Tuesday, April 19, 2011

~Meniti Lelah Kehidupan~ Part 4

  Fatin sedikit kebingungan. Mengapa dia dituduh sebegitu sedangkan dia tidak ada apa-apa hubungan dengan Haikal Imran. Berkali-kali dia cuba menghubungi Liyana namun, Liyana tidak menjawab atau membalas panggilannya. Fatin berasa sedikit susah hati kerana dia mengenali Liyana sejak di zaman universiti lagi. Fatin begitu sabar menunggu Hazel di Coffee Bean, Pavillion. Dia begitu resah memikirkan mengenai Liyana. Namun begitu, hatinya juga tertanya-tanya.. Mengapa Haikal Imran membuat kenyataan begitu sedangkan mereka berdua hanya berkawan biasa sahaja.

  "Hah.. Apa cita? Si Liyana pulak half day...Kau ada gaduh ngan dia ke?" Tanya Hazel setibanya dia di situ.
  " Hazel.. ko Duduk dulu boleh tak?"Tegas Fatin.
   Hazel akur lalu duduk  berhadapan Fatin.
   " Ko dengar voicemail nie dulu..... Then baru comment..." Beritahu Fatin lagi lalu menghulurkan telefon bimbitnya.
  
     Hazel mendengarnya dengan teliti. Mulutnya ternganga mendengar segala tuduhan yang dilemparkan kepada Fatin. Kemudian dia mengelengkan kepalanya berulangkali.

   "Jom ikut aku balik ke rumah. Dia dah salah faham ni. Aku tahu kau dengan Haikal tak ada apa-apa. Mungkin, Haikal sahaja yang menaruh hati pada kau...Tapi.. Kau begitu juga ke?" Duga Hazel.

  " Hazel.. Aku baru jumpa Haikal 2-3 kali. Mungkin aku serasi berkawan dengannya tapi belum terlintas nak ber'couple' dengan dia lagi..."Balas Fatin.

  Hazel menganggukan kepalanya sahaja seraya berkata" Ko kena beritahu Liyana perkara yang sebenar. Tak nak lah dah hampir 5 tahun kita berkawan, pasal lelaki kita bergaduh... Lagipun, kau tahun kan Fatin yang Liyana memang menyukai Haikal sejak pertama kali dia mengenalinya"

 "Hazel.. Aku tahu.... Insyaallah.. Aku tahu mana yang terbaik untuk aku...Jomlah..Baik kita pujuk Liyana tapi sebelum tu... Aku nak beli JCO kat bawah nie.. Dia tentu suka..." Ujar Fatin lagi.

  Mereka berdua segera ke ground floor di Pavillion untuk membeli donut kegemaran Liyana. Namun, debaran hati Fatin bagaikan tidak menentu. Entahkan  Liyana menerima segala ulasannya atau tidak biarpun pada hakikatnya dia sudah mula jatuh hati dengan Haikal Imran cuma... Dia tidak sepatutnya menyakiti hati Liyana, sahabat yang lama dikenalinya.
 
   Memang Haikal Imran seorang yang peramah, pandai mengambil hatinya dan tidak bosan apabila mendengar cerita dari dirinya. Namun, dia sedar akan batasannya sebagai seorang sahabat. Sejak dahulu lagi Liyana memendam perasaan dengan Haikal Imran. Hanya Liyana sahaja yang benar-benar memahami akan kehendak Haikal Imran biarpun adakalanya.. Liyana berendam air mata kerana tidak tahan dengan sikap Haikal terhadapnya.
  
   Kadangkala terdetik di hatinya untuk memberitahu perkara yang sebenar kepada Haikal Imran, namun.. Dia gusar.. Perkara ini akan menjadi lebih panjang. Buat masa ini, Fatin lebih rela bersendiri menghabiskan masa bersama ayahnya En. Baharom.



 

2 comments:

  1. wei ko buat novel la.. cam mbr aku si shaz tu

    ReplyDelete
  2. yelah lili..tgh bikin tapi tak tahu nk publish mano... huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete