar saya nak jumpe awak…
Sampai-sampai awak dah terpacak depan class…
Saya senyum kat awak…awak senyum kat saya…
Awak says hi….saya says hi juga…
Saya tanya lama tunggu….awak jawab taklah baru je sampai…
Awak bagi ape yang saya nak…saya dapat ape yang awak bagi…
Lepas bagi awak nak balik…sebab takut terlepas bas…
Sambil jalan awak pandang saya…
Dan awak lemparkan senyuman yang menawan…
Yang tak mungkin saya lupakankan…

Awak…tak semena-mena awak patah balik…
Pasal bas dah penuh…saya cakap tunggu bas lain…
Hehe…ade can nak sembang dengan awak…
Tapi sayang baru nak mula…bas dah sampai…
Tanpa buang masa…sekali lagi kita naik bas sama-sama…
Orang punyerlah ramai…lepas awak naik…saya lak naik…
Awak berdiri depan tv…saya lak duduk atas dashboard…
Masa bas jalan…saya asyik pandang awak…
Awak perasan…n rasa segan…lepas tu lari masuk ke dalam…
Sampai kolej saya turun...tapi awak tak turun lagi…
Pasal belum sampai ke destinasi…

Awak…seminggu kemudian…
Saya sms awak…janji nak pulangkan cd…
Awak setuju jumpe saya masa kuliah…
Kita sama-sama datang awal…
Saya bagi barang awak…awak ucap terima kasih…
Saya balas sama-sama…tak sempat nak sembang lama…
Awak masuk dalam class…takde sapa nak saya bersembang…
So saya sembang dengan mat India kat depan class…
Tapi saya perasan awak curi-curi pandang saya…
Dalam class pun sama…

Awak…15 minit sudah berlalu…
Lecturer tak sampai-sampai… saya bingkas bangun…
Keluar dari class…terus duduk dekat bus stop…
Entahlah…tetiba aje rasa berdebar-debar…
Macam nak gugur jantung ni…
Saya pandang belakang…ramai lagi yang tak keluar dari class…
Termasuk awak…5 minit tunggu bas…
Awak datang duduk sebelah saya…saya pandang depan…
Terus diamkan diri…awak says hi…n saya says hi juga…
Lepas tu saya tak ingat langsung dah ape yang kita sembangkan…
Hinggalah bas sampai…

Awak…bermula dari hari itu…
Saya buat cam biasa aje…tapi kebetulan satu hari…
Saya ponteng class…lecturer lak janji nak terangkan pasal soalan final
So…saya sms awak lagi…nak bertanyakan pasal hal tu…

Awak…ingatkan kita hanya sampai di sini…
Tak sangka lak…satu hari tu…
Awak sms saya lagi…awak kata awak demam…
Hari tu satu hari awak tak datang kuliah…
Saya tanya awak…dah pergi klinik…
Awak jawab tak…ubat dah ade…
Tapi awak cakap taknak makan ubat…pasal awak tak suka ubat…
Saya jadi susah hati…saya pujuk awak makan…
Akhirnya awak setuju…Saya rasa lega…

Awak…bermula dari itu…
Kita asyik main sms…macam-macam yang kita bicarakan…
Hinggalah pada satu hari…

Sunday, July 17, 2011

~Meniti Lelah Kehidupan~ Part 5 (b)

  Nazril duduk bersandar di ruang tamu. Di renungnya album yang memiliki serjuta kenangan bersama keluarganya. Biarpun dia sekadar menumpang kasih sayang mereka. Betapa girangnya dia ketika itu. Mempunyai adik-adik yang menyayanginya biarpun ada ketikanya dia terpaksa mengalah dengan haikal imran namun.. Nazril tidak pernah merungut mengenai Haikal Imran.

  Kenangannya terus terusik kembali, Di waktu itu, dia baru sahaja memasuki ke sekolah MRSM Taiping dia atas keputusannya yang cemerlang.  'Sony' Walkman hadiah yang diberi oleh Encik Muhammad Ali di pegang kemas di tangannya. Hatinya begitu girang. Bukan mudah untuk memiliki sesuatu seperti itu dahulu. Di simpan rapi sehingga dia melanjutkan pelajara ke peringkat Sarjana.

  Tersenyum sendirian ketika mengenangkan pergaduhannya bersama haikal yang cuba merampas walkman tersebut. Nazril Azrin sanggup mengurugkan diri 2-3 hari tanpa menjamah sedikit pun makanan. Hatinya luluh bila walkman tersebut di sorok Haikal Imran. Mujurlah Aqil faiq seorang yang licik. Membantunya untuk mencari semula walkman tersebut. Di simpan di tempat yang diketahui oleh orang lain.

  Namun masa telah berubah. Masing-masing mempunyai ego yang tersendiri. Mempunyai keinginan dan kehendak tersendiri. Cuma, dia masih lagi beralah dengan segala-galanya. Dia tidak pernah lupa akan usulnya. Biarpun dihinjak atau di caci, dia masih berpegang pada kata-katanya. Senyum adalah penawar terhebat. Kemaafan dan kesabaran merupakan kemanisan yang tidak terhingga.

  Fikirannya melayang mengenangkan Fatin. Dia perlu meluahkannya sendiri. Dia perlu berterus terang mengenai perihal dirinya. Status hidupnya didalam keluarga Encik Muhammad Ali. Dan dia juga tahu, Aqil Faiq mempunyai perasaan pada Liyana. Cuma kali ini, dia ingin mendengar dari mulut Fatin sendiri. Jika cintanya di tolak, dia bertekad untuk berhijrah ke Turki. Memandangkan rakan baiknya meminta dia menguruskan satu firma di sana. Sememangnya itu impian Nazril sejak dahulu lagi.

  Ingin menghabiskan masa di kota Turki Othmaniah. Melihat bangunan-bangunan yang mempunyai struktur binaan Islam yang terindah di mata dunia. Sememangnya itu impuannnya. Di tutup kembali album lama. Dia mencapai remote televisyen lalu menonton rancangan kegemarannya.

  Kedengaran deringan telefon bimbitnya bertalu-talu....

Wednesday, May 25, 2011

Everyday I luv U

Everyday I luv u..

Lagu yang selalu aku nyanyikan pada arwah mak...
Kenangan ngan dia mana mungkin di lupakan..

Now on..
Everyday I luv U IN...
Hahahahaha...

Sewel...

Wednesday, May 11, 2011

Take 5 min...

Letih dengan situasi yang tak menjanjikan apa-apa..
Letih dengan keadaan yang senantiasa tidak memihak kepadaku..
Letih dengan sesetengah insan yang mengambil kesempatan kepadaku..
Letih dengan manusia sekeliling yang selalu mengaturcarakan hidupku..
Letih dengan boss yang selalu inginkan sesuatu yg terbaik untuk dirinya...
Letih dengan semua keadaan sekarang nie...

Apa yang perlu..
Ingin bersendiri seketika....

Monday, May 9, 2011

~Meniti Lelah Kehidupan~ Part 5 (a)

  Aqil Faiq mendengar dengan teliti perbualan antara Mak Mah dan Haikal Imran. Rupa-rupanya cinta Haikal Imran juga di tolak oleh Fatin. Mungkin disebabkan sejarah hitam yang pernah Haikal Imran ukirkan dahulu. Bukan sahaja dengan Liyana dan Sharina, bermacam nama yang dia dengarinya. Aqil Faiq masih mendengar keluhan dari Haikal Imran. Betapa dia kesal dengan tiap perbuatan yang pernah dilakukan dahulu. Betapa dia gusar dengan kebaikan yang bakal di lakukan, bakal di terima Allah SWT atau tidak.

  Aqil Faiq menundukkan kepalanya seketika.Ditelitinya butir-butir percakapan yang dikatakan oleh Haikal Imran dan nasihat dari Mak Mah sendiri. Betapa dirinya jua merasa insaf dengan tiap kata nasihat yang disampaikan. Betapa die redha dengan apa yang Allah SW kurniakan kepadanya berbanding dengan Nazril Azrin. Betapa abangnya itu sungguh tabah dalam menghadapi dugaan. Tiap tohmahan yang dilemparkan, ditelan bulat-bulat dan masih melakukan kebaikan kepada orang-orang sekeliling. Tanpa disedarinya, manik-manik jernih menyusuri laju si pipinya.  Dia merasakan dirinya begitu hina sekali berbanding dengan Nazril Azrin.

  Biarpun mereka berdua agak rapat, adakalanya hasad dengki mengatasi segala-galanya. Apabila tiap pekerjaan yang dilakukan oleh Nazril Azrin, acapkali dipuji oleh papanya sendiri. Namun, tiap jerih payahnya tidak pula Dato' Muhammad Ali mengambil kira. Entah di mana silapnya, Aqil Faiq sendiri tidak mengerti.

 "Aqil.. Mak nampak Aqil..Meh sini nak..."Panggil Mak Mah.

 Aqil Faiq meluru masuk setelah di panggil Mak Mah, lalu memeluk Mak Mah.dengan erat.

 " Maaf En Aqil dan En Haikal.. Mak Mah perlu berehat sebentar" Beritahu jururwat yang menjaga Mak Mah.

 " Mak rehat dulu..Aqil dan Abang Haikal keluar dulu. Nanti, Aqil datang lagi yea...." Ujar Aqil Faiq.
 
  Mak Mah hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Mereka berdua keluar dari bilik tersebut. Aqil Faiq menyapu sisa-sia air mata di wajahnya. Begitu juga dengan Haikal Imran. Kelihatan Datin Rosnah menuruni anak tangga.

  "Aqil dengan Haikal tak kerja ke? Awal balik?" Tanya Datin Rosnah

  "Saja je nak jenguk mama,papa dengan mak mah.." Balas Haikal lalu bersalam dengan Datin Rosnah. Aqil Faiq menuruti langkah Haikal Imran.

  " Jom lunch sama.. Mama belum makan lagi nie..." Pelawa Datin Rosnah

  " Papa mana?" Tanya Aqil Faiq pula.

  " Kejap lagi, papa turun tu... Baru habis solat..."

   Mereka bertiga menuju ke ruang makan. Tidak lama kemudian Dato' Muhammad Ali juga menyertai makan tengahari bersama anak-anaknya itu. Pelbagai topik dibincangkan bersama. Dato' Muhammad Ali dan Datin Rosnah tersenyum girang melihat anak-anak mereka kini. Cuma, Nazril Azrin tidak dapat bersama. Mungkin dia agak sibuk di ketika ini.

  Segala kekusutan dapat di rungkai kini. Haikal Imran sedikit tenang dengan nasihat Mak Jah. Biarpun dia masih memiliki ibu bapa kandungnya namun, dia sangat manja dengan Mak Jah. Mungkin ada benar kata Mak Jah. Memohon maaf kepada Nazril Azrin. Biarpun Haikal Imran tahu bahawa, Nazril Azrin seorang yang maaf namun bukan mudahnya dia mengukir kata maaf. Lebih-lebih lagi, dia tidak pernah memohon maaf dari mana-mana insan yang dikenalinya terlebih dahulu.

 Mungkin dia berubah. Mungkin kini masanya untuk memohon maaf dan juga memaafkan. Bukankah lebih indah jika kemaafan yang diperolehi kini dari insan yang bernama Liyana dan juga Sharina. Lebih membahagiakan jika Nazril Azrin meemaafkannya. Di jamahnya nasi di hadapannya. Biarpun tubuhnya disitu namun ingatannya menerawang mengingati Liyana. Argh..... Apa yang perlu dilakukan lagi.

Sunday, May 1, 2011

~Meniti Lelah Kehidupan~ Part 5



  Haikal memandang jauh ke hadapan. Mana mungkin dia dapat melupakan apa yang telah berlaku antara dia dan Liyana. 5 tahun dahulu merupakan satu kesilapan yang besar. Namun dia masih setia menunggu biarpun, Haikal Imran pernah mengabaikannya selama 3 tahun yang lalu.

  Liyana seorang gadis yang memiliki wajah 'chinese look', beramput panjang dan gayanya begitu elegan . Sentiasa menjaga penampilannya sebagai seorang setiausaha kepada Dato' Muhammad Ali. Di syarikat SPK lah Haikal mengenali Liyana. Seorang 'fresh graduate' yang benar-benar tekun dalam melaksanakan pekerjaannya. Haikal memasang angan-angan untuk meniduri Liyana. Liuk tubuhnya benar-benar menggiurkan Haika Imran.

  Akhirnya jerat Haikal Imran terjerat jua apabila Liyana sudi menghabiskan masa bersama dengannya. Genap 3 bulan, Haikal berjaya meniduri Liyana. Kemudian dia bertemu dengan Sharina, tunang abangnya, Nazril Azrin. Perkara yang sama berulang dan dia meninggalkan mereka. dalam keadaan sebegitu.

  Haikal menekup mukanya. Biliknya yang begitu sejuk dengan penghawa dingin menjadi panas seketika.Di intainya ke luar,tempat Liyana masih kosong. Dia mencari kelibat Hazel di hujung pejabat. Hazel jua tidak datang ke pejabat hari ini.
 
   Telefon bimbit di poket seluar di seluknya. Pantas dia cuba menghubungi Liyana, tapi sayang...  Tidak dapat dihubungi. Dicuba pula ke nombor Hazel, jawapannya tetap sama. Dia memerlukan seseorang ketika ini. Memerlukan nasihat apa yang patut dia lakukan tatkala dirinya berasa bagaikan di penghujung nyawa.
  
    Dia tahu, terlalu banyak yang perlu diperbaiki terhadap dirinya. Terlalu banyak yang perlu di khuatirkan kini. Mengapa dia dengan Nazril Azrin terlalu berbeda. Memori lama menerjah kembali.

   " Eh..Ko tu anak angkat.. Tak layak duduk sini.. Papa dengan mama pungut kau tahu tak! " Tengkingnya kepada Nazril Azrin.

   Hanya kerana Dato' Muhammad Ali membeli sebiji laptop untuk diberikan kepada Nazril Azrin di atas keputusan pepriksaan PMR yang cemerlang pada ketika itu. Nazril Azrin hanya mendiamkan diri. Dilihatnya laptop Acer sudah pun hancur bertaburan di atas lantai. Dia tahu, pada ketika itu dia tidak mampu melawan. Sekadar memandang ke lantai tanpa berkata apa-apa. Dia sedar, dirinya hanyalah anak angkat kepada keluarga tersebut.

   " Kau boleh berambus tak dari mata aku sekarang... Berambus lah budak miskin... MENUMPANG kasih sayang orang je... Sejak kau ada.. Semua perhatian untuk kau kan.. Aku anak sulung, sepatutnya jadu keutamaan dalam keluarga ni.. Bukan kau.. Anak ANGKAT yang tak tahu datang dari mana........" Marah Haikal Imran lagi.

    Nazril Azrin agak berang mendengar hinaan dari Haikal Imran itu. Dia lantas bangun lalu merapati Haikal Imran.
 
   " Abang tahu abang menumpang di sini... Mungkin, suatu hari nanti dengan tiadanya abang... Haikal akan sedari, hadirnya abang dalam keluarga ini . Merupakan satu tali kekuatan.. Pada waktu itu, Haikal jangan menyesal...." ujarnya lalu turun mendapatkan Mak Mah.

  Mukanya yang lebam, perlu dirawati. Dia tidak mahu Dato' Muhammad Ali menghukum Haikal Imran lagi. Biarlah dia beralah dari terus meneruskan pergaduhan yang baginya tidak menjanjikan apa-apa pulangan yang baik.



   Haikal Imran menyeka air matanya.
 
  ' Ya Allah... Apalah yang telah aku lakukan ini. '
 
  Dia segera mengambil kunci keretanya lalu berpesan kepada Hisham " I'm taking leave aroun 2-3 days.. Please incharge"
 
   Hisham hanya menganggukan kepalanya sahaja. Haikal Imran segera berlalu pergi. Kereta yang dipandunya meluncur laju menuju ke rumah Dato' Muhammad Ali. Setibanya di Damansara, kediaman orang tuanya. Die segera melangkah ke bilik di tingkat bawah, di mana Mak Mah akan berada di situ. Biarpun sudah uzur, mak mah di benarkan menetap di situ. Dato' Muhammad Ali menyediakan seorang jururawat yang akan menjaganya.

   "Anak mak tengah sedih nie... "Ucap Mak Mah pabila melihat Haikal Imran di daun pintu tersebut.
 
   Haikal hanya menganggukan kepalanya lalu merapati Mak Mah dan memeluknya. Ingin di tangisi,segalanya telah berlaku. Ingin dipendam, dia pula tak mampu.

  "Haikal ceritakan pada mak .. Mak nak dengar..."ucap Mak Mah.

  Segala-galanya telah diceritakan kepada Mak Mah. Mak Mah hanya mengukir senyuman. Di sapunya air mata yang mengalir di wajah Haikal Imran. Mungkin Haikal sudah berubah. Hatinya memanjat kesyukuran kerana dia masih lagi dapat melihat perubahan Haikal Imran semasa hayatnya. Dia amat menyayangi anak-anaknya biarpun Haikal Imran, anaknya yang degil dan nakal pada ketika itu. Dibiarkan Haikal menangis diribanya. Mungkin dengan cara itu dapat menenangkan hati Haikal Imran yang sedang berkecamuk.
 
 

Wednesday, April 27, 2011

~Meniti Lelah Kehidupan~ Part 4 (C)

    Lagu 'Hurt' dari Christina Aguilera berkumandang di corong radio. Mengingatkan kembali detik dia ditinggalkan oleh tunangnya, Sharina. Betapa hancurnya hati Nazril di saat dia menerima perkhabaran bahawa, dia bukanlah terbaik untuk tunangnya tersebut. Apa tah lagi, jejaka pilihan Sharina merupakan adiknya sendiri, Haikal Imran. Nazril Azrin pasrah dengan ketentuan-NYA. Demi menjaga hati dan perasaan keluarga Muhammad Ali, dia REDHA dengan keputusan Sharina biarpun hakikatnya.. Terlalu sukar untuk melepaskannya.

  Kereta Vios meluncur laju ke destinasinya. Tangan Nazril Azrin ligat menekan nombor telefon Intan, setiausahanya.

  " Intan.. Send me bouquet of red roses to...." Ucap Nazril lalu memberitahu alamat yang ingin di kirimkan.
   Mungkin dengan cara ini, dia dapat meluahkan apa yang terbuku  di hatinya terhadap Fatin. Nazril Azrin juga berdoa agar Fatin menerimanya dengan hati yang terbuka.



*             *          *             *


  Di suatu sudut yang berbeza,Haikal Imran menunggu Fatin dengan sabar di lobi bangunan Wisma Genting bersama sejambak bunga ros. Kelihatan orang ramai keluar masuk di pintu lift tersebut. Haikal Imran mencari-cari kelibat Fatin di cleah-celah orang ramai. Jam di tangan menunjukkan pukul 1.00 tengahari. Waktu yang sesak kerana masing-masing ingin mengisi perut yang kosong setelah setengahari bekerja.

  "Looking for someone" Tegur Fatin yang sudah lama memerhatikan gelagat Haikal.

  " Ish... You ni.. Terkejut I... You tak kerja ke?" Balas Haikal pula

  " Keluar awal.. Makan with someone... " Beritahu Fatin.

  " Oh Ok... This is for you.. I hope you like it.." jelas Haikal lalu menyerahkan jambangan bunga ros tadi.

  " Thank you.."Ucap Fatin lalu mengambilnya.

  " Jom temankan I makan.." Ajak Haikal Imran lalu menarik tangan Fatin ke keretanya. Fatin melangkah dalam keterpaksaan berlalu pergi bersama Haikal Imran.

   Mereka berdua melangkah ke Concorde Hotel untuk menjamu selera. Fatin hanya mendiamkan diri. mungkin ini masanya dia harus berterus terang kepada Haikal Imran mengenai Liyana. Dia perlu jujur agar perhubungannya dengan Liyana tidak di landa badai. Lagipun, Fatin tidak mahu dijadikan punca penyebab hubungan Haikal dan Liyana menjadi renggang.

   Makanan telah dipesan. Saat ini, Haikal Imran merenung tajam ke muka Fatin. Dia tertarik dengan kesopanan dan juga raut wajah Fatin yang begitu redup. Mungkin  Fatinlah insan yang sesuai untuk dijadikan suri hidupnya.

  " Are you ok?" Tanya Haikal.
 
  " I'm ok.. Ada benda yang patut kita bincangkan..." Beritahu Fatin jujur.
 
   Belum pun sempat Fatin memulakan bicara, Haikal dengan pantas meluahkan hasrat hatinya. Fatin tunduk seketika. Hela nafasnya di tarik dalam-dalam.

  " Haikal.. I rasa perlu berterus terang dengan you.." Ucap Fatin perlahan.

 " Ok. I'm listening..."

 " I tak nak kecilkan hati Liyana... I think.. I tak sesuai untuk you.. I meet someone who deserve for my love.. Dia yang terbaik untuk I buat masa ni..." Beritahu Fatin lagi.

  Kelihatan raut wajah Haikal Imran berubah. Buat pertama kali, cintanya di tolak oleh seorang gadis. Sebelum ini, dia tidak pernah gagal meraih cinta dari mana-mana gadis yang dikenalinya termasuk tunang Nazril Azrin. Kekecewaan mula meresapi jiwanya. Tahap kemarahannya mulai membuak.

  Fatin hanya tunduk mendiamkan diri.

  " Tak mengapalah Cik Fatin.. Thanks for everything... Mungkin I tak layak untuk menyintai you.. Yang melihatkan kesempurnaan dari membimbing..." Ujar Haikal.

  " Bukan macam tu.. Kita masih boleh berkawan.. Menjadi sahabat yang baik.. We can share everything.. But for me, hati Liyana harus di jaga.." Jelas Fatin lagi.

  " Then... You think I suka Liyana??? Cinta tak boleh dipaksa. I tahu Liyana suka I but.. Tak kan I nak memperisterikan Liyana yang...."

 " You dah cemarkan maruahnya???" Bentak Fatin dengan nada tinggi lalu meninggalkan Haikal Imran keseorangan.

  Haikal kelu seketika. Tiada apa yang harus di ucapkannya lagi. Sememangnya dia patut dipersalahkan kerana terlalu mengikut hawa nafsunya sendiri. Kekesalan mulai timbul di benaknya. Dia ingin berubah apabila mengenali Fatin. Dia ingin menjadi seorang insan yang berguna dan tidak lagi mengikut hawa nafsu serakahnya tersebut. Haikal termanggu seketika. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Bagaimana pula harus di pujuk hatinya agar pasrah dengan segala-galanya.

Thursday, April 21, 2011

~Meniti Lelah Kehidupan~ Part 4 (b)

    Nazril Azrin menunggu dengan tenang di Nailis yang terletak di Ampang. Sengaja diluangkan masa untuk bersama Fatin memandangkan kerja di pejabatnya sudah pun selesai. Aqil pula sibuk dengan aktiviti gymnya. Kata Aqil mahu mencari bakal isteri,perlulah nampak segak. Nazril kembali tersenyum melihat telatah Aqil.
Kedengaran riuh rendah dari hadapan Nailis. Kelihatan Fatin, Liyana dan Hazel berjalan beriringan ke tempat tersebut.

 Liyana sedikit terperanjat dengan kehadiran Nazril Azrin.

  " You kenal Fatin ke Nazril?" Tanya Liyana lalu melabuhkan punggungnya.
  Fatin terpinga-pinga dengan pertanyaan Liyana. Mereka berdua bagaikan sudah lama mengenali antara satu sama lain. Dilihatnya Nazril hanya tersenyum tanpa sebarang jawapan.

   " Aku kenal dia masa kat Johor hari tu.. Eh macamana ko kenal dia Yana?"Tanya Fatin yang ingin tahu.

   " Lah.. Dia abang Haikal dan Aqil lah.... Kau tak tahu ke? You never told her Nazril..." Balas Liyana kehairanan.

  Fatin terdiam. Segala persoalan mulai terjawab. Dia memandang tepat ke arah Nazril Azrin. Nazril Azrin jauh berbeza dengan Haikal Imran dan Aqil Faiq. Dia tahu, Nazril masih menyembunyikan sesuatu yang patut diketahui olehnya. Namun, dia juga memberi sedikit kelonggaran kepada Nazril Azrin  untuk berterus terang nanti. Lamunanya terhenti seketika setelah pelayan di retauran tersebut bertanyakan pesanan yang ingin di pesan.

  Mereka berempat terus berbual-bual seperti selalu malah Nazril Azrin sedikit pun tidak kekok dengan telatah mereka bertiga. Liyana benar-benar berasa lega apabila mengetahui perkara sebenar. Mungkin hati Fatin telah di curi oleh Nazril Azrin. Melihatkan dari cara Nazril Azrin melayan Fatin, dia mampu tersenyum dengan girangnya. Jika Fatin memilih Nazril Azrin, dialah manusia yang paling bertuah dalam dunia ini kerana Nazril bukan lah seorang pemuda yang mudah memperdayakan gadis yang dicintainya.

  Sememangnya Nazril begitu berbeza dengan Haikal Imran. Haikal Imran begitu 'charming' namun, dia agak kasar sedikit dari Nazril Azrin. Dia tahu, hubungan Nazril dan Haikal tidaklah begitu baik memandangkan.. Haikal pernah merampas tunangnya. Namun,Nazril Azrin seorang yang penyabar dan mudah memaafkan biarpun Liyana pernah melihat betapa suatu ketika dahulu Nazril Azrin begitu tidak terurus.

      " Menung pulak dia..." Sergah Hazel.
  
      Liyana cuma terseyum sumbing sahaja."Agak-agak korang kan.. Kita semua cuti ek esok?" Perli Liyana sambil memandang jam di tangannya.

   " Mak ai...Dah kul 12.30 malam... "Keluh Fatin." Kena gerak dulu lah yea..." Ujarnya lalu menghulurkan wang kepada Liyana.

  " Is ok..I treat this time k..." Beritahu Nazril Azrin. Mereka berempat segera beredar dari Nailis.

   Dalam perjalanan pulang, Fatin menghubungi Nazril Azrin " Nazril, napa tak beritahu yang Haikal tu adik you"
  
  "Nazril tak tahu pula Fatin kenal Haikal... Kenapa..Jatuh cinta ke dengan dia?" Usik Nazril pula
  
  " Ish.. Ke situ pula...Fatin pelik sikit. Sebab muka korang berdua tak sama.. Haikal dengan Aqil ada gak persamaannya..." Jelas Fatin.

  " Nanti lah... Nazril akan cerita pada Fatin hal yang sebenar, Cuma, Nazril tak mahu Fatin pergi dari hidup ini..."

  " Maksud Nazril..." Fatin kurang jelas dengan pernyataan Nazril.

  " Eh..pakai handsfree tak ni? Dah lah bawak laju..." Nazril cuba mengelak dari menjawab pertanyaan Fatin.

  " Mana ada laju...." Bohong Fatin pula.

  "140km tak laju kan... Saya belakang Fatin ni...Hehehehe" Beritahu Nazril.

  " O.. Skodeng ya... Hahahaha.."

  Mereka berdua meneruskan perbualan sehingga tiba di kediaman masing-masing. Namun jauh di sudut hati Nazril Azrin,ingin sahaja dia meluahkan rasa isi hatinya yang ingin memiliki Fatin. Mungkin, esok merupakan harinya untuk dia berterus terang dengaan Fatin sendiri.

Wednesday, April 20, 2011

~Meniti Lelah Kehidupan~ Part 4 (a)

  Liyana membenamkan mukanya ke bantal.. Dia menjerit sekuat hatinya. Apa tidaknya.. Rakan baiknya telah menghancurkan segala yang di angankan selama ini. Malah, istana pasir yang di idam-idamkan jua tidak kesampaian. Belum dibina, musnah di pukul badai. Adakalanya dia juga melihat akan kekurangan dirinya. Apakah dia tidak secantik ,selembut atau seramah Fatin. Mengapa dari dulu dia selalu kecewa dalam dunia percintaan? Apakah dia tidak layak untuk menyintai seseorang yang di namakan lelaki.? Air mata masih lagi mengalir laju. Hatinya resah, fikirannya menjadi bingung. Bagaikan seorang kanak-kanak yang kehilangan ibunya.

  Hazel menolak daun pintu di rumahnya yang terletak di Kondominium Tiara, Ampang. Fatin mengekori Hazel dari belakang. Mereka segera menutup pintu utama lalu ke bilik Liyana lalu mengetuknya. Perlahan-lahan daun pintu di buka. Fatin meluru melihat sahabatnya itu. Liyana menoleh ke arah lain. Fatin duduk bersimpuh di hadapan Liyana sambil mengenggam tangan Liyana.

  "Yana.. Aku dengan Haikal ... Hanya kawan biasa. Dia tak pernah cakap apa pun pasal hubungan kami.. Dan aku tak pernah keluar berdua dengan dia pun..."Jelas Fatin sambil merenung tepat ke muka Liyana.

  "Ye ke.. Atau kau saja nak pujuk aku dengan kata begitu" Ucap Liyana dalam nada yang terketar-ketar.
 
  " Betul Yana... Kau lebih kenal aku dari Haikal kan... Selama ini.. Aku kongsi bersama segala suka duka aku bersama kau orang.. Takkan lah perkara begini aku nak sorokkan..." Ujar Fatin lagi.

  " Habis..Kenapa Haikal cakap macam tu pada aku siang tadi...." Liyana mula memandang Fatin.

  " Tu aku kurang pasti... Dia tak pernah cakap apa-apa dengan aku pun mengenai perkara tu...Kalau dia beritahu sekalipun..Aku rasa... Wajar aku berterus terang supaya kau tak salah faham lagi... Aku tak nak hilang sahabat-sahabat aku lagi..." Balas Fatin lagi sambil menyeka air matanya.


   Kerana Zali, dia hampir di pulaukan oleh Liyana dan Hazel. Apa tidaknya, Zali tidak membenarkan dia menghubungi sahabatnya itu malah...Menegah untuk berjumpa mereka. Sememangnya Zali seorang yang baik biar pun adakalanya tingkah lakunya membuatkan Fatin makan hati. Segala tutur katanya harus diikuti jika tidak, Zali akan melemparkan kata-kata kesat kepadanya. Pernah juga Zali cuba ingin memukulnya namun.. Mujur Fatin dapat mengelak dari menjadi mangsanya. Namun, Zali seroang pemujuk yang bijak. Mudah sahaja Fatin memaafkannya.

  Liyana segera memeluk Fatin. Diikiuti Hazel pula. Mereka bagaikan adik beradik. Lebih-lebih lagi Liyana tidak mempunyai siapa-siapa lagi di dunia ini. Manakala hazel pula, hanya dia sahaja anak tunggal bagi keluarga En Ismail.

 " Dah.. Dah.. Nanti banjir plak sini... Di sebabkan Liyana merajuk tak tentu pasal dan tanpa usul periksa..Ko belanja kitaorang kat Nailis... Cepat siap.. Aku lapar nie..." Ujar Hazel.
 
  " Eh.. Bukan aku nampak Jco ke tadi..." Balas Liyana pula.

 " Itu appetizer je.. Dah..cepatlah.. aku dari tengahari tak makan nie.... Risaukan kau tahu tak!!" Beritahu Hazel dengan jujur.

  " Yela.. Yelah..."

  Tiba-tiba.. Kedengaran telefon bimbit kepunyaan Fatin berbunyi. Fatin segera menjawabnya dan beredar ke  ruang tamu sebentar.

 " Sapa tu?" Tanya Liyana

  "Ntah..Kawan dia kot!!" Jelas Hazel.

  Tidak lama kemudian, Fatin menghampiri mereka berdua.

  " Korang tak kisah ke kalau kawan aku join sekali..." Tanya Fatin yang meminta keizinan.

  "Hm.. Boleh je.. Alang-alang.. suruh je dia belanja.. Selamat duit aku" usik Liyana lalu tertawa.
 
  " Tak malu!!!" Balas Fatin " Bukan Haikal tau.. Ni orang lain.." Ujarnya lagi lalu mengerling ke arah Liyana yang sedang menukar pakaian.

  " Yela ye la..." Balas Liyana.


*********************************************************************************