it's all about life... as human being... everyone make mistake.. forgive what other people do to me... And it's all about me......
Sunday, May 1, 2011
~Meniti Lelah Kehidupan~ Part 5
Haikal memandang jauh ke hadapan. Mana mungkin dia dapat melupakan apa yang telah berlaku antara dia dan Liyana. 5 tahun dahulu merupakan satu kesilapan yang besar. Namun dia masih setia menunggu biarpun, Haikal Imran pernah mengabaikannya selama 3 tahun yang lalu.
Liyana seorang gadis yang memiliki wajah 'chinese look', beramput panjang dan gayanya begitu elegan . Sentiasa menjaga penampilannya sebagai seorang setiausaha kepada Dato' Muhammad Ali. Di syarikat SPK lah Haikal mengenali Liyana. Seorang 'fresh graduate' yang benar-benar tekun dalam melaksanakan pekerjaannya. Haikal memasang angan-angan untuk meniduri Liyana. Liuk tubuhnya benar-benar menggiurkan Haika Imran.
Akhirnya jerat Haikal Imran terjerat jua apabila Liyana sudi menghabiskan masa bersama dengannya. Genap 3 bulan, Haikal berjaya meniduri Liyana. Kemudian dia bertemu dengan Sharina, tunang abangnya, Nazril Azrin. Perkara yang sama berulang dan dia meninggalkan mereka. dalam keadaan sebegitu.
Haikal menekup mukanya. Biliknya yang begitu sejuk dengan penghawa dingin menjadi panas seketika.Di intainya ke luar,tempat Liyana masih kosong. Dia mencari kelibat Hazel di hujung pejabat. Hazel jua tidak datang ke pejabat hari ini.
Telefon bimbit di poket seluar di seluknya. Pantas dia cuba menghubungi Liyana, tapi sayang... Tidak dapat dihubungi. Dicuba pula ke nombor Hazel, jawapannya tetap sama. Dia memerlukan seseorang ketika ini. Memerlukan nasihat apa yang patut dia lakukan tatkala dirinya berasa bagaikan di penghujung nyawa.
Dia tahu, terlalu banyak yang perlu diperbaiki terhadap dirinya. Terlalu banyak yang perlu di khuatirkan kini. Mengapa dia dengan Nazril Azrin terlalu berbeda. Memori lama menerjah kembali.
" Eh..Ko tu anak angkat.. Tak layak duduk sini.. Papa dengan mama pungut kau tahu tak! " Tengkingnya kepada Nazril Azrin.
Hanya kerana Dato' Muhammad Ali membeli sebiji laptop untuk diberikan kepada Nazril Azrin di atas keputusan pepriksaan PMR yang cemerlang pada ketika itu. Nazril Azrin hanya mendiamkan diri. Dilihatnya laptop Acer sudah pun hancur bertaburan di atas lantai. Dia tahu, pada ketika itu dia tidak mampu melawan. Sekadar memandang ke lantai tanpa berkata apa-apa. Dia sedar, dirinya hanyalah anak angkat kepada keluarga tersebut.
" Kau boleh berambus tak dari mata aku sekarang... Berambus lah budak miskin... MENUMPANG kasih sayang orang je... Sejak kau ada.. Semua perhatian untuk kau kan.. Aku anak sulung, sepatutnya jadu keutamaan dalam keluarga ni.. Bukan kau.. Anak ANGKAT yang tak tahu datang dari mana........" Marah Haikal Imran lagi.
Nazril Azrin agak berang mendengar hinaan dari Haikal Imran itu. Dia lantas bangun lalu merapati Haikal Imran.
" Abang tahu abang menumpang di sini... Mungkin, suatu hari nanti dengan tiadanya abang... Haikal akan sedari, hadirnya abang dalam keluarga ini . Merupakan satu tali kekuatan.. Pada waktu itu, Haikal jangan menyesal...." ujarnya lalu turun mendapatkan Mak Mah.
Mukanya yang lebam, perlu dirawati. Dia tidak mahu Dato' Muhammad Ali menghukum Haikal Imran lagi. Biarlah dia beralah dari terus meneruskan pergaduhan yang baginya tidak menjanjikan apa-apa pulangan yang baik.
Haikal Imran menyeka air matanya.
' Ya Allah... Apalah yang telah aku lakukan ini. '
Dia segera mengambil kunci keretanya lalu berpesan kepada Hisham " I'm taking leave aroun 2-3 days.. Please incharge"
Hisham hanya menganggukan kepalanya sahaja. Haikal Imran segera berlalu pergi. Kereta yang dipandunya meluncur laju menuju ke rumah Dato' Muhammad Ali. Setibanya di Damansara, kediaman orang tuanya. Die segera melangkah ke bilik di tingkat bawah, di mana Mak Mah akan berada di situ. Biarpun sudah uzur, mak mah di benarkan menetap di situ. Dato' Muhammad Ali menyediakan seorang jururawat yang akan menjaganya.
"Anak mak tengah sedih nie... "Ucap Mak Mah pabila melihat Haikal Imran di daun pintu tersebut.
Haikal hanya menganggukan kepalanya lalu merapati Mak Mah dan memeluknya. Ingin di tangisi,segalanya telah berlaku. Ingin dipendam, dia pula tak mampu.
"Haikal ceritakan pada mak .. Mak nak dengar..."ucap Mak Mah.
Segala-galanya telah diceritakan kepada Mak Mah. Mak Mah hanya mengukir senyuman. Di sapunya air mata yang mengalir di wajah Haikal Imran. Mungkin Haikal sudah berubah. Hatinya memanjat kesyukuran kerana dia masih lagi dapat melihat perubahan Haikal Imran semasa hayatnya. Dia amat menyayangi anak-anaknya biarpun Haikal Imran, anaknya yang degil dan nakal pada ketika itu. Dibiarkan Haikal menangis diribanya. Mungkin dengan cara itu dapat menenangkan hati Haikal Imran yang sedang berkecamuk.
Labels:
cerpen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment