Sunday, September 10, 2017

Dairi P2


Diari... 
Sakit ni x baik pun..
Makin teruk...
Mungkin ada waktu utk aku menebus kesilapan pada org2 terdahulu??
Atau...masihkah aku punya waktu utk berbuat kebaikan pada manusia disekeliling ku???
Sukar sebenarnya utk aku kira waktu, berapa lama... 
biarpun anggaran setahun utk aku meneruskan sisa kehidupan ini..
Diari...
Kata sabar tu telah menjadi mendatar padaku...
Tiada rasa yg mampu aku gambarkan malah...
Dalam masa setahun itu mungkin dapat dipanjangkan... mahupun menjadi singkat jika..
Takdir tertulis begitu...
Diari.. 
aku begitu lelah kini meniti kehidupanku..
Aku tidak mampu menangis lagi...
Aku juga tidak mampu utk mengeluh jika kesakitan itu melebihi dari tidurku mahupun laparku...
Diari...
Aku hanya ada kamu sahaja yg mampu mendengar segala keluh kesah ku...
Menjadi peneman setia pada 
malamku...
Diari..
Mungkin mengharap pada sesuatu tidak perlu dalam kehidupanku kerana...
Pengharapan itu membuatkan aku bertambah derita...
Diari...
Mungkin juga menyayangi seseorang juga perlu aku hindari kerna..
Kelak aku juga yg berasa disakiti disebabkan pengharapan tu hanya sia-sia...
Diari...
Maafkan aku jika aku membuatkan diri mu terluka dengan kata2 ku...

Friday, September 8, 2017

Diari... P1

Diariii...penat..
Itu je boleh ku ungkapkan..
Adakala aku nak lari dari semua ini...
Takut meluahkan..
Takut kecewa...
Takut disakiti...
Takut berharap...
Diari...
Pujuklah hati ini...
Hidupku terus bersendiri...
Bertatih dalam memperjuangkannya..
Diari...
Air mata telah kering...
Tiada apa yg perlu di tangisi... kerana...
Izinkanlah ku pergi...

Monday, September 4, 2017

Diari..

Not being easy face everything in one day...
My choice to be alone..
Y?
Sebabnya x mau disakiti atau terluka bila mengharapkan org..
Sebabnya x mau melihat org yg disayangi x berganjak dari sisi dan risau dalam semua ni..
Tak mengapalah jika aku bersendiri..
Kerana...
Hakikat yg ditempuh pun bersendiri...
Hakikat yg jika kelak bersemadi pun sendiri juga...
Tiada pengharapan yg ingin ku letakkan kerana..
Hati lelah meniti segalanya...
Hati juga lelah dalam menempuh hari2 yg membuatkan diri ini terseksa..
Hati juga lelah dalam mengisi kegembiraan dalam kehidupan...
Namun...
Aku juga meletakkan sedikit pengharapan agar diri ini masih dipeduli...
Aku juga masih mengharapkan diri ini agar di sayangi.. 
Aku juga mengharapkan setiap pagiku disulami senyuman yg bisa membuatkan aku jua turut tersenyum...
Sentuman yang menenangkan jiwa ini...
Ku pujuk hati agar terus berlari...
Ku pujuk hati agar tidak rebah ke buni...
Ku pujuk hati agar mengingatkan saat-saat manis agar hati ini terus utuh dan kuat menanganinya..


Diari...
Mungkin ini yang terbaik utkku..
Mungkin juga ini yg membuatkan aku kuat untuk hari- hari yang mendatang..
Mungkin inilah.. kisah hidup yg perlu aku coretkan setiap hari agar ada insan yg mengetahui tentangnya...