Aqil Faiq mendengar dengan teliti perbualan antara Mak Mah dan Haikal Imran. Rupa-rupanya cinta Haikal Imran juga di tolak oleh Fatin. Mungkin disebabkan sejarah hitam yang pernah Haikal Imran ukirkan dahulu. Bukan sahaja dengan Liyana dan Sharina, bermacam nama yang dia dengarinya. Aqil Faiq masih mendengar keluhan dari Haikal Imran. Betapa dia kesal dengan tiap perbuatan yang pernah dilakukan dahulu. Betapa dia gusar dengan kebaikan yang bakal di lakukan, bakal di terima Allah SWT atau tidak.
Aqil Faiq menundukkan kepalanya seketika.Ditelitinya butir-butir percakapan yang dikatakan oleh Haikal Imran dan nasihat dari Mak Mah sendiri. Betapa dirinya jua merasa insaf dengan tiap kata nasihat yang disampaikan. Betapa die redha dengan apa yang Allah SW kurniakan kepadanya berbanding dengan Nazril Azrin. Betapa abangnya itu sungguh tabah dalam menghadapi dugaan. Tiap tohmahan yang dilemparkan, ditelan bulat-bulat dan masih melakukan kebaikan kepada orang-orang sekeliling. Tanpa disedarinya, manik-manik jernih menyusuri laju si pipinya. Dia merasakan dirinya begitu hina sekali berbanding dengan Nazril Azrin.
Biarpun mereka berdua agak rapat, adakalanya hasad dengki mengatasi segala-galanya. Apabila tiap pekerjaan yang dilakukan oleh Nazril Azrin, acapkali dipuji oleh papanya sendiri. Namun, tiap jerih payahnya tidak pula Dato' Muhammad Ali mengambil kira. Entah di mana silapnya, Aqil Faiq sendiri tidak mengerti.
"Aqil.. Mak nampak Aqil..Meh sini nak..."Panggil Mak Mah.
Aqil Faiq meluru masuk setelah di panggil Mak Mah, lalu memeluk Mak Mah.dengan erat.
" Maaf En Aqil dan En Haikal.. Mak Mah perlu berehat sebentar" Beritahu jururwat yang menjaga Mak Mah.
" Mak rehat dulu..Aqil dan Abang Haikal keluar dulu. Nanti, Aqil datang lagi yea...." Ujar Aqil Faiq.
Mak Mah hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Mereka berdua keluar dari bilik tersebut. Aqil Faiq menyapu sisa-sia air mata di wajahnya. Begitu juga dengan Haikal Imran. Kelihatan Datin Rosnah menuruni anak tangga.
"Aqil dengan Haikal tak kerja ke? Awal balik?" Tanya Datin Rosnah
"Saja je nak jenguk mama,papa dengan mak mah.." Balas Haikal lalu bersalam dengan Datin Rosnah. Aqil Faiq menuruti langkah Haikal Imran.
" Jom lunch sama.. Mama belum makan lagi nie..." Pelawa Datin Rosnah
" Papa mana?" Tanya Aqil Faiq pula.
" Kejap lagi, papa turun tu... Baru habis solat..."
Mereka bertiga menuju ke ruang makan. Tidak lama kemudian Dato' Muhammad Ali juga menyertai makan tengahari bersama anak-anaknya itu. Pelbagai topik dibincangkan bersama. Dato' Muhammad Ali dan Datin Rosnah tersenyum girang melihat anak-anak mereka kini. Cuma, Nazril Azrin tidak dapat bersama. Mungkin dia agak sibuk di ketika ini.
Segala kekusutan dapat di rungkai kini. Haikal Imran sedikit tenang dengan nasihat Mak Jah. Biarpun dia masih memiliki ibu bapa kandungnya namun, dia sangat manja dengan Mak Jah. Mungkin ada benar kata Mak Jah. Memohon maaf kepada Nazril Azrin. Biarpun Haikal Imran tahu bahawa, Nazril Azrin seorang yang maaf namun bukan mudahnya dia mengukir kata maaf. Lebih-lebih lagi, dia tidak pernah memohon maaf dari mana-mana insan yang dikenalinya terlebih dahulu.
Mungkin dia berubah. Mungkin kini masanya untuk memohon maaf dan juga memaafkan. Bukankah lebih indah jika kemaafan yang diperolehi kini dari insan yang bernama Liyana dan juga Sharina. Lebih membahagiakan jika Nazril Azrin meemaafkannya. Di jamahnya nasi di hadapannya. Biarpun tubuhnya disitu namun ingatannya menerawang mengingati Liyana. Argh..... Apa yang perlu dilakukan lagi.
No comments:
Post a Comment