it's all about life... as human being... everyone make mistake.. forgive what other people do to me... And it's all about me......
Monday, February 13, 2012
Diari Kehidupan.. Part I
Monolog Diari Kehidupan...
Diari...
Maafkan aku andai aku catatkan segala perit jerih kehidupan ku disini. Bukan ku minta untuk jadi begini.
Tatkala hati terusik dengan keputusan daoktor 19th January 2011, aku tidak mampu lagi menahan segala kedukaanku. Biarpun ku tahu keputusan tersebut pada 24 March 2004 bersama ibu tercinta, mana mungkin kini ku terpaksa menghadapinya sendiri.
Diari...
Adakah ianya salahku... Atau aku patut dipersalahkan kerana keegoaan ku sendiri? Mana mungkin kau patut dipersalahkan kerana.. Tiap perjalananku telah ditakdirkan olehNYA. Mana mungkin jua aku menyalahkan sesiapa.. Kerna ini kehidupan ku yang sebenar. Dan tidak mungkin aku jua menyalahkan sakitku kerana.. Ianya ada sebab tersendiri untuk aku tempuhi..
Diari...
Ku nukilkan segala-galanya di sini...
Bakal ku ceritakan dengan tiap ketetapan yang telah berlaku dalam tiap perjalanan hidupku seharian.AKu harap ko tabah dan sabar mendengar tiap keluh kesahku yang terdahulu, kini dan akan datang. Maaf.. Bukan aku tidak mempunyai orang untuk mendengar segala luahan ku namun... Ku kira mereka jua manusia biasa yang punyai bebanan berbeza dengan kehidupan aku. Tambahan pula... Terlalu banyak yang sekadar memahami.. Mendengar tetapi tidak pula ingin mengerti jeritan batin ku kini.
Ada pula menganggap aku sebgai bebanan mereka tatkala aku memerlukan sokongan dari mereka. Ya..
Hanya kepadmu DIARI KEHIDUPAN... Akan aku nukilkan segalanya... Bersabarlah wahai diari..Kerna.. Kau dan aku perlu hidup bersatu, melawan segala rintangan yang bakal kita hadapi.
Labels:
kehidupan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment