Fatin masih bingung memikirkannya. Bagaimakan Haikal Imran boleh mengenali Aqil Faiq? Apakah hubungan mereka sebenar. Apakah mereka berdua juga mempunyai hubungan dngan Nazril Azrin? Malam itu, begitu sukar untuk Fatin melelapkan matanya. Mungkin kerana terkejut dengan tindakan dari Aqil Faiq yang mempelawanya untuk makan tengahari dan juga.. Pertemuan yang tidak disangkan olehnya pada hari ini.
Kedengaran telefon bimbitnya berbunyi. Fatin mendapatkan telefonnya.Nama Aqil Faiq tertera di skrin telefon Nokia E72 itu.
" Tak sudi lunch dengan I tapi dengan Haikal you ON je kan..." Ujar Aqil Faiq.
" Ya.. tapi ramai-ramai kan... Bukan berdua? Anyway.. Aqil nie kenapa?" Balas Fatin
"Tak ada apa.. Just wana spend time with you.. " Ujar Aqil berbohong biarpun di hatinya telah terpikat dengan kelembutan dan kesopanan yang di tonjolkan oleh Fatin dalam pertemuan yang pertama.
" Habis.. Macam tak puas hati dengan I nape? Is that I'm do something wrong with you? if yes..Please let me know?" jelas Fatin lagi. Hatinya begitu berang dengan sikap Aqil Faiq. Dia begitu pelik secara dengan perubahan sikap Aqil Faiq.
" Nope.. Everything's fine.. Tak ada apa yang salah pun.. By the way.. Nite and sweet dream..." ucap Aqil faiq lalu menamatkan perbualan mereka berdua hari ini.
Aqil Faiq tidak mampu meluahkannya. Dari perbualannya dengan Fatin, dia telah mendapat jawapan yang kukuh. Mungkin , Fatin hanya menganggapnya seperti rakan-rakan yang lain. Tetapi di hati Aqil tertanya-tanya. Bagaimana Fatin boleh mengenali Haikal Imran? Tidak tahukah Fatin perihal Haikal Imran? Jika dia kekasih Haikal Imran, bagaimana pula dengan Nazril Azrin? Adakah Fatin seorang yang suka melukakan hati dan perasaan orang lain?
Perlukah dia bertanya pada Haikal Imran.. Atau..Dia perlu memberitahu Nazril Azrin perkara yang benar? Apa pula tanggapan abang-abangnya nanti?
'Argh.. Lantak la..Senyap lagi bagus.. ' Getus hatinya. Segera dia menutup lampu lalu merebahkan diri di kamarnya. Dia terlena.
****************************************************************
No comments:
Post a Comment