Monday, March 21, 2011

~Meniti Lelah Kehidupan~ Part 2 (B)

    Sebuah BMW 5 series berhenti di hadapan Wisma Genting. Dalam masa yang sama Fatin mencari-cari kereta Toyota Vios berwanra hitam metalik. Cermin kereta di turunkan.

  “ Fatin.. Naik ler…” Sapa nazril.

    Fatin agak terkejut dengan teguran Nazril tadi. Hatinya tertanya-tanya, siapakah yang pula membawa kereta tersebut apabila melihat Nazril duduk di bahagian penumpang di hadapan kereta tersebut. Tanpa sebarang bicara, Fatin melangkah masuk ke dalam kereta tersebut. BMW meluncur ber lalu meninggalkan Wisma Genting dalam hiruk pikuk di kawasan Jalan Raja Chulan.

  “Fatin.. kenalkan Aqil..Adik Nazril.. “

   Fatin hanya tersenyum memandang Aqil.

   ‘Ingatkan driver dia.. Adik dia rupanya… Tu lah Fatin,jangan salah sangka…’ Getus hati Fatin lantas tersenyum sendirian
   “ Hi Fatin.. Sengih sorang-sorang kat belakang tu.. macam ada sesuatu yang lucu saja? Nak di kongsi ke?” Usik si Aqil.

   “ Eh! Tak de apa-apa lah… O.. Aqil skodeng Fatin yea…” Balas Fatin sedikit geram kerana di perhatikan.

   “ Hahahaha… Si Aqil ni memang suka menyakat Fatin.. Jangan ambil hati yea.. Kita nak ke The Curve nie.. Tengok kat sana. Before that kita dinner      dulu dekat apartment. Si Aqil nie nak belanja…” Balas Nazril.

    Fatin terdiam seketika. Berang juga dengan usikan Aqil. Baru pertama kali bersua, dia mula berperangai sedemikian. Fatin memujuk hatinya. Dia sepatutnya tidak perlu cepat melenting. Mungkin Aqil memang begitu. Suka mengusik.

   Tiada topik yang mampu dia bualkan lagi memandangkan keadaan agak sunyi di dalam kereta. Hanya lagu-lagu Bruno Mars yang kedenganran di cuping telinga Aqil, Nazril dan Fatin.

    Setibanya di sana, mereka bertiga segera mengatur langkah ke Apartmen. Restoren yang agak tenang dan sedikit eksklusif.  Mereka membuat pesanan dahulu. Hari ini agak mendung sedikit. Memandangkan hari Selasa, mungkin tidak menjadi masalah untuk mereka mennikmati hidangan dengan tenang.

“ Abang Nazril.. Aqil ambik tiket dulu. Abang dengan Fatin makan dulu kalau makanan dah sampai tau… Nanti menyinga lagi si Fatin nie sebab lapar… Hahahaha” Usik Aqil lagi lalu beredar.

   Fatin hanya tersenyum sahaja.
 “ Jangan ambil hati dengan di Aqil tu.. Dia memang begitu.. Asyik nak mengusik jek kerjanya…”

 “ Tak pa.. Dah boleh terima..Hm… Nak Tanya. Kenapa tiba-tiba mimpi ajak  Fatin tengok wayang..  Nazril menang loteri ke?” Ujar Fatin.

 “ Tak adalah.. Saja je.. Bosan duduk office lama-lama. Nanti beku kepala otak nie.. Since jarang tengok wayang, nazril ajak lah Fatin sekali. Si Aqil pulak nak ikut.. Jadik bawaklah sekali… Kenapa? Fatin tak suka ke?” Balas Nazrl pula.

   “ Tak adalah… Cuma Fatin pelik… By the way.. Macamana kerja.. ok ke? Nampak sangat muka Nazril stress… Tak dapat projek ke? Tanya Fatin bertalu-talu.

  “ Susah nak cakap… Tapi rezeki di tangan Allah… Nazril berusaha je,.. Fatin pula bagaimana? Boss Fatin tak jeles ke Fatin keluar dengan Nazril…” Nazril menduga.

“ Ish .. ke situ pulak dia.. Bini dia lagi cantik lah… Fatin biasa jek..”

“ Ye ke… Nazril tengok ada potensi je nak jadik pembaca berita atau pengacara Nona…”usik nya. Mereka berdua tertawa bersama.

“Wah.. Aqil tak de skejap je, korang berdua dah ketawa sakan yea… Apa cerita?”Tegur Aqil

“ Cepat ambil tiket! Terbang apa?” Balas Fatin.

 “Alamak.. Dia dah buat lawak dah.. Hamba menaiki sampan untuk sampai ke sana adinda Fatin….” Ujar Aqil lantas tertawa.

                                                  

Mereka bertiga tertawa lagi. Hati Fatin dan Nazril kembali ceria. Aqil pula gembira melihat perubahan abangnya. Tidak lagi terkongkong dengan kata-kata Haikal Imran lagi. Haikal Imran sangat berbeza dengan Nazril, terlalu kerasa dengan sesiapa sahaja. Namun, sikap playboynya masih tidak berubah.

   Hinggakan tunang Nazril juga di layannya. Haikal Imran mempunyai dendam terhadap Nazril memandangkan Syarikat SPK menjadi amanah kepada Nazril. Keputusan bapanya, Muhmamad Ali benar-benar membuatkan dirinya dibuang. Manakan tidak, amanah itu di galas bukan dari darah daging Muhammad Ali, tapi diwarisi untuk anak angkatnya.

   Aqil Faiq memahami mengapa bapanya bertindak demikian. Nazril Azrin Muhammad merupakan seorang pemuda yang begitu amanah. Tidak pernah dia mungkiri segala amanat Muhammad Ali tersebut biarpun dalam mencari tender untuk projek terbaru. Namun, Haikal Imran telah menconteng arang ke muka bapanya setelah berita mengenai tender untuk pasir telah di jualnya ke syarikat lain demi mencapai impiannya sendiri.

    Perkara itu benar-benar mengguris hati dan perasaan Muhammad Ali. Tindakan Haikal Imran amat memalukan bapanya, namun.. Haikal Imran segera bangkit dengan firma arkiteknya kini. Dengan bermodalkan wang yang di lobi oleh Haikal Imran, beliau berjaya membuktikan kejayannya.

  Malam itu mereka bertiga menonton movie I am four. Aqil Faiq tersenyum girang melihat telatah mereka berdua. Fatin amat disenanginya. Doa Aqil Faiq semoga mereka berdua mempunyai jodoh yang panjang dalam menjalani kehidupan akan datang. Dia tidak sanggup lagi melihat akan kesakitan yang di alami oleh Nazri. Kini Nazril berhak untuk hidup gembira seperti orang lain.

2 comments:

  1. hehe..jangan aqil plak yg terjatuh kt fatin udah..huhu..

    ReplyDelete
  2. uik.. tunggu plot seterusnya.. Hidup ini penuh dengan kezutan... nantikan yea...

    ReplyDelete