Aqil Faiq begitu tekun melaksanakan tugas yang diberikan oleh Nazril Azrin. Baginya, biar kecil tugasan tersebut,dia tetap mahu segala-galanya berada dalam keadaan sempurna.Dia mampu mengendalikan tugas-tugas yang diberikan tanpa mengharapkan bantuan dari Nazril Azrin. Dia perlu bertindak secara professional. Biarpun dia memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah kepada abangnya, dia mahu buktikan dia jua mampu mengendalikan syarikat itu kelak.
Intan setiausaha Nazril menghampirinya.
" Ada apa-apa yang encik nak sebelum saya balik.Dah hampir jam 8.00 malam. En Nazril sedang menunggu En Aqil di biliknya."
" Nop.. Thanks Intan.. Semua dah siap. Alhamdulillah... Sok lunch I treat you ok..." janji Aqil pada Intan.
Aqil segera melangkah pergi menuju ke bilik Nazril bersama dokumen yang dikehendaki. Dilihatnya Nazril memandang ke arah jendela. Mungkin ada perkara yang sedang difikirkannya.
" Bang.. Aqil letak kat atas meja ya..."Beritahu Aqil.
" Hm.. Maacamana hari ni.. Ok tak?" Tanya Nazril
" Ok je bang... Nape?"
" Sorry kalau abang susahkan Aqil. Abang nak Aqil buat kerja tu sebab.. Aqil je sesuai buat kerja macam abang Haikal... "
Nazril menarik nafas."Tapi.. Ingat pesan abang.. Kerja perlu ikhlas.. Jangan ikut hawa nafsu..." Pesan Nazril lalu memandang ke arah Aqil.
" Insyaallah bang... Aqil akan buat yang terbaik.. Aqil ingat pesan abang..." Balas Aqil Faiq pula.
" Jomlah balik.. Abang penat ni.. Nak mandi dulu then baru tengok balik semua dokumen tu. Bawak sekali dokumen tu ke rumah.. " Ujar Nazril.
No comments:
Post a Comment