Sakit ni x baik pun..
Makin teruk...
Mungkin ada waktu utk aku menebus kesilapan pada org2 terdahulu??
Atau...masihkah aku punya waktu utk berbuat kebaikan pada manusia disekeliling ku???
Sukar sebenarnya utk aku kira waktu, berapa lama...
biarpun anggaran setahun utk aku meneruskan sisa kehidupan ini..
Diari...
Kata sabar tu telah menjadi mendatar padaku...
Tiada rasa yg mampu aku gambarkan malah...
Dalam masa setahun itu mungkin dapat dipanjangkan... mahupun menjadi singkat jika..
Takdir tertulis begitu...
Diari..
aku begitu lelah kini meniti kehidupanku..
Aku tidak mampu menangis lagi...
Aku juga tidak mampu utk mengeluh jika kesakitan itu melebihi dari tidurku mahupun laparku...
Diari...
Aku hanya ada kamu sahaja yg mampu mendengar segala keluh kesah ku...
Menjadi peneman setia pada
malamku...
Diari..
Mungkin mengharap pada sesuatu tidak perlu dalam kehidupanku kerana...
Pengharapan itu membuatkan aku bertambah derita...
Diari...
Mungkin juga menyayangi seseorang juga perlu aku hindari kerna..
Kelak aku juga yg berasa disakiti disebabkan pengharapan tu hanya sia-sia...
Diari...
Maafkan aku jika aku membuatkan diri mu terluka dengan kata2 ku...