it's all about life... as human being... everyone make mistake.. forgive what other people do to me... And it's all about me......
Saturday, April 2, 2011
~Meniti Lelah Kehidupan~ Part 3 (a)
Ruang legar di rumah teres dua tingkat di Suakasih, Nazril Azrin duduk melepaskan lelah seharian bekerja. Sebentar lagi akan masuk waktu azan Maghrib. Kebelakangan ini terlalu banyak yang cuba di perbaiki di syarikat bapanya itu. Pada kebiasaannya, Haikal Imran akan menguruskan hal-hal pemasaran di samping membantu dia dalam perihal kewangan syarikat. Beban itu kini dipikulnya sendirian memandangkan, Aqil Faiq masih mentah dalam hal perniagaan ini.
Kereta BMW putih memasuki perkarangan rumah tersebut.
" Hei bang... Apsal tak masuk lagi nie?"Tanya Aqil yang agak kehairanan.
"Tunggu Aqil la nie.. Jom gi surau... Dah azan pun" Ajak Nazril
Mereka berdua melangkah pergi ke surau yang terletak di seberang jalan rumah mereka. Penghuni-penghuni di Bandar Tun Hussin Onn amat mementingkan ikatan sirraturahim di mana tiap aktiviti akan di adakan sebulan 2 kali.
Ada juga kelas mengaji yang sempat Nazril dan Aqil hadiri. Merka berdua kagum dengan masyarakat tersempat yang begitu menekankan ciri-ciri Islam. Ibarat duduk di kampung halaman. Selesai sahaja solat Maghrib,mereka berdua setia mendengar kuliah yang disediakan di surau tersebut.
Betapa hati Nazril Azrin begitu tenang ketika ini.Tetiba-tiba.. Dia terkenangkan seseorang. Agak lama juga dia tidak menghubunginya kerana Nazril begitu sibuk di pejabatnya. Keluar sahaja dari pintu Surau, Nazril mengeluarkan Nokia X6 lalu menelefonnya.
" Assalammualaikum... Fatin busy ke?" Tanya Nazril Azrin.
Aqil tersenyum memandang abangnya.
" Hm.. Tak juga.. Naper ye Nazril?"
"Jom makan... Saya amik awak kat umah.. Oh yea.. Ajak lah bapak awak sekali... " Ajak Nazril
"Eh.. Tak susahkan Nazril ke?"
" Ish... Tak de lah.. Takkan dia nak duk umah je.. Bawaklah dia sekali...Dalam 15 minit lagi saya sampai dengan Aqil." Jelas Nazril lagi.
Fatin segera mendapatkan bapanya En Baharom untuk memberitahu mengenai pelawaan Nazril Azrin. Mereka berdua menyiapkan diri masing-masing. Akhirnya Baharom berpeluang juga untuk bertemu dengan Nazril Azrin yang selalu dicertikan oleh Fatin kepadanya.
Kereta BMW berwarna putih melewati depan rumah Fatin. Mereka dua beranak segera memaski ke perut kereta tersebut. Kereta terus meluncur laju menuju ke Port Klang. Nazril bercadang untuk menjamu Fatin dan bapanya ke Medan Ikan Bakar yang terletak di Tanjung Harapan tersebut. Masih lagi dia teringat detik perpisahannya bersama Siti Shuhadah di situ. Namun begitu, dia redha dengan keputusan Shuhadah yang memilih jalan hidupnya sendiri.
Setibanya di sana, mereka mula memesan makanan.
" Kamu berdua selalu makan sini ke?" Tanya En Baharom.
"Tak delah pakcik.. Kadang-kadang je.. Rasa nak tukar angin.. Selalu abang saya ni masak.. Hari ni mood malas dia dah datang kot.." Usik Aqil
" Rajin kamu memasak.. Harapkan Fatin.. Tak berasap lah dapur umah tu.."
" Ayah...." Fatin menepuk lembut bahu ayahnya.
" Tak pe.. Abang Nazril suka memasak..." ujar Aqil lagi sambil menjeling ke arah Nazril Azrin
"Ish.. Ke situ pulak si Aqil nie..." balas Nazril yang kurang selesa dengan gurauan Aqil tadi.
"Ops.. Sorry bang,..."
Pertemuan kali ini Nazril Azrin banyak mendiamkan diri. Mujur Aqil Faiq pandai memainkan peranan agar En Baharom tidak kekok dalam pertemuan pertama bersama Nazril Azrin. Fatin dapat merasakan sesuatu yang sedang difikirkan oleh Nazril Azrin.
Pulang sahaja dari makan malam, Fatin segera menghantar menelefon Nazril.
" Terima kasih yea blanja kami tadi..."Ucap Fatin.
"Is Ok..Lama Nazril tak jumpa Fatin.."
" Tapi Nazril macam ada masalah je.. Kalau tak keberatan kongsi ler..." Balas Fatin dengan lembut.
" Tak de apalah.. Cuma hal pejabat je..."
" Ye ke... Patutlah garang sangat Fatin tengok tadi.. Murung je.. Jangan difikirkan sangat..Ingat satu je..Kalau sesuatu pekerjaan kita buat ikhlas.. Dan dengan cara yang betul..Biar apapun dugaannya... Ia akan tetap menemui kebenaran di penghujung tiap pekerjaan itu... Percayalah.. Allah sentiasa orang-orang yang bersabar...Ini pesanan ayah..."
Nazril Azrin mendiamkan diri. Ya.. Dia tahu..Adakalanya tahap kesabarannya begitu nipis sekali.Mungkin pergolakkan yang melanda membuatkan fikirannya begitu bercelaru sehingga dia menjadi murung buat seketika waktu.
"Maafkan saya... Tak da niatpun.. Nak diam tadi.. Maaf ya Fatin!"
"Eh ! Tak apa...Fatin faham.. Tapi..Fatin suka kalau Nazril tersenyum... Hensem jek..."Fatin memujuk nazril lalu tertawa kecil.
"Ceh.. Hahahaha" Nazril jua turut tertawa.
Mereka teruskan perbualan di talian hampir satu jam. Lega hati Nazril kerana dia dapat berbual dengan Fatin.Segala kekusutan sudah hilang. Fatin tidak jemu memberi nasihat. Dia juga pandai membuat lawak sehinggakan Nazril tidak kering gusi ketawa. Mungkin mereka berdua mula serasi. Mungkin jua ada bait-bait cinta di antara mereka berdua. Siapa tahu.. Siapa yang mampu menduga.... Perkara yang tidak dapat dijangka untuk akan datang.
Labels:
cerpen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment