Nazril duduk bersandar di ruang tamu. Di renungnya album yang memiliki serjuta kenangan bersama keluarganya. Biarpun dia sekadar menumpang kasih sayang mereka. Betapa girangnya dia ketika itu. Mempunyai adik-adik yang menyayanginya biarpun ada ketikanya dia terpaksa mengalah dengan haikal imran namun.. Nazril tidak pernah merungut mengenai Haikal Imran.
Kenangannya terus terusik kembali, Di waktu itu, dia baru sahaja memasuki ke sekolah MRSM Taiping dia atas keputusannya yang cemerlang. 'Sony' Walkman hadiah yang diberi oleh Encik Muhammad Ali di pegang kemas di tangannya. Hatinya begitu girang. Bukan mudah untuk memiliki sesuatu seperti itu dahulu. Di simpan rapi sehingga dia melanjutkan pelajara ke peringkat Sarjana.
Tersenyum sendirian ketika mengenangkan pergaduhannya bersama haikal yang cuba merampas walkman tersebut. Nazril Azrin sanggup mengurugkan diri 2-3 hari tanpa menjamah sedikit pun makanan. Hatinya luluh bila walkman tersebut di sorok Haikal Imran. Mujurlah Aqil faiq seorang yang licik. Membantunya untuk mencari semula walkman tersebut. Di simpan di tempat yang diketahui oleh orang lain.
Namun masa telah berubah. Masing-masing mempunyai ego yang tersendiri. Mempunyai keinginan dan kehendak tersendiri. Cuma, dia masih lagi beralah dengan segala-galanya. Dia tidak pernah lupa akan usulnya. Biarpun dihinjak atau di caci, dia masih berpegang pada kata-katanya. Senyum adalah penawar terhebat. Kemaafan dan kesabaran merupakan kemanisan yang tidak terhingga.
Fikirannya melayang mengenangkan Fatin. Dia perlu meluahkannya sendiri. Dia perlu berterus terang mengenai perihal dirinya. Status hidupnya didalam keluarga Encik Muhammad Ali. Dan dia juga tahu, Aqil Faiq mempunyai perasaan pada Liyana. Cuma kali ini, dia ingin mendengar dari mulut Fatin sendiri. Jika cintanya di tolak, dia bertekad untuk berhijrah ke Turki. Memandangkan rakan baiknya meminta dia menguruskan satu firma di sana. Sememangnya itu impian Nazril sejak dahulu lagi.
Ingin menghabiskan masa di kota Turki Othmaniah. Melihat bangunan-bangunan yang mempunyai struktur binaan Islam yang terindah di mata dunia. Sememangnya itu impuannnya. Di tutup kembali album lama. Dia mencapai remote televisyen lalu menonton rancangan kegemarannya.
Kedengaran deringan telefon bimbitnya bertalu-talu....
No comments:
Post a Comment