Kereta Vios meluncur laju ke destinasinya. Tangan Nazril Azrin ligat menekan nombor telefon Intan, setiausahanya.
" Intan.. Send me bouquet of red roses to...." Ucap Nazril lalu memberitahu alamat yang ingin di kirimkan.
Mungkin dengan cara ini, dia dapat meluahkan apa yang terbuku di hatinya terhadap Fatin. Nazril Azrin juga berdoa agar Fatin menerimanya dengan hati yang terbuka.
* * * *
"Looking for someone" Tegur Fatin yang sudah lama memerhatikan gelagat Haikal.
" Ish... You ni.. Terkejut I... You tak kerja ke?" Balas Haikal pula
" Keluar awal.. Makan with someone... " Beritahu Fatin.
" Oh Ok... This is for you.. I hope you like it.." jelas Haikal lalu menyerahkan jambangan bunga ros tadi.
" Thank you.."Ucap Fatin lalu mengambilnya.
" Jom temankan I makan.." Ajak Haikal Imran lalu menarik tangan Fatin ke keretanya. Fatin melangkah dalam keterpaksaan berlalu pergi bersama Haikal Imran.
Mereka berdua melangkah ke Concorde Hotel untuk menjamu selera. Fatin hanya mendiamkan diri. mungkin ini masanya dia harus berterus terang kepada Haikal Imran mengenai Liyana. Dia perlu jujur agar perhubungannya dengan Liyana tidak di landa badai. Lagipun, Fatin tidak mahu dijadikan punca penyebab hubungan Haikal dan Liyana menjadi renggang.
Makanan telah dipesan. Saat ini, Haikal Imran merenung tajam ke muka Fatin. Dia tertarik dengan kesopanan dan juga raut wajah Fatin yang begitu redup. Mungkin Fatinlah insan yang sesuai untuk dijadikan suri hidupnya.
" Are you ok?" Tanya Haikal.
" I'm ok.. Ada benda yang patut kita bincangkan..." Beritahu Fatin jujur.
Belum pun sempat Fatin memulakan bicara, Haikal dengan pantas meluahkan hasrat hatinya. Fatin tunduk seketika. Hela nafasnya di tarik dalam-dalam.
" Haikal.. I rasa perlu berterus terang dengan you.." Ucap Fatin perlahan.
" Ok. I'm listening..."
" I tak nak kecilkan hati Liyana... I think.. I tak sesuai untuk you.. I meet someone who deserve for my love.. Dia yang terbaik untuk I buat masa ni..." Beritahu Fatin lagi.
Kelihatan raut wajah Haikal Imran berubah. Buat pertama kali, cintanya di tolak oleh seorang gadis. Sebelum ini, dia tidak pernah gagal meraih cinta dari mana-mana gadis yang dikenalinya termasuk tunang Nazril Azrin. Kekecewaan mula meresapi jiwanya. Tahap kemarahannya mulai membuak.
Fatin hanya tunduk mendiamkan diri.
" Tak mengapalah Cik Fatin.. Thanks for everything... Mungkin I tak layak untuk menyintai you.. Yang melihatkan kesempurnaan dari membimbing..." Ujar Haikal.
" Bukan macam tu.. Kita masih boleh berkawan.. Menjadi sahabat yang baik.. We can share everything.. But for me, hati Liyana harus di jaga.." Jelas Fatin lagi.
" Then... You think I suka Liyana??? Cinta tak boleh dipaksa. I tahu Liyana suka I but.. Tak kan I nak memperisterikan Liyana yang...."
" You dah cemarkan maruahnya???" Bentak Fatin dengan nada tinggi lalu meninggalkan Haikal Imran keseorangan.
Haikal kelu seketika. Tiada apa yang harus di ucapkannya lagi. Sememangnya dia patut dipersalahkan kerana terlalu mengikut hawa nafsunya sendiri. Kekesalan mulai timbul di benaknya. Dia ingin berubah apabila mengenali Fatin. Dia ingin menjadi seorang insan yang berguna dan tidak lagi mengikut hawa nafsu serakahnya tersebut. Haikal termanggu seketika. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Bagaimana pula harus di pujuk hatinya agar pasrah dengan segala-galanya.
No comments:
Post a Comment