Friday, March 25, 2011

~Meniti Lelah Kehidupan~ Part 2 (C)

 Di suatu sudut di luar pitch 4, Sport Planet Ampang. Haikal Imran begitu leka bermain futsal bersama rakan-rakan yang lain. Pertengkaran bersama ayahnya, cuba di lupakan didalam pitch. Dia bukan lah seorang pemain yang hebat namun, ketangkasannya dalam mencari ruang amatlah di geruni.

  Kelincahan Haikal Imran bermain diperhatikan dari luar pitch oleh Liyana. Liyana merupakan setiausaha kepada Haikal Imran. Biarpun Liyana menyukai Haikal Imran tetapi, segala perasaannya hanya terpendam dengan begitu sahaja. Baginya Haikal Imran tidak mendapat perhatian dari keluarganya. Mungkin dengan kedegilannya itu membuatkan dia di benci.
  Liyana masuk kembali ke dalam pitch. Dilihatnya Hazel keletihan mengejar bola.

  "Leceh lah main ngan budak lelaki.. Asyik kena buli je.."Rungut Hazel.
  " Biasalah tu.. Diorang dah ada skill.. Kita masih lagi terkial-kial lagi nie. Hazel.. Jog dalam pitch pun okey... Boleh kurus tau!!!"Pujuk Liyana lalu tertawa.
  " Eh.. Si Fatin jadi datang tak nak dinner dengan kita? Kau dah telefon dia..."Balas Hazel
  " Jap lagi dia sampai ler tu.. Kau tau lah mak datin tu kalau bersiap..."Ujar Liyana dengan selamba.
  "Hahahaha.. Ingatkan dah berubah... Masih Fatin yang sama.."

                                                                            
  Fatin mencari-cari kelibat Hazel dan Liyana. Tanpa disedarinya dia telah melanggari seorang pemuda di hadapannya.

  "Sorry..Tak sengaja"Ucapnya.
  "Mata letak kat lutut ke?"Herdik Haikal Imran. Mujur air yang di minum tidak megenai jersey Chelsea kegemarannya.
  " So sorry..." ucap Fatin lagi.

"Fatin.. Come here!" Laung Liyana.

  Fatin segera meninggalkan Haikal Imran.

  Haikal hanya memerhatikan Fatin.
  ' Cun jugak awek nie!' Getus Haikal sendirian lalu berjalan menuju ke Pitch 4.

 "Yana.. Saper mamat garang tu? " Tanya Fatin
  " Tu lah boss aku..Hensem tak?" Balas Liyana.
  " Hensem memang lah hensem tapi.. Bahasa dia kasar sangat!"
  " Mood dia tak baik ler tu hari nie... Nape.. Ko dah kenal dia ke?"Liyana bertanya untuk dapatkan kepastian.
  "Aku terlanggar dia tadi.. Say sorry sekali dia cakap..Mata letak kat lutut ke...Dah lah aku mintak maaf.. Dia pulak balas macam tu..Sib baik hari ni mood aku ok.. Kalau tak, mau aku jerit kat dia tadi..." Ujar Fatin dengan panjang lebar.
  " Kalau kau dah start menjerit Fatin.. Confirm aku tutup telinga.. Bingit.. Hehehe... Haikal tu memang macam tu. Kalau dia moody, tong sampah pun boleh dia marahnya... Hahahaha" Balas Liyana lalu tertawa kecil.
  "Meroyan lah tu.." Celah Haikal yang memasang telinga dari tadi.


  Liyana tersenyum malu.Fatin pula tunduk membisu. Terlalu leka berbual sehinggakan mereka lupa, ada telinga lain yang mendengar.

  " Habis lah ko Yana... KPI ko tahun ni hancusss!!!!" Usik Achmal dari dalam.
  Liyana hanya mencebikkan mukanya sahaja.

  " Fatin.. Yana..Jom kita gerak.. Nanti lambat pula aku nak makan... Lapar ni wei!" Hazel mengajak mereka berdua.
 " Tukar lah baju dulu..."Balas Fatin.
  "Ye lah... Takkan nak tukar kat sini pulak..." Ujar hazel.


   Mereka bertiga menuju ke bilik persalinan. Kedengaran riuh rendah di dalam bilik persalinan tersebut. Liyana yang tidak habis-habis bercerita betapa malunya dia ketika berbicara mengenai Haikal Imran kepada Fatin. memang agak lucu apabila mengenangkannya. Mana mungkin mereka berdua tersedar. Dalam diam, Haikal Imran memasang telinga dan duduk disebelah Liyana.
  " Tu lah.. next time nak ngumpat pandang kiri kanan.. Ni main tabur je kau yea... Hahahahaha" usik si Hazel lagi.
  " Shut up Hazel!!!!" Jerit Liyana.
  Mereka bertiga tertawa lagi.

*******************************************************

No comments:

Post a Comment