Nazril segera membersihkan diri setibanya di rumah. Begitu juga dengan Aqil. Mereka berdua segera berbincang mengenai tender yang akan di hantar pada esok pagi. Kali ini tugas ini di galas oleh Aqil Faiq untuk bertemu 'Client' di Pasir Gudang. MMHE adalah salah satu kontraktor besar yang menjalankan aktiviti pembinaan dalam bidang 'Oil and Gas'. Mungkin ini merupakan pengalaman yang baik untuk Aqil Faiq kerna sebelum ini,hanya Nazril Azrin dan Haikal Imran yang mengendalikannya. Begitu tekun Aqil imran mendengar celoteh Nazril Azrin. Itu ilmu yang harus di praktikan ketika ini.
" Ingat tu Aqil.. Bukan mudah nak senang.. Biar berakit-rakit dahulu..Bersenang-senang kemudian.." Pesan Nazril .
Aqil menganggukkan kepala.
" Dah.. Gi tidur.. Pukul 1 pagi dah.. Tapi tulah.. Nak ajak Aqil gi makan.. Baru rasa lapar nie..." Beritahu Nazril.
"La.. ye ke.. Aqil ingat abang puasa sehari terus... Hahahaha..Jomlah..Aqil pun lapar sangat dah nie.. Kita drive thru McDonald je la..." Balas Aqil pula.
Mereka berdua segera ke Restoran McDonald yang berdekatan. Menjamu selera bersama Aqil Faiq merupakan rutin harian Nazril Azrin. Dia percaya, Aqil mampu melaksanakan tugas tersebut. Biarpun dia masih bertatih, namun Aqil mempunyai keazaman yang tinggi dalam mengejar sesuatu yang baru.
***********************************************************************
BMW putih meluncur laju menuju ke Kuala Lumpur. Segala-galanya berjalan lancar. Tiba-tiba Aqil terfikir mengenai Fatin. Dia segera menelefon Fatin.
" Free ke nie nak bercakap?" Tanya Aqil
" Cakaplah.. Nape..Nazril sakit ke?" tanya Fatin yang agak cemas.
"Eh.. Tak adalah... Cuma Aqil saja nak berbual dengan Fatin..Boleh ke?"
" Hm.. Fatin rasa.. tak elok lah kalau kita berjumpa berdua... Bawaklah Nazril sekali..." Jelas Fatin dengan lembut.
" Hm... Ok.. Nanti Aqil cakap dengan abang.. Aqil purpose malam yea... Nanti abang akan call Fatin...Maaf ya menganggu..." Balas Aqil dengan sedikit kecewa.
Hajat di hati, mahu berbual-bual dengan Fatin.Mungkin hatinya sedikit tenang dengan telatah Fatin.Namun,keputusan Fatin harus dihormati. Mungkin benar,Nazril berjaya memikat hati Fatin.Aqil sekadar mampu memendam rasa sahaja.
Fatin agak terkejut dengan pelawaan Aqil Faiq sebentar tadi. Secara tiba-tiba dia di pelawa untuk makan tengahari bersama tanpa kelibat Nazril Azrin. Bagai ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh Aqil Faiq.
Fatin tidak mahu akan berlakunya salah faham antara kedua adik beradik tersebut.
Sedang dia begitu asyik memikirkan tentang pelawaan Aqil Faiq, dia menerima satu sms dari Haikal Imran.
'Hi.. How are you? Can we lunch together?'
Fatin tersenyum lalu membalas sms tersebut.'Why not? But ajak Liyana and Hazel sekali ya.. I'm not comfortable kalau kita lunch berdua je..'
'Hm... Tak romantik langsung lah cik Fatin nie... Oklah.. I will ask Liyana and Hazel to join us. Kita makan kat Hard Rock lah.. I ambil you ok dalam masa 10 min...' Balas Haikal Imran.
'K'
Fatin segera melangkah pergi ke lobi.Memandangkan jarak perjalanan dari pejabat Haikal Imran dan Fatin tidak jauh, Fatin perlu ada di lobi dengan kadar segera.
Kelihatan Haikal Imran menunggu bersama kereta Mercedez Bens nya. Liyana bersama Hazel tersenyum-senyum melambai ke arah Fatin. Lega hati Fatin apabila melihat kelibat mereka berdua. Fatin segera masuk ke kereta tersebut. Haikal Imran tersenyum memandangnya. Namun, Fatin terlihat jelingan tajam dari ekor mata Liyana ke arahnya..
Setibanya di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan dengan Hotel Concorde, mereka berempat segera melangkah masuk ke restoren tersebut. Fatin terkejut melihat Aqil Faiq di situ. Aqil faiq bersalaman dengan Haikal Imran .Hubungan tersebut bagaikan sudah lama terjalin. Namun, mereka berdua pura-pura slaing tidak mengenali antara satu sama lain.
Fatin agak keliru kini. Di masa yang sama, pelbagai persoalan yang timbul di benak Aqil Faiq. Bagaimana Haikal Imran boleh terpikat dengan Fatin.Bagaimana pula mereka bertemu sedangkan Fatin bukan lah seorang yang mempunyai kehidupan sosial seperti Liyana dan Hazel.
"Hoit.. Pandang orang tak kelip-kelip macam nampak hantu..Naper Aqil?" Sergah Haikal apabila perasan, Aqil Faiq begitu asyik memerhati gerak geri Fatin.
" Cuci mata.. Hehehehehe.." Seloroh Aqil Faiq yang cuba menyembunyikan sesuatu.
" Hahaha.. Cucilah.. Tak luak pun Aqil.."
Aqil Faiq hanya tersenyum sahaja. Di Hatinya tertanya-tanya apakah hubungan Fatin bersama Haikal Imran. Bagaimana pula dengan Nazril Azrin? Apakah Fatin hanya mempermainkan hati dan perasaan kedua-dua insan ini? Apakah jua, Fatin hanya rakan kepada Haikal Imran..Tetapi..Siapa pula Nazril Azrin dihati Fatin?Terlalu banyak persoalan yang patut dirungkaikan,namun Aqil Faiq sedar. Ini bukan masa yang sesuai untuk dia bertanya.
No comments:
Post a Comment