Wednesday, May 25, 2011

Everyday I luv U

Everyday I luv u..

Lagu yang selalu aku nyanyikan pada arwah mak...
Kenangan ngan dia mana mungkin di lupakan..

Now on..
Everyday I luv U IN...
Hahahahaha...

Sewel...

Wednesday, May 11, 2011

Take 5 min...

Letih dengan situasi yang tak menjanjikan apa-apa..
Letih dengan keadaan yang senantiasa tidak memihak kepadaku..
Letih dengan sesetengah insan yang mengambil kesempatan kepadaku..
Letih dengan manusia sekeliling yang selalu mengaturcarakan hidupku..
Letih dengan boss yang selalu inginkan sesuatu yg terbaik untuk dirinya...
Letih dengan semua keadaan sekarang nie...

Apa yang perlu..
Ingin bersendiri seketika....

Monday, May 9, 2011

~Meniti Lelah Kehidupan~ Part 5 (a)

  Aqil Faiq mendengar dengan teliti perbualan antara Mak Mah dan Haikal Imran. Rupa-rupanya cinta Haikal Imran juga di tolak oleh Fatin. Mungkin disebabkan sejarah hitam yang pernah Haikal Imran ukirkan dahulu. Bukan sahaja dengan Liyana dan Sharina, bermacam nama yang dia dengarinya. Aqil Faiq masih mendengar keluhan dari Haikal Imran. Betapa dia kesal dengan tiap perbuatan yang pernah dilakukan dahulu. Betapa dia gusar dengan kebaikan yang bakal di lakukan, bakal di terima Allah SWT atau tidak.

  Aqil Faiq menundukkan kepalanya seketika.Ditelitinya butir-butir percakapan yang dikatakan oleh Haikal Imran dan nasihat dari Mak Mah sendiri. Betapa dirinya jua merasa insaf dengan tiap kata nasihat yang disampaikan. Betapa die redha dengan apa yang Allah SW kurniakan kepadanya berbanding dengan Nazril Azrin. Betapa abangnya itu sungguh tabah dalam menghadapi dugaan. Tiap tohmahan yang dilemparkan, ditelan bulat-bulat dan masih melakukan kebaikan kepada orang-orang sekeliling. Tanpa disedarinya, manik-manik jernih menyusuri laju si pipinya.  Dia merasakan dirinya begitu hina sekali berbanding dengan Nazril Azrin.

  Biarpun mereka berdua agak rapat, adakalanya hasad dengki mengatasi segala-galanya. Apabila tiap pekerjaan yang dilakukan oleh Nazril Azrin, acapkali dipuji oleh papanya sendiri. Namun, tiap jerih payahnya tidak pula Dato' Muhammad Ali mengambil kira. Entah di mana silapnya, Aqil Faiq sendiri tidak mengerti.

 "Aqil.. Mak nampak Aqil..Meh sini nak..."Panggil Mak Mah.

 Aqil Faiq meluru masuk setelah di panggil Mak Mah, lalu memeluk Mak Mah.dengan erat.

 " Maaf En Aqil dan En Haikal.. Mak Mah perlu berehat sebentar" Beritahu jururwat yang menjaga Mak Mah.

 " Mak rehat dulu..Aqil dan Abang Haikal keluar dulu. Nanti, Aqil datang lagi yea...." Ujar Aqil Faiq.
 
  Mak Mah hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Mereka berdua keluar dari bilik tersebut. Aqil Faiq menyapu sisa-sia air mata di wajahnya. Begitu juga dengan Haikal Imran. Kelihatan Datin Rosnah menuruni anak tangga.

  "Aqil dengan Haikal tak kerja ke? Awal balik?" Tanya Datin Rosnah

  "Saja je nak jenguk mama,papa dengan mak mah.." Balas Haikal lalu bersalam dengan Datin Rosnah. Aqil Faiq menuruti langkah Haikal Imran.

  " Jom lunch sama.. Mama belum makan lagi nie..." Pelawa Datin Rosnah

  " Papa mana?" Tanya Aqil Faiq pula.

  " Kejap lagi, papa turun tu... Baru habis solat..."

   Mereka bertiga menuju ke ruang makan. Tidak lama kemudian Dato' Muhammad Ali juga menyertai makan tengahari bersama anak-anaknya itu. Pelbagai topik dibincangkan bersama. Dato' Muhammad Ali dan Datin Rosnah tersenyum girang melihat anak-anak mereka kini. Cuma, Nazril Azrin tidak dapat bersama. Mungkin dia agak sibuk di ketika ini.

  Segala kekusutan dapat di rungkai kini. Haikal Imran sedikit tenang dengan nasihat Mak Jah. Biarpun dia masih memiliki ibu bapa kandungnya namun, dia sangat manja dengan Mak Jah. Mungkin ada benar kata Mak Jah. Memohon maaf kepada Nazril Azrin. Biarpun Haikal Imran tahu bahawa, Nazril Azrin seorang yang maaf namun bukan mudahnya dia mengukir kata maaf. Lebih-lebih lagi, dia tidak pernah memohon maaf dari mana-mana insan yang dikenalinya terlebih dahulu.

 Mungkin dia berubah. Mungkin kini masanya untuk memohon maaf dan juga memaafkan. Bukankah lebih indah jika kemaafan yang diperolehi kini dari insan yang bernama Liyana dan juga Sharina. Lebih membahagiakan jika Nazril Azrin meemaafkannya. Di jamahnya nasi di hadapannya. Biarpun tubuhnya disitu namun ingatannya menerawang mengingati Liyana. Argh..... Apa yang perlu dilakukan lagi.

Sunday, May 1, 2011

~Meniti Lelah Kehidupan~ Part 5



  Haikal memandang jauh ke hadapan. Mana mungkin dia dapat melupakan apa yang telah berlaku antara dia dan Liyana. 5 tahun dahulu merupakan satu kesilapan yang besar. Namun dia masih setia menunggu biarpun, Haikal Imran pernah mengabaikannya selama 3 tahun yang lalu.

  Liyana seorang gadis yang memiliki wajah 'chinese look', beramput panjang dan gayanya begitu elegan . Sentiasa menjaga penampilannya sebagai seorang setiausaha kepada Dato' Muhammad Ali. Di syarikat SPK lah Haikal mengenali Liyana. Seorang 'fresh graduate' yang benar-benar tekun dalam melaksanakan pekerjaannya. Haikal memasang angan-angan untuk meniduri Liyana. Liuk tubuhnya benar-benar menggiurkan Haika Imran.

  Akhirnya jerat Haikal Imran terjerat jua apabila Liyana sudi menghabiskan masa bersama dengannya. Genap 3 bulan, Haikal berjaya meniduri Liyana. Kemudian dia bertemu dengan Sharina, tunang abangnya, Nazril Azrin. Perkara yang sama berulang dan dia meninggalkan mereka. dalam keadaan sebegitu.

  Haikal menekup mukanya. Biliknya yang begitu sejuk dengan penghawa dingin menjadi panas seketika.Di intainya ke luar,tempat Liyana masih kosong. Dia mencari kelibat Hazel di hujung pejabat. Hazel jua tidak datang ke pejabat hari ini.
 
   Telefon bimbit di poket seluar di seluknya. Pantas dia cuba menghubungi Liyana, tapi sayang...  Tidak dapat dihubungi. Dicuba pula ke nombor Hazel, jawapannya tetap sama. Dia memerlukan seseorang ketika ini. Memerlukan nasihat apa yang patut dia lakukan tatkala dirinya berasa bagaikan di penghujung nyawa.
  
    Dia tahu, terlalu banyak yang perlu diperbaiki terhadap dirinya. Terlalu banyak yang perlu di khuatirkan kini. Mengapa dia dengan Nazril Azrin terlalu berbeda. Memori lama menerjah kembali.

   " Eh..Ko tu anak angkat.. Tak layak duduk sini.. Papa dengan mama pungut kau tahu tak! " Tengkingnya kepada Nazril Azrin.

   Hanya kerana Dato' Muhammad Ali membeli sebiji laptop untuk diberikan kepada Nazril Azrin di atas keputusan pepriksaan PMR yang cemerlang pada ketika itu. Nazril Azrin hanya mendiamkan diri. Dilihatnya laptop Acer sudah pun hancur bertaburan di atas lantai. Dia tahu, pada ketika itu dia tidak mampu melawan. Sekadar memandang ke lantai tanpa berkata apa-apa. Dia sedar, dirinya hanyalah anak angkat kepada keluarga tersebut.

   " Kau boleh berambus tak dari mata aku sekarang... Berambus lah budak miskin... MENUMPANG kasih sayang orang je... Sejak kau ada.. Semua perhatian untuk kau kan.. Aku anak sulung, sepatutnya jadu keutamaan dalam keluarga ni.. Bukan kau.. Anak ANGKAT yang tak tahu datang dari mana........" Marah Haikal Imran lagi.

    Nazril Azrin agak berang mendengar hinaan dari Haikal Imran itu. Dia lantas bangun lalu merapati Haikal Imran.
 
   " Abang tahu abang menumpang di sini... Mungkin, suatu hari nanti dengan tiadanya abang... Haikal akan sedari, hadirnya abang dalam keluarga ini . Merupakan satu tali kekuatan.. Pada waktu itu, Haikal jangan menyesal...." ujarnya lalu turun mendapatkan Mak Mah.

  Mukanya yang lebam, perlu dirawati. Dia tidak mahu Dato' Muhammad Ali menghukum Haikal Imran lagi. Biarlah dia beralah dari terus meneruskan pergaduhan yang baginya tidak menjanjikan apa-apa pulangan yang baik.



   Haikal Imran menyeka air matanya.
 
  ' Ya Allah... Apalah yang telah aku lakukan ini. '
 
  Dia segera mengambil kunci keretanya lalu berpesan kepada Hisham " I'm taking leave aroun 2-3 days.. Please incharge"
 
   Hisham hanya menganggukan kepalanya sahaja. Haikal Imran segera berlalu pergi. Kereta yang dipandunya meluncur laju menuju ke rumah Dato' Muhammad Ali. Setibanya di Damansara, kediaman orang tuanya. Die segera melangkah ke bilik di tingkat bawah, di mana Mak Mah akan berada di situ. Biarpun sudah uzur, mak mah di benarkan menetap di situ. Dato' Muhammad Ali menyediakan seorang jururawat yang akan menjaganya.

   "Anak mak tengah sedih nie... "Ucap Mak Mah pabila melihat Haikal Imran di daun pintu tersebut.
 
   Haikal hanya menganggukan kepalanya lalu merapati Mak Mah dan memeluknya. Ingin di tangisi,segalanya telah berlaku. Ingin dipendam, dia pula tak mampu.

  "Haikal ceritakan pada mak .. Mak nak dengar..."ucap Mak Mah.

  Segala-galanya telah diceritakan kepada Mak Mah. Mak Mah hanya mengukir senyuman. Di sapunya air mata yang mengalir di wajah Haikal Imran. Mungkin Haikal sudah berubah. Hatinya memanjat kesyukuran kerana dia masih lagi dapat melihat perubahan Haikal Imran semasa hayatnya. Dia amat menyayangi anak-anaknya biarpun Haikal Imran, anaknya yang degil dan nakal pada ketika itu. Dibiarkan Haikal menangis diribanya. Mungkin dengan cara itu dapat menenangkan hati Haikal Imran yang sedang berkecamuk.