Thursday, April 14, 2011

~Meniti Lelah Kehidupan~ Part 3 (e)

  Nazril melihat wajah Aqil agak sugul setelah pulang dari Johor Bharu tempohari. Bagaikan ada yang tidak kena dengan tingkah laku adiknya itu. Nazril segera menyuruh Intan memanggil Aqil Faiq masuk ke biliknya.Tidak berapa lama kemudian, Aqil Faiq masuk ke bilik Nazril Azrin.
 
  " Aqil ada masalah ke dik... Sejak balik dari JB nie abang tengok Aqil bagai tak terurus je..." Beritahu Nazril Azrin.

  " Tak adalah bang.. Letih sikit.." balas Aqil Faiq dengan lemah.

 " Aqil takut pasal projek tu tak dapat ke?" Tanya Nazril Faiq lagi.

  Aqil Faiq mendiamkan diri. Sebenarnya dia sendiri memerlukan masa untuk memperbetulkan sikapnya yang agak keterlaluan terhadap Fatin. Seharian dia berfikir, betapa kejamnya dia cuba merampas kebahagiaan Nazril Azrin sedangkan, abangya itu cukup baik terhadapnya. Tetapi, dia malu untuk mengucapkan kata maaf pada Fatin. Perlukah dia berterus terang kepada Nazril Azrin? Apakah tindakan itu akan melukakan hati Nazril Azrin di kemudian hari?

  " Bang...  Aqil nak cuti sehari dua nie..Nanti dah ok.. Aqil berjanji akan buat yang terbaik. Cuma Aqil nak masa untuk bersendiri je..." Akhirnya Aqil bersuara.

  Nazril Azrin melepaskan satu keluhan yang panjang. Dia melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Dia tahu adiknya itu menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya. Cuma dia agak pelik dengan perubahan sikap Aqil Faiq yang mendadak itu. Bagaikan begitu besar permasalahan yang dihadapi oleh Aqil Faiq.

   Dia menoleh ke arah Aqil Faiq seraya berkata "Ok.. Tapi janji, Aqil beritahu Aqil nak ke mana.. Abang cuma nak tahu je... Risau kalau apa-apa hal yang berlaku nanti pada Aqil..."

  " Aqil pergi tak jauh.. Cuma nak bercuti kat cherating je.. Balik kerja nie, Aqil terus ke sana...Abang jangan risau. Aqil masih waras..." Balas Aqil lalu  tersenyum. Nazril Azrin membalas senyumannya.

Credit to Google Images
                      
********************************************************************************

   Liyana begitu tekun menyiapkan kertas kerja yang diinginkan oleh Haikal Imran. Namun hatinya sedikit gelisah melihatkan perwatakan Haikal Imran yang lebih selesa bersama sahabatnya Fatin. Bukan niat untuk dia membenci Fatin tetapi hati dia benar-benar terluka. Sedangkan Fatin mengetahui mengenai betapa dia amat mencintai Haikal Imran. Liyana juga dapat merasakan bahawa Fatin dan Aqil saling mengenali antara satu sama lain memandangkan Aqil dan Fatin cuba mengelakkan diri masing-masing dari bertembung. Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena.

  "Yana.. Could you try call Nazril please.." Arah Haikal Imran dari dalam biliknya.
  Liyana hanya mengikut perintah. Kedengaran Haikal Imran bercakap dengan Nazril. Perbualannya dengan Nazril agak sedikit santai tidak seperti selalunya. Mungkin hari ini angin Haikal Imran begitu baik sehinggakan dia memberinya sebungkus nasi lemak untuk sarapan pagi.

   " Ok lah bang.. Nanti kita lunch sama bila-bila. Ajak Aqil sekali lah... Rindu pula dekat abang." Ujar Haikal dalam talian.

  " Insyaallah..Kal jaga diri ya.. Busy mcmana pun jangan lupa makan... Sekali sekala, jenguk mak ngan ayah..." Balas Nazril Azrin.

   'Alahmdulillah...Ingat juga dia kat aku..' Getus hati Nazril.
  

  Sementara itu, Haikal terus merapati Liyana.

  " I rasa I patut berubah Yana..."
  "Why?" Tanya Liyana kehairanan.
  " Mungkin I meet someone  who will change me... I guess so?" ujarnya Haikal Imran lagi.
  " Who's that girl..." Liyana inginkan kepastian.
  " Your friend.. Fatin.." balas Haikal dengan selamba lalu beredar pergi.
  
  Dunia begitu kelam dirasakan oleh Liyana. Betapa kenyataan Haikal membuatkan dia bertambah bingung. Liyana segera mencapai gangang telefonnya lalu menelefon Fatin.Tiada jawapan. Namun sempat juga dia meninggalkan peti simpanan suara agar Fatin tahu betapa sedih hatinya apabila menerima perkhabaran tersebut. Dia segera menelefon Hazel.

  " Hazel.. Aku half day.. " beritahu Liyana dalam keadaan teresak-esak.
  " Are you ok girl.. What's happen?" Tanya Hazel sedikit kehairanan.
  " Nanti balik rumah I cerita.. Now i nak balik je.. Can you told Haikal.. I'm taken half day leave..." Balas Liyana lalu meletakkan ganggang telefonnya.

   Dia segera mengesat air matanya dengan tisu. Mungkin dia perlukan sedikit ketenangan di kala ini.Liyana melangkah laju menuju ke lif tanpa menoleh ke belakang. Hatinya begitu hancur dengan perkhabaran tersebut, Dia tidak menyangka dalam diam Fatin menjalin hubungan dengan Haikal Imran. Apakah salahnya. Mengapa dia perlu di layan sebegini rupa walhal, Haikal Imran tahu akan hasrat hatinya itu.

 

No comments:

Post a Comment