Thursday, March 17, 2011

~Meniti Lelah Kehidupan~ Part 2

  Nazril melepaskan lelah di sofanya setelah seharian bekerja. Jam dinding di kamarnnya menunjukan pukul 10.00 malam. Lebih 12 jam hari ini dia bekerja. Terlalu banyak yang perlu di uruskan. Terlalu banyak dokumen yang perlu di tandatangani setelah 2 hari dia bercuti. Mujurlah Aqil Faiq banyak membantunya. Aqil Faiq tidak banyak karenah. Tidak seperti Haikal Imran yang sentiasa mencari salah perjalanan hidupnya.

  Telefon bimbitnya dicapai lalu butangnya ditekan. Satu suara kecil kedengaran di corong telefon. Nazril tersenyum ketika berbual dengannya. Tenang di rasakan. Seolah-olah dia sudah peroleh hadiah terbesar dalam hidupnya. Liuk lentuk suaranya menggamit kerinduan yang mendalam. Tiada apa yang diinginkan kecuali satu pertemuan. Lawak jenaka yang disampaikan sedikit sebanyak mengembalikan dirinya tersenyum.

 “ Fatin… You free tomorrow?” Tanya Nazril

 “ So far,tak ada plan lagi… Nape?” Balas Fatin yang inginkan kepastian.

“ Good… Temankan  Nazril tengok movie… Esok Nazril ambil Fatin kat office around 6.00pm…”
 Panggilan di matikan. Fatin teroinga-pinga sebentar. Adakah ini janji temunya dengan Nazril? Terlalu awal untuk dia beranggapan begitu kerana, Nazril baru dikenalinya. Fatin segera melangkah masuk ke kamarnya. Rancangan CSI Miami yang diminati telah pun tamat 10 minit yang lalu.

  Jam menunjukkan pukul 11.30pm malam. Fatin mencapai baju yang ingin dipakainya esok untuk di gosok. Dia memilih baju kebaya yang berwarna ungu. Baju kesukaannya yang sering di pakai untuk menghadiri majlis-majlis perkahwinan atau formal bersama-sama rakannya.

  Namun ada satu perasaan yang berbaur gembira bersarang di dadanya. Adakah Fatin menyimpan perasaan pada Nazril? Atau hati Fatin terhibur selepas kehadiran Nazril? Hanya senyuman yang terukir di bibir Fatin kini.






Di suatu sudut yang berbeza. Nazril masih lagi menonton televisye. Case 39 yang disiarkan diHBO Astro menarik minatnya. Berkisarkan seorang gadis yang bekerja di Jabatan Kanak-Kanak cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak yang disangka di dera oleh kedua ibu bapanya. Sangkaannya meleset apabila seorang kanak-kanak di bawah jagaannya yang bernama Diego telah di rasuk dan membunuh keluarganya. Lily,kanak-kanak tersebut yang telah di rasuk oleh kuasa jahat cuba menguasai Emily gadis tersebut.
Nazril begitu tekun menonton telah disapa Aqil Faiq.

“Ai bang… Lepas telefon awek terus bersemangat tengok tv..Slalu abg mengadap laptop jek..”

“ Ish.. Sekali sekala Aqil.. O.. Aqil curik curik dengar abang bercakap dalam telefon tadi yea… Tak senonoh betul…” Balas Nazril.

“ Hahahaha.. Susah ak tengok abang senyum balik. Itu petanda baik bang.. Siapa gerangannya.. Boleh Aqil tahu tak?” Aqil cuba mencungkil rahsia.

“ Fatin.. Baru je berkawan… Kenal pun tak sampai sebulan. Tapia bang suka melayan karenah dia. Kadang kadang very independent .. Sometimes.. Fragile.. Tak berani nak komen lagi Aqil.. Tapi, abang adalah teman nak berjalan-jalan sebab dia ni suka road trip dan vacation jugak..”

“ Wah… nama dia dah menunjukkan sesuatu dalam hidup abang.. Aqil suka.. Esok Aqil ikut sekali lah… Boleh kan?” Aqil memancing minat Nazril.

“Boleh je… Apa salahnya…”

**************************************************************

No comments:

Post a Comment