Tuesday, March 29, 2011

~Meniti Lelah Kehidupan~ Part 3

Liyana membawa secawan kopi ke meja Haikal Imran. Pagi itu agak sedikit tegang di pejabat Perunding Arkitek HI .Haikal agak berang dengan berita yang disampaikan oleh orang kananya tadi, Farhan. Sudah di sogok pegawai-pegawai di sana namun, projek perumahan di Kelang masih lagi tidak luluskan. Mana silapnya, apa kekurangan dari pemberiannya.

 

   “ Yana.. Call En Hakim NOW!!!” Tengking Haikal.

 

  Tersentak Liyana apabila mendengar jeritan dari Haikal tadi. Dia segera menyusun langkah laju menuju ke mejanya. Ganggang telefon di angkat dan nombornya di tekan-tekan.

 

   “ Boss.. En Hakim di talian 1… “ Laungnya separa jerit.

 

  ‘Huh! Hari ni memang semua orang lah kene maki… Dah naik sheikh  lah tu…’Getus hati Liyana sendirian. Dia mengintai Hazel di hujung pejabat, tidak pula kelihatan. Mungkin Hazle sedang tekun menyiapkan kerjanya. Liyana menelefon Hazel.

 

  “ Minah… Ko tak nak makan ke? Lapar nie.. Dah pukul 1.00 nie.. Jom lah…”

 

  “ Nak makan mana nie.. Wisma Cosway nak.. Aku pun lapar sangat nie!!” Balas Hazel.

 

   “ Ok.. Aku jumpa kat lif.. Keluar awal sebelum si Haikal panggil aku…”Ujar Liyana lalu meletakkan ganggang telefon ke tempatnya.

 

  Dia segera bererdar menuju ke luar pejabat.

 

  “ Boss apa hal hari nie..”Sapa Hazel apabila melihat kelibat Liyana

 

 “ Projek kat Kelang tu ler… Entahlah.. Apa yang dia nk kejarkan sangat dengan projek kat Kelang tu pun, aku tak tahu…” Keluh Liyana.

 

  “ Projek tu besar.. Kalau dia dapat projek tu..Naiklah nama company kita ni.Lagipun..Itu je cara dia nak buktikan pada Dato’. Ko pun tahu kan.. Dia bersusah payah membina empayarnya sendiri. Tidak duduk di bawah Dato’. Tak macam Nazril Azrin, abang Haikal..” Jelas hazel dengan panjang lebar.

 

  “ Ish Hazel.. Kau tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tak baik menuduh.. Punca dia meninggalkan company Dato’ tu.. Aku tahu..Tapi, itu Private and confidential.. Tak boleh lah aku bagitau…” Balas Liyana.

 

  “ Macamana kau boleh tahu pulak?” Tanya Hazel kehairanan.

 

 “ Aku pernah bekerja dengan Haikal di situ sebelum aku bekerja di MS Elevator. Haikal offer aku untuk bekerja dengan dia kat HI ni…Tak apalah..Kita keja macam biasa je. Eh… Aku nk makan bihun sup..Resign nasik tau..”  Balas Liyana.

 

 “ Badan dah keding nak resign nasik lagi… Hehehehe.. tunggu je si Haikal tu masuk meminang kau Liayana…”Usik Hazel pula.

 

 “ Tak kuasa aku…” Ujar Liyana lalu menepuk belakang Hazel. Mereka berdua tertawa kecil.

 

 

 

  Sementara itu, perut Haikal Imran berkeroncong. Jam Tag Huer di tangan dilihatnya. Sudah jam 1.15 tengahari. Dia segera melangkah keluar bilik lalu memandang ke tempat Liyana. Kosong.

 

 ‘Makan sorang lagi lah jawabnya… Ish.. bukan nak ajak sekali si Yana ni…’ getus hati Haikal.

 

 Dia segera melangkah pergi ke NZ Garden yang terletak di bangunan Standard Chartered. Mujur hari ini tidak sesak seperti selalu. Segera dia menarik kerusi lalu duduk. Pelayan restoren menghampirinya.

 

“Nescafe ais dengan nasi goring ayam !” Haikal Imran segera memesan makananya.

 

 Kelihatan satu kelibat yang amat dikenalinya di situ.Matanya masih memerhati kelibat disitu. Liuk tubuh gadis tersebut benar-benar membuatkan dia terpaku seketika. Hilang segala tekanan di pejabatnya. Haikal mengatur langkah menghampiri meja tersebut. Dia segera duduk di sebelah gadis tersebut tanpa dipelawa.

 

 

 “ Fatin kan.. Kawan Liyana and Hazel.. Hi.. Still remember me?” sapa Haikal.

 

 “ Oh you.. Haikal… Sorang je ke?”

 

“ Yup.. Sorang.. Can I join you…”

 

“ No problem.. Silakan…”Balas Fatin.

 

“ You kerja area sini ke?”Tanya Haikal.

 

“ Ha’ah.. Dekat Wisma genting..Bosan pula makan situ. You tak lunch ngan Yana ke?”

 

“Yana… Dah makan dulu lah tu…Dah lama ke kenal Yana?”

 

“ Kita orang study sama dulu… Tu yang lama kenal” ujar Fatin lalu tersenyum.

Haikal jua turut tersenyum. Mereka berdua menikmati hidangan sambil berbual-bual. Segala tekanan dapat diserap dengan tiap senyuman yang dilemparkan oleh Fatin.Betapa hari itu menjadi hari yang menggembirakan bagi Haikal. Kemarahannya terus merundum pabila melihat wajah Fatin. Bagaikan aura yang member satu rahmat dan harapan.

Friday, March 25, 2011

~Meniti Lelah Kehidupan~ Part 2 (C)

 Di suatu sudut di luar pitch 4, Sport Planet Ampang. Haikal Imran begitu leka bermain futsal bersama rakan-rakan yang lain. Pertengkaran bersama ayahnya, cuba di lupakan didalam pitch. Dia bukan lah seorang pemain yang hebat namun, ketangkasannya dalam mencari ruang amatlah di geruni.

  Kelincahan Haikal Imran bermain diperhatikan dari luar pitch oleh Liyana. Liyana merupakan setiausaha kepada Haikal Imran. Biarpun Liyana menyukai Haikal Imran tetapi, segala perasaannya hanya terpendam dengan begitu sahaja. Baginya Haikal Imran tidak mendapat perhatian dari keluarganya. Mungkin dengan kedegilannya itu membuatkan dia di benci.
  Liyana masuk kembali ke dalam pitch. Dilihatnya Hazel keletihan mengejar bola.

  "Leceh lah main ngan budak lelaki.. Asyik kena buli je.."Rungut Hazel.
  " Biasalah tu.. Diorang dah ada skill.. Kita masih lagi terkial-kial lagi nie. Hazel.. Jog dalam pitch pun okey... Boleh kurus tau!!!"Pujuk Liyana lalu tertawa.
  " Eh.. Si Fatin jadi datang tak nak dinner dengan kita? Kau dah telefon dia..."Balas Hazel
  " Jap lagi dia sampai ler tu.. Kau tau lah mak datin tu kalau bersiap..."Ujar Liyana dengan selamba.
  "Hahahaha.. Ingatkan dah berubah... Masih Fatin yang sama.."

                                                                            
  Fatin mencari-cari kelibat Hazel dan Liyana. Tanpa disedarinya dia telah melanggari seorang pemuda di hadapannya.

  "Sorry..Tak sengaja"Ucapnya.
  "Mata letak kat lutut ke?"Herdik Haikal Imran. Mujur air yang di minum tidak megenai jersey Chelsea kegemarannya.
  " So sorry..." ucap Fatin lagi.

"Fatin.. Come here!" Laung Liyana.

  Fatin segera meninggalkan Haikal Imran.

  Haikal hanya memerhatikan Fatin.
  ' Cun jugak awek nie!' Getus Haikal sendirian lalu berjalan menuju ke Pitch 4.

 "Yana.. Saper mamat garang tu? " Tanya Fatin
  " Tu lah boss aku..Hensem tak?" Balas Liyana.
  " Hensem memang lah hensem tapi.. Bahasa dia kasar sangat!"
  " Mood dia tak baik ler tu hari nie... Nape.. Ko dah kenal dia ke?"Liyana bertanya untuk dapatkan kepastian.
  "Aku terlanggar dia tadi.. Say sorry sekali dia cakap..Mata letak kat lutut ke...Dah lah aku mintak maaf.. Dia pulak balas macam tu..Sib baik hari ni mood aku ok.. Kalau tak, mau aku jerit kat dia tadi..." Ujar Fatin dengan panjang lebar.
  " Kalau kau dah start menjerit Fatin.. Confirm aku tutup telinga.. Bingit.. Hehehe... Haikal tu memang macam tu. Kalau dia moody, tong sampah pun boleh dia marahnya... Hahahaha" Balas Liyana lalu tertawa kecil.
  "Meroyan lah tu.." Celah Haikal yang memasang telinga dari tadi.


  Liyana tersenyum malu.Fatin pula tunduk membisu. Terlalu leka berbual sehinggakan mereka lupa, ada telinga lain yang mendengar.

  " Habis lah ko Yana... KPI ko tahun ni hancusss!!!!" Usik Achmal dari dalam.
  Liyana hanya mencebikkan mukanya sahaja.

  " Fatin.. Yana..Jom kita gerak.. Nanti lambat pula aku nak makan... Lapar ni wei!" Hazel mengajak mereka berdua.
 " Tukar lah baju dulu..."Balas Fatin.
  "Ye lah... Takkan nak tukar kat sini pulak..." Ujar hazel.


   Mereka bertiga menuju ke bilik persalinan. Kedengaran riuh rendah di dalam bilik persalinan tersebut. Liyana yang tidak habis-habis bercerita betapa malunya dia ketika berbicara mengenai Haikal Imran kepada Fatin. memang agak lucu apabila mengenangkannya. Mana mungkin mereka berdua tersedar. Dalam diam, Haikal Imran memasang telinga dan duduk disebelah Liyana.
  " Tu lah.. next time nak ngumpat pandang kiri kanan.. Ni main tabur je kau yea... Hahahahaha" usik si Hazel lagi.
  " Shut up Hazel!!!!" Jerit Liyana.
  Mereka bertiga tertawa lagi.

*******************************************************

Tuesday, March 22, 2011

~Forgiveness~

 " U being nice to me.. That's why Allah return back your goodness with a nice thing too..."

 Itu yang patut kita lakukan pada orang disekeliling bukan? Biar lah orang menyalak sekalipun..
Maafkan lah insan tersebut. Memang lumarah manusia.. Suka menyingkap kain orang lain berbanding melihat tersingkapnya kain sendiri.

  Tidak mengapalah.. Pemberian paling wajar untuk orang-orang begini adalah... Kemaafan. Sedangkan Nabi Muhammad SAW mengampunkan umatnya.. Apa tah lagi kita hanya insan yang biasa. Tiada hukuman yang layak kita berikan pada mereka apa tah lagi cacian.

  Aku sendiri pernah menerimanya namun.. Aku sedar. Mungkin tanpa sedar aku pernah menyakiti hatinya. Biarkanlah.. Aku jua manusia biasa. Mungkin amarahnya masih tinggi sekarang nie. Mungkin setahun,dua tahun, lima tahun mahupun sepuluh tahun akan datang dia akan memaafkan aku jua...

 Insyaallah..

Monday, March 21, 2011

~Meniti Lelah Kehidupan~ Part 2 (B)

    Sebuah BMW 5 series berhenti di hadapan Wisma Genting. Dalam masa yang sama Fatin mencari-cari kereta Toyota Vios berwanra hitam metalik. Cermin kereta di turunkan.

  “ Fatin.. Naik ler…” Sapa nazril.

    Fatin agak terkejut dengan teguran Nazril tadi. Hatinya tertanya-tanya, siapakah yang pula membawa kereta tersebut apabila melihat Nazril duduk di bahagian penumpang di hadapan kereta tersebut. Tanpa sebarang bicara, Fatin melangkah masuk ke dalam kereta tersebut. BMW meluncur ber lalu meninggalkan Wisma Genting dalam hiruk pikuk di kawasan Jalan Raja Chulan.

  “Fatin.. kenalkan Aqil..Adik Nazril.. “

   Fatin hanya tersenyum memandang Aqil.

   ‘Ingatkan driver dia.. Adik dia rupanya… Tu lah Fatin,jangan salah sangka…’ Getus hati Fatin lantas tersenyum sendirian
   “ Hi Fatin.. Sengih sorang-sorang kat belakang tu.. macam ada sesuatu yang lucu saja? Nak di kongsi ke?” Usik si Aqil.

   “ Eh! Tak de apa-apa lah… O.. Aqil skodeng Fatin yea…” Balas Fatin sedikit geram kerana di perhatikan.

   “ Hahahaha… Si Aqil ni memang suka menyakat Fatin.. Jangan ambil hati yea.. Kita nak ke The Curve nie.. Tengok kat sana. Before that kita dinner      dulu dekat apartment. Si Aqil nie nak belanja…” Balas Nazril.

    Fatin terdiam seketika. Berang juga dengan usikan Aqil. Baru pertama kali bersua, dia mula berperangai sedemikian. Fatin memujuk hatinya. Dia sepatutnya tidak perlu cepat melenting. Mungkin Aqil memang begitu. Suka mengusik.

   Tiada topik yang mampu dia bualkan lagi memandangkan keadaan agak sunyi di dalam kereta. Hanya lagu-lagu Bruno Mars yang kedenganran di cuping telinga Aqil, Nazril dan Fatin.

    Setibanya di sana, mereka bertiga segera mengatur langkah ke Apartmen. Restoren yang agak tenang dan sedikit eksklusif.  Mereka membuat pesanan dahulu. Hari ini agak mendung sedikit. Memandangkan hari Selasa, mungkin tidak menjadi masalah untuk mereka mennikmati hidangan dengan tenang.

“ Abang Nazril.. Aqil ambik tiket dulu. Abang dengan Fatin makan dulu kalau makanan dah sampai tau… Nanti menyinga lagi si Fatin nie sebab lapar… Hahahaha” Usik Aqil lagi lalu beredar.

   Fatin hanya tersenyum sahaja.
 “ Jangan ambil hati dengan di Aqil tu.. Dia memang begitu.. Asyik nak mengusik jek kerjanya…”

 “ Tak pa.. Dah boleh terima..Hm… Nak Tanya. Kenapa tiba-tiba mimpi ajak  Fatin tengok wayang..  Nazril menang loteri ke?” Ujar Fatin.

 “ Tak adalah.. Saja je.. Bosan duduk office lama-lama. Nanti beku kepala otak nie.. Since jarang tengok wayang, nazril ajak lah Fatin sekali. Si Aqil pulak nak ikut.. Jadik bawaklah sekali… Kenapa? Fatin tak suka ke?” Balas Nazrl pula.

   “ Tak adalah… Cuma Fatin pelik… By the way.. Macamana kerja.. ok ke? Nampak sangat muka Nazril stress… Tak dapat projek ke? Tanya Fatin bertalu-talu.

  “ Susah nak cakap… Tapi rezeki di tangan Allah… Nazril berusaha je,.. Fatin pula bagaimana? Boss Fatin tak jeles ke Fatin keluar dengan Nazril…” Nazril menduga.

“ Ish .. ke situ pulak dia.. Bini dia lagi cantik lah… Fatin biasa jek..”

“ Ye ke… Nazril tengok ada potensi je nak jadik pembaca berita atau pengacara Nona…”usik nya. Mereka berdua tertawa bersama.

“Wah.. Aqil tak de skejap je, korang berdua dah ketawa sakan yea… Apa cerita?”Tegur Aqil

“ Cepat ambil tiket! Terbang apa?” Balas Fatin.

 “Alamak.. Dia dah buat lawak dah.. Hamba menaiki sampan untuk sampai ke sana adinda Fatin….” Ujar Aqil lantas tertawa.

                                                  

Mereka bertiga tertawa lagi. Hati Fatin dan Nazril kembali ceria. Aqil pula gembira melihat perubahan abangnya. Tidak lagi terkongkong dengan kata-kata Haikal Imran lagi. Haikal Imran sangat berbeza dengan Nazril, terlalu kerasa dengan sesiapa sahaja. Namun, sikap playboynya masih tidak berubah.

   Hinggakan tunang Nazril juga di layannya. Haikal Imran mempunyai dendam terhadap Nazril memandangkan Syarikat SPK menjadi amanah kepada Nazril. Keputusan bapanya, Muhmamad Ali benar-benar membuatkan dirinya dibuang. Manakan tidak, amanah itu di galas bukan dari darah daging Muhammad Ali, tapi diwarisi untuk anak angkatnya.

   Aqil Faiq memahami mengapa bapanya bertindak demikian. Nazril Azrin Muhammad merupakan seorang pemuda yang begitu amanah. Tidak pernah dia mungkiri segala amanat Muhammad Ali tersebut biarpun dalam mencari tender untuk projek terbaru. Namun, Haikal Imran telah menconteng arang ke muka bapanya setelah berita mengenai tender untuk pasir telah di jualnya ke syarikat lain demi mencapai impiannya sendiri.

    Perkara itu benar-benar mengguris hati dan perasaan Muhammad Ali. Tindakan Haikal Imran amat memalukan bapanya, namun.. Haikal Imran segera bangkit dengan firma arkiteknya kini. Dengan bermodalkan wang yang di lobi oleh Haikal Imran, beliau berjaya membuktikan kejayannya.

  Malam itu mereka bertiga menonton movie I am four. Aqil Faiq tersenyum girang melihat telatah mereka berdua. Fatin amat disenanginya. Doa Aqil Faiq semoga mereka berdua mempunyai jodoh yang panjang dalam menjalani kehidupan akan datang. Dia tidak sanggup lagi melihat akan kesakitan yang di alami oleh Nazri. Kini Nazril berhak untuk hidup gembira seperti orang lain.

Thursday, March 17, 2011

~Meniti Lelah Kehidupan~ Part 2

  Nazril melepaskan lelah di sofanya setelah seharian bekerja. Jam dinding di kamarnnya menunjukan pukul 10.00 malam. Lebih 12 jam hari ini dia bekerja. Terlalu banyak yang perlu di uruskan. Terlalu banyak dokumen yang perlu di tandatangani setelah 2 hari dia bercuti. Mujurlah Aqil Faiq banyak membantunya. Aqil Faiq tidak banyak karenah. Tidak seperti Haikal Imran yang sentiasa mencari salah perjalanan hidupnya.

  Telefon bimbitnya dicapai lalu butangnya ditekan. Satu suara kecil kedengaran di corong telefon. Nazril tersenyum ketika berbual dengannya. Tenang di rasakan. Seolah-olah dia sudah peroleh hadiah terbesar dalam hidupnya. Liuk lentuk suaranya menggamit kerinduan yang mendalam. Tiada apa yang diinginkan kecuali satu pertemuan. Lawak jenaka yang disampaikan sedikit sebanyak mengembalikan dirinya tersenyum.

 “ Fatin… You free tomorrow?” Tanya Nazril

 “ So far,tak ada plan lagi… Nape?” Balas Fatin yang inginkan kepastian.

“ Good… Temankan  Nazril tengok movie… Esok Nazril ambil Fatin kat office around 6.00pm…”
 Panggilan di matikan. Fatin teroinga-pinga sebentar. Adakah ini janji temunya dengan Nazril? Terlalu awal untuk dia beranggapan begitu kerana, Nazril baru dikenalinya. Fatin segera melangkah masuk ke kamarnya. Rancangan CSI Miami yang diminati telah pun tamat 10 minit yang lalu.

  Jam menunjukkan pukul 11.30pm malam. Fatin mencapai baju yang ingin dipakainya esok untuk di gosok. Dia memilih baju kebaya yang berwarna ungu. Baju kesukaannya yang sering di pakai untuk menghadiri majlis-majlis perkahwinan atau formal bersama-sama rakannya.

  Namun ada satu perasaan yang berbaur gembira bersarang di dadanya. Adakah Fatin menyimpan perasaan pada Nazril? Atau hati Fatin terhibur selepas kehadiran Nazril? Hanya senyuman yang terukir di bibir Fatin kini.






Di suatu sudut yang berbeza. Nazril masih lagi menonton televisye. Case 39 yang disiarkan diHBO Astro menarik minatnya. Berkisarkan seorang gadis yang bekerja di Jabatan Kanak-Kanak cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak yang disangka di dera oleh kedua ibu bapanya. Sangkaannya meleset apabila seorang kanak-kanak di bawah jagaannya yang bernama Diego telah di rasuk dan membunuh keluarganya. Lily,kanak-kanak tersebut yang telah di rasuk oleh kuasa jahat cuba menguasai Emily gadis tersebut.
Nazril begitu tekun menonton telah disapa Aqil Faiq.

“Ai bang… Lepas telefon awek terus bersemangat tengok tv..Slalu abg mengadap laptop jek..”

“ Ish.. Sekali sekala Aqil.. O.. Aqil curik curik dengar abang bercakap dalam telefon tadi yea… Tak senonoh betul…” Balas Nazril.

“ Hahahaha.. Susah ak tengok abang senyum balik. Itu petanda baik bang.. Siapa gerangannya.. Boleh Aqil tahu tak?” Aqil cuba mencungkil rahsia.

“ Fatin.. Baru je berkawan… Kenal pun tak sampai sebulan. Tapia bang suka melayan karenah dia. Kadang kadang very independent .. Sometimes.. Fragile.. Tak berani nak komen lagi Aqil.. Tapi, abang adalah teman nak berjalan-jalan sebab dia ni suka road trip dan vacation jugak..”

“ Wah… nama dia dah menunjukkan sesuatu dalam hidup abang.. Aqil suka.. Esok Aqil ikut sekali lah… Boleh kan?” Aqil memancing minat Nazril.

“Boleh je… Apa salahnya…”

**************************************************************

~Meniti Lelah Kehidupan~ Part 1 (B)

“Jom pergi sekarang..” Ujar Nazril lalu bingkas bangun untuk membuat pembayaran.

Fatin dengan segera mengeluarkan duit dari beg tangannya lalu dihulurkan ke Nazril. Nazril tersenyum lalu berkata” Tak perlu.. Rezeki awak… Jap lagi awak naik sekali dengan saya yea. Kita pergi satu kereta, senang sikit”

Fatin hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Selesai pembayaran mereka berdua berjalan beriringan menuju ke tempat letak kereta.  Kelihatan sebuah kereta Totoya Vios berwarna hitam di satu sudut. Bersih dan kemas di dalamnya.

‘ Nasib baik tak naik kereta aku..Maunya si Nazril nie mengucap panjang…Fatin..Fatin.. Apalah nak jadi dengan kau nie…’

 Dalam perjalanan ke Danga Bay, mereka begitu rancak berbual. Dari berita sukan sehinggalah cerita artis. Perbualan mereka menampakkan sedikit keserasian, walhal baru mengenali dalam masa sehari. Jujurnya Fatin selesa dengan cara Nazril. Tidak membosankan . Tidak terlalu bercerita mengenai perniagaannya.

  “Nazril asal dari KL ke? Which area?” Fatin memulakan perbualannya

  “ Saya duduk Bandar Tun Hussein Onn..And my parents TTDI..Awak pulak?”

“ Saya duduk Tun Hussein Onn juga.. Ish..kebetulan pula. Saya duduk Suadamai dengan ayah saya. Awak mesti duduk area Suakasih kan….”

  Nazril menganggukkan kepalanya lalu tersenyum” Napa kita tak pernah berjumpa yea… Hahahaha,,,”

  “ Entahlah… Mungkin belum masanya nk berjumpa kot. Lagipun saya selalu berulang alik ke Ampang.. Ayah ada rumah kat sana. Adik saya yang duduk. Memandangkan dia di oversea, kami berdua selalulah menjenguk rumah di sana…”terang Fatin dengan panjang lebar.

  Nazril hanya tersenyum. “ Dah sampai pun… “

 Mereka berdua terus berjalan menyusuri Danga Bay. Ramai juga pengunjung pada malam minggu. Terdapat sekumpulan kecil budak-budak sekolah berbasikal  di sana. Mungkin tiada aktiviti yang dilakukan hujung minggu,maka mereka beriadah dengan cara begini.

 “ Fatin bekerja di mana ?”

 “ Lundin.. Drilling company as Secretary kat Jalan Sultan Ismail. Nazril pula,company Nazril buat apa..”

 “ Company kecik jek..Buat kontraktor kecil-kecilan…” Jelas Nazril. Jarang Nazril menceritakan hal sebenar pada orang yang baru dikenalinya.

“ Ok lah tu.. kecil-kecil dahulu baru besar nanti…” Balas Fatin pendek.

 Mereka berdua terus berjalan sehingga larut malam dan keesokan harinya berdua menghaiskan masa bersama di Singapura. Menuju ke Orchad Road, Fatin tidak melepaskan peluang untuk membeli belah. Mereka juga sempat mengunjungi Pulau Sentosa dan Universal Studio. Masa yang diluangkan bersama agak menyeronokan sehingga Fatin sendiri dapat melupakan Zali.
Mungkin bersama Nazril agak melekakan Fatin untuk mengingati perkara-perkara yang menyakitkan.

  Sempat juga mereka berdua bertukar-tukar nombor telefon agar senang untuk dihubungi. Nazril selesa berkawan dengan Fatin. Begitu juga dengan Fatin. Mungkin, pertemuan kali ini akan mengeratkan mereka sehingga menjadi satu ikatan persahabatan kelak. Siapa boleh menduga, percutian yang tidak di rancang oleh Fatin dan Nazril  akhirnya membina satu perhubungan persahabatan yang  erat.





  Setibanya di Kuala Lumpur, sempat juga Nazril menghubungi Fatin bertanyakan perjalanannya ke Kuala Lumpur tadi. Sedikit sebanyak, hati Fatin mula menguntum indah dengan tindakan Nazril. Namun, dia perlu berhati-hati kerana Nazril baru dikenalinya. Lagipun, dia perlu mengingatkan dirinya di atas status dia sebenarnya.

  Selepas 20 minit, barulah Fatin meletakkan ganggang telefon. Encik Baharom sekadar memerhatikan anaknya itu. Alhamdulillah... Dapat juga dia melihat Fatin kembali tersenyum, walaupun Fatin sekadar anak angkat namun, Encik Baharom sangat bersyukur di atas anugerah tersebut.

 Menunggu hampir 6 tahun bagi zuriat kedua, Baharom menerima berita tergempar setelah kematian adiknya Baharin di Melaka. Tanpa disangkanya Baharin mempunyai seorang anak bersama Latifah. Namun, mereka masih belum diijabkabulkan lagi. Usia bayi perempuan yang baru berumur 30 hari itu mengundang perbalahan bagi keluarga Latifah yang menyalahkan Bahrin di atas kemalangan tersebut.

 “ Aku tak nak bela anak ini.. Dia bukan cucu aku... Nie semua salah adik ko...”Bentak Latif.

 Baharom hanya memerhatikan Fatin dalam dakapannya. Tanpa banyak bicara, dia bersama isterinya melangkah pergi dengan hanya berbekalkan 2 pasang baju dan 2 helai lampin. Hasnan gembira bukan kepalang setelah melihat ayah dan ibunya membawa pulang seorang adik perempuan.

  “Ayah.. Anan dapat adik .. Yeayyyyy..... Saper nama dia ayah?”

 “ Nama dia Fatin.. Anan dah jadik abang.. Abang kene lindung adik dari di buku atau di kacau...”Pesan Baharom

 “ Ok..Nanti Anan sayang adik Fatin.. Jaga dia elok-elok. Ayah jangan risau..”

    Baharom dan isterinya hanya tersenyum. Bermulalah kehidupan Fatin dalam keluarga Baharom. Hari demi hari dilaluinya dengan tenang dan gembira tiada sebarang permasalahan. Fatin memang seorang anak yang mendengar kata. Setelah kehadiran Farisha, isteri baharom mula beralih arah. Dia mula tidak menghiraukan Fatin lagi. Begitu juga dengan Baharom.

  Adakalanya Fatin di pukul teruk hanya kerana kesalahan yang berpunca dari Farisha. Namun, tidak pernah sekalipun Fatin membantah. Redha dengan apa yang di hadapinya. Sememangnya Fatin seorang anak yang baik. Tidak pernah dia merungut apabila Baharom mahupun isterinya memerlukan wang untuk keperluan Farisha. Fatin yang dahulu memulakan kerja dengan menunggang motorsikal.2 tahun kemudian, dia membeli kereta untuk keperluannya. Setelah Farisha bekerja, Baharom meminta agar kereta tersebut di serahkan pada Farisha.
  
  Tidak pula Fatin membantah. Dia sekadar akur dengan kehendak kedua ibu bapanya. Baharom mulai sedar akan kewujudan Fatin kembali setelah melihat pengorbanan Fatin dalam menjaga isterinya berbanding Farisha. Betapa kesalnya Baharom membiarkan Fatin terumbang ambing seketika.

  Kesal tidak sudah sehingga kini. Namun, isterinya telah kembali bertemu Ilahi. Fatin adalah segala-galanya setelah Farisha berkahwin dan mengikuti suaminya bekerja di luar negara. Fatin jualah penghibur hatinya. Cuma, status Fatin tidak dapat ditukarkannya. Melihatkan Fatin yang agak tabah menghadapi segala tomahan Zali,Baharom menyalahkan dirinya kerana tidak mengambil peduli mengenai adiknya Baharin dahulu.

  Telah di takdirkan kehidupan Fatin begitu. Namun Fatin cukup sabar. Jika dia menangis pun, dia bingkas bangun untuk meneruskan kehidupannya. Itulah Fatin.Meniti kehidupan yang tidak pasti. Meniti kehidupannya yang sentiasa berduri dan sering disakiti. Memang Fatin tenang menghadapi segalanya namun, Baharom tidak sanggup melihat Fatin diperlakukan begitu.

  Kekesalan yang sentiasa menyelubungi hidup Baharom apabila membiarkan semua kesalahan Farisha di bahu Fatin. Apa yang silapnya sehingga Fatin yang menjadi punca permasalahan Farisha. Mungkin kerana terlalu memanjakan Farisha, dia dan isterinya lupa segala etika untuk melihat Fatin. Fatin jua adalah anaknya biarpun berlainan benih. Dia juga lupa perihal doa anak yang solehah seperti Fatin akan memudahkan kehidupannya sebagai bapa.

   Kesal pada perkara yang lalu...Mungkin kerana itulah dia diuji dengan pemergian orang tersayang. Mujur imannya tidak goyah.. Kerana Fatin, dia juga meniti hari-hari yang ceria biarpun Baharom sunyi, Baharom tetap bersyukur dengan kehadiran Fatin.


~Meniti Lelah Kehidupan ~Part 1(a)

Selesai solat Maghrib di Desaru Resort, Fatin segera baring. Hatinya masih merintih mengenangkan penghinaan yang dilemparkan oleh Zali. Tetapi dalam masa yang sama, siapakah Nazril? Fatin tidak menyangka bahawa dia diperhatikan oleh Nazril.

 Air mata ini terlalu mudah mengalir. Tiba-tiba perutnya berbunyi meminta makanan. Hampir seharian dia tidak menjamah makanan. Mungkin keran terlalu memikirkan musibah yang menimpanya. Di capainya telefon bimbit Nokia E72 di meja solek lau mendail nombor yang tertera.

   “ Assalamualaikum… Ayah sihat ke? Dah makan belom nie… Rindu lah kat ayah…” Fatin mula mengadu.

  “ Gilah makan.. nanti sakit..Jangan diikutkan hati, mati.. Yang sudah tu sudah.. Akak cari yang lain. Mungkin ada yang lebih baik dari Zali.” Pujuk En Baharom.

  Setelah ibu Fatin meninggal dunia, Fatin lebih rapat kepada En Baharom. Segala kisah suka duka, Fatin kongsi bersama dengan En Baharom. Memandangkan abangnya Hasnan telah berumah tangga, Fatin jarang bersua muka dengan Hasnan. Hasnan yang telah berumah tanggan dengan Nini Razali di kuriniakan seorang anak lelaku yang bernama Aidil Fitri,

  Adiknya Farisha pula selalu mengikuti suaminya yang ditugaskan ke luar Negara. Fatin dan Farisha selalu berhubung memalau telefon. Farisha muda setahun dari Fatin. Agak sensitive tetapi memahami. Farisha yang berumah tangga bersama Ahmad Nabil di kurniakan 2 orang putera yang kacak dan comel.
 
  Ainul Hadi dan Ainul Irfan nama diberi. Mereka sekeluarga kini menetap di Pembroke United Kingdom. Sudah setahun mereka menetap di situ. Hanya 6 bulan lagi mereka akan kembali ke Malaysia dan menunggu pula di mana akan di tugaskan nanti.

  “Ayah.. Tak nak temankan akak ke kat sini.. Boringlah.. Kalau adik ada mesti best. Boleh main dengan Hadi dan Irfan. Hilang sedih…”

   “ Sabarlah.. Ayah bukan tak nak pergi.. Nanti sumah sapa pula nak jaga. Anak ayah kena makan ok.. Ayah nak ke masjid ni,nak solat Isyak. Jangan lupa solat ye nak.. Assalammualaikum..” Ucapnya lalu meletakkan telefon.

  “ Walaikumsalam…” Balas Fatin lemah.

  Perutnya mula berkeroncong lagi.

 ‘Dah… Berbunyi lagi..Kena makan ni.. Takut gastrik.. Ishhh…’ Getus hatinya.

 Fatin bingkas bangun mencapai tuala yang bersidai di kerusi hadapan lalu ke bilik air.Di cucinya dirinya bagaikan mencuci segala perbuatan silam yang pernah di lakukan sebelum ini.

  Sementara itu, Nazril membaca suratkhabar di ruangan Lobi Desaru resort. Ruanga sukan di amatinya. Kemenangan pertama Dato’ Lee Chong Wei menarik pemerhatiannya kerana perletakkan jawatan Dato’ Misbun Sidek,sedikit sebanyak mungkin mengganggu emosinya ketika ini. Sedang Nazril khusyuk membaca,matanya terpandang kelibat Fatin di Coffee House. Segera dia melangkah kaki ke Coffee House.

  “ Hi.. Can I join u?” Sapa Nazril.

   Fatin sedikit terperanjat dengan Sapaan Nazril sebentar tadi, lalu mengukir senyuman.

“Boleh…”
 
  Nazril akur lalu memanggil pelayan untuk memesan makanan.

 “ What a small world kan.. Jumpa awak kat sini juga ya..” Nazril memulakan perbualan.

 “ Ha’ah… Eh datang sini vacation atau bekerja?” Tanya Fatin.

“ 2 in 1.. Setel down kerja kat Ulu Tiram then saya baru datang sini.. Lama tak bercuti..Awak pula.. tentu bercuti untuk release tension kan?” Duga nazril

 Fatin hanya tersenyum lalu berkata” Maafkan saya lah hari tu sebab bersikap kasar sikit dengan awak…”

 “ Eh tak pe.. Saya faham.. Masa hati tak tenang.. Mulut lancar je cakap perkara yang bukan-bukan.Cuma.. jangan terlalu memikirkannya… You deserve to be happy cik Fatin” Balas Nazril.

 “ Baiklah En Nazril… By the way.. awak nak ke mana lepas nie?” Tanya Fatin pula.

“ Hm.. Danga Bay jelah kot.. Awak kat sini lama lagi ke?”

“ Hm..Lusa balik lah.. Awak pulak…”

“Sama lah… Wah.. bagus nie… Apa kata esok kita jalan-jalan Singapore! Saya drive.. kalau sudi lah…” Cadang Nazril.

“Good idea juga.. Boleh lah.. Dari duk tengok laut, baik gi shopping…”Ujar Fatin lalu tertawa kecil. Ada juga kawan untuk berbual. Tidaklah dia  merasa sunyi sangat.



~Meniti Lelah Kehidupan~

Lembayung senja berlabuh di ufuk barat.
Fatin melemparkan pandangan ke tengah lautan. Kehadirannya di Pantai Desaru, amat menenangkan hatinya yang sedang berkecamuk. Kicauan burung yang kembali bersarang menggamit hati kecilnya.
Betapa mudahnya jika dia menjadi burung. Tidak perlu berhadapan dengan kesakitan di jiwa.
Tidak perlu menangisi kepergian seseorang yang dicintai. Yang pasti, terbang ke awan mencari rezeki untuk dibawa pulang ke sarang.Tidak banyak onak duriyang harus di tempuhi.

Titisan demi titisan berguguran di pipi.
Hatinya masih sakit mengenangkan peristiwa yang telah berlaku.
Manakan tidaknya,Zali telah memutuskan tali pertunangan bersamanya.
Kata Zali, Fatin tidak berhak dicintai lantaran dia anak angkat keluarga En Baharom.

"Entah mana di kutipnya pun aku tak tahu... Kau ni tak layak untuk berkawin.. ANAK HARAMMMMMM!!!!!!!!!!" bentak Zali.

Fatin menangis tersedu sedan di tepi bangku. Dia tahu, orang yang lalu lalang terus memerhatikannya.
Fatin sebak mendengar bentakkan Zali. Bukan dipinta jadi begini. Ini sudah suratan takdir.

" Kalau aku tahu kau begitu...Tentu aku tidak meminang kau.. Aku nak putuskan hubungan nie..Dasar ANAK HARAM... Cerminlah muka tu sendiri... Arghhh..."Gerutu Zali lalu terus beredar.

Fatin terpinga-pinga di bangku duduk Tasik Perdana. Malunya bukan kepalang dengan hinaan Zali.
Zali yang dikenali begitu lembut, berubah menjadi agak garang dan degil. Sedangkan sebelum ini,Zali amat memahaminya. Mengapa tiba-tiba sahaja Zali berubah rupa.


"Saudari... Saudari tak apa-apa ke?" Sapa seorang pemuda yang dari tadi melihat Fatin menangis teresak-esak.

 Fatin menyeka air matanya sambil menggeleng. Lantas pemuda itu pula menghulurkan sebungkus tisu Scott's seraya berkata: " Lap lah air mata tu... Tak elok menangis kan..."

Fatin mengambil tisu tersebut. Dia menyapu airmatanya.Dalam hatinya terdetik, siapakah gerangan pemuda ini. Baik budi pekertinya tapi..Tidak mungkin dia akan terkena lagi. Fatin binglas bangun untuk pergi tetapi di halang oleh pemuda tersebut.

"Saya Nazril..Awak?" Nazril memperkenalkan dirinya.

" Fatin.. Maaf saya kena cepat...Dah masuk Maghrib..." Balas Fatin dan terus berlalu. Nazril sekadar memerhatikannya dari jauh sahaja.Mungkin, Fatin tidak selesa dengan kehadirannya. Nazril melangkah pergi.

 Mujurlah di tepi pantai Desaru itu disediakan surau. Wuduk di ambil dengan begitu tertib dan sopan.
 Dia bertemu dengan Ilahi. Selesai mengucap salam, lantas dia menadah tangan. Mendoakan kebahagian kedua ibu bapanya yang telah kembali ke rahmatullah. Mendoakan kedua ibu bapa angkatnya yang telah membelanya dari kecil hingga kini, adik beradik angkatnya, saudara seislam dan juga rakan-rakan yang sentiasa senang dan susah bersamanya.

 Nazril Azrin Muhammad Ali itu nama yang diberikan tanpa bin. Mungkin di sebabkan Muhammad Ali orang di sekeliling mengingatkan dia anak Menteri Besar Selangor. Hanya seorang anak angkat yang dibesarkan oleh keluarga berkenaan, Nazril bersyukur dari terus terumabng ambing seperti rakan-rakan yang lain di Rumah Bakti Pernim 28 tahun dahulu. Berbekalkan pendidikan agama yang di curahkan oleh ustazah Nur, tidak mungkin Nazril melupai asal usulnya.

  Perwatakan agak sederhana orangnya. Berkulit putih dan memiliki mata yang sepet berbangsa cina.Lemah lembut tutur katanya. Nazril Azrin memiliki 3 orang lagi adik,tetapi bukan adik kandungnya. Aqil Faiq dan Nazril bekerja di firma milik ayahnya. Manakala Haikal Imran, memiliki firma arkitek kepunyaannya sendiri. Azreen dan Azura pula,masih belajar di IPTA. Azreen dan Azura adalah pasangan kembar Seriras bagi keluarga Muhammad Ali dan Puan Rosnah Hashim.

 Encik Muhammad Ali dan Puan Rosnah tidak pernah mengongkong Nazril Azrin dalam memilih cara hidupnya. Cuma Nazril tahu batas-batasnya untuk memilih kerjaya hidupnya. Di IPTA pun Nazril jarang meminta wang dari kedua ibu bapanya. Dia bekerja sambilan agar dapat memperuntukkan wang gajinya untuk menyara dia semasa belajar. Tidak pula En Muhammad Ali memewahkannya dengan menyediakan kereta atau pun motorsikal. Begitu juga dengan keempat-empat anaknya yang lain. Dididik mereka agar pandai berdikari. Cuma Haikal Imran sahaja yang aga berdegil dengan keputusannya. Mahukan itu ini agak dapat bermegah dengan kemewahan yang di berikan. 

Budak-Budak Zaman Sekarang ngan Bebudak Zaman Dulu...

Take a break..
Since this blog officially for true,love and everything about story.. Especially in life...

Yesterday after office hour, spend my time with J at Cheras.
Tea time with my friend.
Masa ni lah dok bercerita mengenai kengkawan.

J bercerita mengenai kawannya masa zaman sekolah lagi.
Dia hanya di suruh belajar sahaja oleh ibu bapanya.
Tidak termasuk package mengemas,memasak dan membuat kurje rumah.
Wah...


Beza betul budak zaman sekarang ngan zaman dulu.
Dulu, basuh baju,lipat kain,mengemas umah dan memasak adalah wajib.
Hm.. Bebudak zaman sekarang semua bergantung pada maid.
Mana tak berlepat memasing..
Amik air pun suruh maid.
Melampau betul....

Aku bersyukur hidup di kalangan dahulu.
Sebab.. Banyak benda yang aku belajar mengenai kehidupan..
Itu yang pasti.